PAS Caw. Permatang Pasir Bandar Baharu

PAS Caw. Permatang Pasir Bandar Baharu Markaz Tarbiyah PAS Cawangan Permatang Pasir Bandar Baharu UDM N.36 Bdr Baharu P018 Kulim Bdr Baharu

20/10/2025

SANAH HELWAH AYOH CHIK
20 Oktober 1947

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas nikmat usia yang diberkati buat seorang murabbi ummah yang telah mengorbankan seluruh hidupnya demi agama dan tanah air YB Tan Sri Datoโ€™ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tanggal kelahiran ini bukan sekadar mengingati detik lahirnya seorang insan, tetapi meraikan perjalanan panjang seorang pejuang yang langkahnya tidak pernah surut walau di tengah badai ujian, yang tutur katanya menenangkan jiwa, dan yang hikmahnya terus memayungi perjuangan Islam di bumi ini.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Ayoh Chik dalam limpahan rahmat-Nya, mengurniakan kesihatan, ketenangan, serta kebijaksanaan dalam membimbing umat menuju redha-Nya.

Teruslah menjadi suluh yang menuntun kami umat yang mendamba pimpinan dengan kasih, ilmu, dan istiqamah.

โ€œSesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.โ€
(Surah Al-Anfal: 40)

Tulus Ikhlas daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah





๐’๐€๐๐€๐‡ ๐‡๐„๐‹๐–๐€๐‡๐—ฌ๐—• ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ-๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข (๐˜—๐˜ˆ๐˜š)Beliau adalah seorang u...
20/10/2025

๐’๐€๐๐€๐‡ ๐‡๐„๐‹๐–๐€๐‡
๐—ฌ๐—• ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ-๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข (๐˜—๐˜ˆ๐˜š)

Beliau adalah seorang ulama, daโ€™i, dan mujahid yang telah mempersembahkan seluruh kehidupannya untuk perjuangan Islam yang suci ini.

Dalam setiap langkah dan tutur bicaranya, terserlah keikhlasan yang memandu umat ke arah kefahaman Islam yang menyeluruh dan murni. Generasi hari ini beruntung kerana masih dapat menyaksikan keteguhan seorang pemimpin yang tidak pernah goyah dalam mempertahankan kebenaran, walau diuji dengan cabaran zaman.

Moga Allah terus memelihara kesihatan, menambahkan keberkatan umur, dan mengurniakan kekuatan untuk terus menjadi suara kebenaran dalam menyampaikan risalah Islam di bumi Malaysia dan di pentas antarabangsa.

Ya Allah, panjangkanlah umur beliau untuk terus memimpin kami dalam jalan juang ini. Amin



Alhamdulillah tahniah dan takziah kepada semua yg diamanahkan tugas untuk ummah.Siruu 'ala barakatillah
03/10/2025

Alhamdulillah tahniah dan takziah kepada semua yg diamanahkan tugas untuk ummah.

Siruu 'ala barakatillah

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Kedah kali pertama bagi sesi 2025 โ€“ 2027 telah diadakan pada 03 Oktober 2025 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1447 bagi melantik Ahli Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Berdasarkan peruntukan Fasal 53 (3) & (5) Perlembagaan PAS (Pindaaan 2025) adalah dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan-jawatan berikut telah dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Kedah, iaitu :-

Jawatankuasa Harian

1. Pesuruhjaya : YB. Datoโ€™ Ustaz Haji Ahmad Bin Yahaya
2. Timbalan Pesuruhjaya I : YAB. Datoโ€™ Seri Haji Muhamad Sanusi Bin Md Nor
3. Timbalan Pesuruhjaya II : YB. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Sheikh Fakhrurazi
4. Timbalan Pesuruhjaya III : YB. Dr. Mohd Suffian Bin Haji Yusoff
5. Setiausaha : YB. Senator Ust. Musoddak Bin Haji Ahmad
6. Bendahari : YB. Datoโ€™ Ust. Mohd Azam Bin Abd Samat
7. Ketua Penerangan : Haji Zulkifli Bin Yahaya
8. Pengarah Pilihanraya : YB. Mej. (B) Mansor Bin Zakaria
9. Ketua Dewan โ€˜Ulamak : Sheikh Haji Mohamad Rodi bin Abdul Rahman
10. Ketua Dewan Pemuda : Sdr. Ku Abd Muhyi bin Ku Abd Hamid
11. Ketua Dewan Muslimat : YB. Datoโ€™ Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali

Sekian, terima kasih.

โ€œ KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM โ€

YB. DATOโ€™ USTAZ HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Bertarikh : 11 Rabiul Akhir 1447H bersamaan 3 Oktober 2025

Parti Amanah ini adalah parti yang bercakap tentang PAS lebih dari bercakap tentang partinya sendiri.Cuba turun dan buat...
23/09/2025

Parti Amanah ini adalah parti yang bercakap tentang PAS lebih dari bercakap tentang partinya sendiri.

Cuba turun dan buat survey tanya anak-anak muda , kenal atau tidak Parti Amanah? Apa dasar perjuangan mereka? Apa program mereka yang berjaya tarik perhatian rakyat?

Pemimpin dan ahli mereka nampak tidak berminat nak bercerita tentang parti sendiri, supaya rakyat dan parti politik lain kenal dan tahu.
Mereka nampak ketagihan bercakap tentang PAS.

