26/07/2026
ππ¨π₯π¦π¨π¦ π£ππ π£π₯π’π¦ππ¦ππ‘ π£π₯π’ππ¨π πππ₯ππ¦ππ¦πππ‘ π£ππ¦ππ‘π: π ππ π£ππ₯πππ¦π π¨π¦ππππͺππ‘ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π ππ¦ππ¦ π§ππ‘π
23 JULAI 2026 | KHAMIS | BANDAR BAHARU
Bahagian Industri Asas Tani (IAT), Pejabat Pertanian Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Kursus Pemprosesan Produk Berasaskan Pisang yang berlangsung di Bengkel Goodies Ita Bakery, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah.
Kursus ini telah disertai oleh usahawan bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Bandar Baharu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pemprosesan produk berasaskan pisang melalui pembelajaran secara teori dan latihan praktikal.
Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada teknik pemprosesan yang betul, amalan kebersihan makanan, pembungkusan produk serta penghasilan pelbagai produk berasaskan pisang yang mempunyai nilai tambah dan berpotensi dipasarkan secara komersial.
Kursus telah dikendalikan oleh Puan Mahazita Binti Mad Hussein dengan bantuan Encik Muhammad Adham Aqil Bin Asman, Penolong Pegawai Industri Asas Tani (IAT).
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran, memperkukuh daya saing usahawan, menjana pendapatan melalui penghasilan produk hiliran yang berkualiti serta menggalakkan pembangunan industri asas tani yang mampan di daerah Bandar Baharu.
Semoga usaha berterusan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan agro berdaya saing yang mampu menghasilkan produk tempatan berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan dan ekonomi negeri.