AADK Bandar Baharu, Kedah

AADK Bandar Baharu, Kedah Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B.

Sebarang aduan, pertanyaan dan permasalahan berkenaan penyalahgunaan DADAH di sekitar daerah Bandar Baharu boleh hubungi kami di talian

Hotline : 011 - 2055 6389
Telefon : 04 - 4070210
Whatsapp : https://wa.me/601120556389
Email : [email protected] Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyar

akat yang bebas daripada ancaman dadah. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara. Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN STRATEGI ANTIDADAH NEGARA
Tindakan antidadah di Malaysia adalah berpandukan strategi berikut:
i. Pengurangan bekalan (supply reduction); dan
ii. Pengurangan permintaan (demand reduction)

Rasional strategi tersebut
Jika bekalan berkurangan dan permintaan dadah dapat dikurangkan maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali. STRATEGI DASAR DADAH
Senarai keutamaan strategi yang telah diatur semula dan diluluskan ialah Pendidikan Pencegahan dan Publisiti, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Kerjasama antarabangsa

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. Peranan AADK
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah. Bidang Tugas AADK
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berIkut :-

Melaksanakan program pencegahan

Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara

Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah

Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan


Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah AADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah AADK manakala Pegawai AADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah AADK Negeri.

23/08/2026

Hari Ahad adalah waktu terbaik untuk kita 'menyusun semula' diri sebelum bermulanya minggu yang baharu. 🌿

Tahukah anda? Penjagaan diri yang sempurna adalah salah satu bentuk kemerdekaan. Apabila tubuh badan bersih dan minda tenang, kita tidak lagi terbeban dengan tekanan yang tidak perlu.

Langkah Ringkas Penjagaan Diri Ahad Ini:

Kebersihan Diri: Mandi dengan tenang, rapikan diri. Tubuh yang segar akan membangkitkan semangat yang positif. 🚿

Detoks Minda: Jauhkan diri seketika daripada peranti digital. Beri ruang kepada otak untuk bernafas tanpa gangguan luar. 📵

Jiwa Merdeka: Buang jauh-jauh tabiat buruk yang 'menjajah' fikiran kita sepanjang minggu. Pilih untuk hidup bebas tanpa pengaruh yang membinasakan.

Ingat, kita tidak perlukan 'jalan pintas' untuk rasa tenang. Cukup dengan menghargai diri sendiri dan mensyukuri nikmat kesihatan yang ada. Sudahkah anda bersedia untuk hari Isnin yang lebih bermakna?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



19/08/2026
19/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

📌 Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



14/08/2026
FENTANYL ANCAMAN BARU DALAM SENYAP
14/08/2026

FENTANYL ANCAMAN BARU DALAM SENYAP

🚨 FENTANYL: ANCAMAN BARU DALAM SENYAP

Fentanyl ialah opioid sintetik yang digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat kesakitan yang teruk. Namun, apabila disalahgunakan atau dihasilkan secara haram, ia menjadi antara dadah paling berbahaya kerana boleh menyebabkan overdos dan kematian walaupun dalam kuantiti yang sangat kecil.

Lebih membimbangkan, terdapat penyalahgunaan analog fentanyl yang dicampurkan ke dalam cecair v**e. Pengguna mungkin tidak menyedari mereka sedang terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan, pernafasan terhenti dan kehilangan nyawa.

Jangan ambil mudah. Lindungi diri, keluarga dan masyarakat dengan meningkatkan kesedaran tentang bahaya fentanyl.

_________________________

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



13/08/2026

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



11/08/2026

Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan dadah bukanlah jalan penyelesaian.

Dadah mungkin memberi kesan sementara, tetapi kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang.

Buat pilihan yang bijak.
Sayangi diri dan masa depan anda.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



10/08/2026

Mencintai diri sendiri bukanlah bermaksud kita pentingkan diri, tetapi belajar menerima diri dengan semua kelebihan dan kekurangan.

Bila kita mula berdamai dengan diri sendiri, kita akan rasa lebih bersyukur dengan kehidupan. Tak perlu menjadi sempurna untuk merasa cukup. Cukuplah menjadi diri sendiri yang masih berusaha menjadi lebih baik.

Hari ini, ambil sedikit waktu untuk diri sendiri. Hargai usaha kecil yang telah kamu lakukan. 🤍

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



10/08/2026

Address

No 7A Kompleks Seri Tasek
Bandar Baharu
09800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044070210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Bandar Baharu, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share