Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu - PADBB

Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu - PADBB EFISIEN, INOVATIF, BERKUALITI, PROAKTIF & KOMITED

17/07/2026

Simulasi kaedah pengukuran dan semakan arah kiblat

16 Julai 2026 - Telah berlangsung Program Sinar Kiblat: Kursus Falak Syarie dan Kempen Semak Kiblat Kariah Sempena Peris...
17/07/2026

16 Julai 2026 - Telah berlangsung Program Sinar Kiblat: Kursus Falak Syarie dan Kempen Semak Kiblat Kariah Sempena Peristiwa Istiwa' A'dzam Tahun 1448H/2026M bertempat di Dewan Seminar, Masjid Al-Fateh kariah Serdang.

Seramai 65 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan ahli-ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau daerah Bandar Baharu.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peristiwa Istiwa' A'dzam yang berlaku dua kali pada setiap tahun dan kaedah membuat semakan arah kiblat secara kendiri yang telah disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mohd Ashraf bin Haji Mohsin, Ketua Penolong M***i Bahagian Falak, Jabatan M***i Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah YBrs. Al-Fadhil Ustaz Roslan bin Mat, Penolong Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, YBrs. Al-Fadhil Ustaz Mohd. Sa'di bin Md. Said, Penolong Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu dan YBrs. Al-Fadhil Ustaz Mohammad Nor Izzan bin Shafie, Unit Cerapan (Bahagian Falak).

BENGKEL PEMANTAPAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI GURU KAFA DAERAH BANDAR BAHARUAlhamdulillah, pada 8 Julai 202...
08/07/2026

BENGKEL PEMANTAPAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI GURU KAFA DAERAH BANDAR BAHARU

Alhamdulillah, pada 8 Julai 2026 | 23 Muharam 1448 (Rabu) telah berlangsung Kursus Pemantapan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Guru KAFA Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seminar Masjid Al-Fateh Serdang, Kedah dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Azit, Munsyi Jawi Kedah. Beliau yang berkongsi pelbagai kaedah dan pendekatan yang berkesan dalam memperkukuh pengajaran serta pembelajaran Jawi dalam kalangan guru-guru KAFA. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Muhd Amin bin Fadzil, Penolong Pegawai Agama Daerah Kulim.

Program ini merupakan anjuran PERGUSKA Cawangan Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu. Selain itu, program ini sebagai usaha berterusan untuk memperkasa profesionalisme guru KAFA serta meningkatkan kualiti pengajaran Jawi untuk melahirkan generasi yang mahir membaca, menulis dan mencintai tulisan Jawi.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam sesi pengajaran dalam kelas. Diharapkan juga program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan Jawi dan Islam di Daerah Bandar Baharu.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Khususnya penceramah, urus setia dan seluruh guru KAFA yang telah memberikan komitmen yang amat baik.

26/05/2026
โœจ๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M ๐ŸŒ™โœจ
26/05/2026

โœจ๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M ๐ŸŒ™โœจ

๐…๐ข๐ช๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง & ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”_________________________________________๐๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐งMUAT TURUN DISI...
25/05/2026

๐…๐ข๐ช๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง & ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
_________________________________________

๐๐š๐ง๐๐ฎ๐š๐ง ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง

MUAT TURUN DISINI :-
https://mufti.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2026/05/Fiqh-Korban-Sembelihan.pdf

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ุŒSukacita dimaklumkan bahawa jualan takwim sudah bermula pada hari ini 25/5/2026 (Isnin) ...
25/05/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ุŒ

Sukacita dimaklumkan bahawa jualan takwim sudah bermula pada hari ini 25/5/2026 (Isnin) bertempat di Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu - PADBB. Sehubungan dengan itu, tuan/puan juga boleh membeli takwim di setiap kariah masjid-masjid dalam daerah Bandar Baharu.

Sekian, terima kasih.

โœจ SELAMAT BERSARA โœจSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkif...
25/05/2026

โœจ SELAMAT BERSARA โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, DSDK., DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK. atas persaraan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti YBhg. Datoโ€™ sepanjang berkhidmat amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada:
Pegawai Agama serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu

Address

Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu
Bandar Baharu
09800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00

Telephone

+6044077930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu - PADBB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu - PADBB:

Shortcuts

Share