Paling lawak bila saya jumpa ada yang sanggup menulis panjang lebar tentang Ucapan Dasar Presiden PAS masa Muktamar. Tidak p**a mereka bersungguh sebegitu untuk ucapan Presiden parti mereka sendiri.Kesiannya Presiden depa.

Agak pelik bagi saya, sebab saya tak jumpa sikap ni pada PKR, UMNO , Bersatu atau DAP.
Biasa orang teruja dengan parti sendiri lebih dari parti lain.

Serangan kepada musuh politik memanglah ada, tapi mereka masih dominan bercakap, share atau berbangga dengan parti sendiri lebih dari fokus pada parti lain.

PKR angkat Anwar Ibrahim dan sebelum ini sanjung Rafizi.
DAP angkat Anthony Loke dan Steven Sim.
UMNO angkat Akmal.
PAS tak perlu dipertikaikan lagi hormat mereka kepada TGHH.
Parti Amanah ada angkat pemimpin parti sendiri?

Keluar PAS 2015.
Sekarang dah 2025, masih juga PAS, PAS, PAS..Kesiannya.

Ini saya tulis pun sebab dia sentuh PAS lagi. Entah dah kali yang ke berapa ratus.
Haha.

Siap kata "seminggu telah berlalu " lepas muktamar. (Tepuk dahi!)
Orang PAS dah sibuk dengan macam-macam aktiviti lepas Muktamar, dia p**a yang ingatkan "muktamar dah berlalu seminggu".
" la dah seminggu rupanya".Adui, tak sempat nak kira aih. Maaflah saya gelak terlebih p**ak.

Lepas ni apa lagi depa nak cakap pasal PAS? Bagus juga sebab bad publicity is still a publicity.

Takmau larang sebab susah mengubah kelompok yang obses. Biaq pi ke depa lah.
Memang plan akan berterusan macam ni sampai berapa puluh tahun?

Mungkin hanya PAS yang memampukan mereka untuk bercakap. Nak cakap pasal parti sendiri, mungkin tumpul idea.

(Menulis sambil senyum dan rasa lawak)

Kredit Adun Pengkalan Kundur

12/09/2025

1 Hari lagi..

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT KALI KE-64 TAHUN 2025

- 13 September 2025 | 20 Rabiulawal 1447 | Sabtu
- Maahad Darul Hadis, Kampung Tok Keling, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
- 8.00 pagi

Muktamar dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Ustaz Haji Hashim bin Jasin (Al-Mursyidul Am PAS).

Seeru Ala Barakatillah diucapkan barisan kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia sesi 2025-2027.Semoga diberikan kek...
12/09/2025

Seeru Ala Barakatillah diucapkan barisan kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia sesi 2025-2027.

Semoga diberikan kekuatan untuk memimpin dan diberikan pertolongan oleh Allah SWT.


11/09/2025

๐ŸŒŸ JOM KE EKSPO THE GREATER KEDAH 2025! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“… 11 โ€“ 16 September 2025
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Kompleks Batu 9, Simpang Empat, Alor Setar

๐Ÿš€ Apa yang menanti anda?
โœ… Biz Talk โ€“ kongsi ilmu & peluang bisnes
โœ… Career Talk โ€“ inspirasi kerjaya & tips berguna
โœ… Acara Pentas โ€“ penuh hiburan & interaksi

๐ŸŽฏ Segmen Utama Ekspo:
๐ŸŒ Ekonomi, Pelaburan & Industri
โœˆ๏ธ Pelancongan, Komuniti & Pakej Umrah/Haji
๐ŸŽ“ Pendidikan, Biasiswa & Inspirasi Anak Muda

๐Ÿ”ฅ Kenapa anda wajib datang?
โžก๏ธ Rebut peluang kerjaya & biasiswa
โžก๏ธ Kenali lebih 25 pempamer kerajaan & syarikat
โžก๏ธ Teroka produk, inovasi & destinasi menarik
โžก๏ธ Aktiviti komuniti untuk seisi keluarga

๐Ÿ’š Masuk PERCUMA!
Mari sama-sama kita meriahkan Ekspo The Greater Kedah 2025 โ€“ Empowering Lives!

Seeru Al Barakatillah...
12/07/2025

Seeru Al Barakatillah...

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SOF KEPIMPINAN BAHARU DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH SESI 2025-2027

ูŠูŽูฐู“ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุกุขู…ูŽู†ููˆุง ุงุตู’ุจูุฑููˆุง ูˆูŽุตูŽุงุจูุฑููˆุง ูˆูŽุฑูŽุงุจูุทููˆุง ูˆูŽุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya.

ุณููŠุฑููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู

Moga bahtera yang dikemudi oleh Sof Kepimpinan baharu bagi sesi ini terus dipandu hidayah dan kekuatan daripada Allah SWT inshaAllah.

Tulus ikhlas daripada :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - DPPNK

Tahniah atas anugerah yang diterima! Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju.Semoga kejayaan ini menjadi ...
25/06/2025

Tahniah atas anugerah yang diterima! Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju.

Semoga kejayaan ini menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih besar."

Tahniah kepada ADUN Bandar Baharu, YB Ts. Dr Haji Mohd Suffian Yusoff atas penganugerahan Darjah Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 83.



24/04/2025

Address

Lot 5857 Jalan Permatang Pasir
Bandar Baharu
34950KEDAH

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Caw. Permatang Pasir Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Caw. Permatang Pasir Bandar Baharu:

Share