Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu

Alhamdulillah, selesai Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-60 di Sungai Petani.Perwakilan Dewan Pemud...
16/08/2026

Alhamdulillah, selesai Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-60 di Sungai Petani.

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu hadir membawa amanah dan suara Pemuda Kawasan.

Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Ustaz Hj Ahmad bin Yahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Muktamar menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyatukan tekad dan menyusun langkah perjuangan demi meneruskan gerak kerja dakwah dan tarbiah.

Satu saf, satu tekad, terus istiqamah melangkah dalam perjuangan. โœŠ๐Ÿป

14/08/2026

Hujan Lebat sejak awal pagi di Kulim.
Ada tempat dah naik ayaq . Semoga dipermudahkan urusan semua warga Kulim

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จJUDI DI KEDAH: PERJUANGAN TIDAK AKAN TERHENTIDewan Pemuda PAS...
13/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”
๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

JUDI DI KEDAH: PERJUANGAN TIDAK AKAN TERHENTI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mengambil pendirian tegas bahawa perjuangan untuk menghapuskan kegiatan perjudian di negeri Kedah tidak akan pernah terhenti, meskipun usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan tidak berhasil.

Bagi kami, isu judi bukan sekadar soal lesen atau operasi perniagaan, tetapi menyentuh soal maruah masyarakat, masa depan generasi muda serta kesejahteraan rakyat Kedah.

Kami menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun pada masa yang sama, perjuangan membanteras kemungkaran dan membina sebuah negeri yang lebih sejahtera akan terus kami laksanakan melalui saluran yang sah, berprinsip dan berterusan.

Kami tidak akan berundur. Kami tidak akan berdiam diri.

Selagi masih ada ruang untuk memperjuangkan kebaikan, selagi itu kami akan terus bersuara dan bekerja demi memastikan Kedah bebas daripada budaya perjudian yang merosakkan masyarakat.

Hampa tunggu. Perjuangan ini akan kami teruskan. Insya-Allah, Kedah tanpa judi bukan sekadar slogan, tetapi sebuah cita-cita yang akan terus diperjuangkan.

Muhammad Amsyar Faiz bin Md Shukri
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu

12/08/2026
12/08/2026

DUKACITA, LESEN JUDI DI KEDAH, KERAJAAN NEGERI KEDAH GAGAL DAPAT KEBENARAN MERAYU DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐Š๐“๐€๐Œ๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆSelamat Bermuktamar buat seluruh perwakilan dan pemerhati ...
11/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐Š๐“๐€๐Œ๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐‡๐€๐“๐ˆ

Selamat Bermuktamar buat seluruh perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah - DPPNK.

Semoga Muktamar kali ke-60 ini berjalan lancar serta menjadi medan memperkukuh ukhuwah, memperkasa perjuangan dan meneruskan khidmat untuk ummah.

Ikhlas Daripada : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mo...
07/08/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mohd Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga ADUN Serting atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati oleh Allah SWT.

Siiru 'ala barakatillah

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan para peminat atas pemergian pelakon Cik Man.Pemergian bel...
05/08/2026

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan para peminat atas pemergian pelakon Cik Man.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air. Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan menjadi amal kebaikan yang terus dikenang.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏูุŒ ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‚ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽู„ู’ู‡ูู…ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฐูŽูˆููŠู‡ู ุงู„ุตู‘ูŽุจู’ุฑูŽ ูˆูŽุงู„ุณู‘ูู„ู’ูˆูŽุงู†ูŽ.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

05/08/2026

๐Œ๐”๐Š๐“๐€๐Œ๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐ŸŽ

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) dengan penuh hormat menjemput seluruh perwakilan dan pemerhati untuk menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-60, yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh : 15 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•Œ Bersamaan : 2 Rabiulawal 1448H
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Auditorium, Majlis Perbandaran Sungai Petani
โฐ Masa : 8.00 pagi
๐Ÿ‘” Pakaian : Baju Rasmi DPPNK / DPPK

Muktamar ini merupakan medan penting untuk memperkukuh saf kepimpinan, mempererat ukhuwah, menyelaras gerak kerja serta memperbaharui iltizam dalam meneruskan amanah perjuangan Islam.

Sehubungan itu, seluruh perwakilan dan pemerhati dimohon agar membuat persiapan awal serta merancang perjalanan dengan sebaiknya bagi memastikan kehadiran dan penyertaan sepanjang perjalanan muktamar.

Semoga Allah SWT memberkati perjalanan muktamar ini, mengurniakan kelancaran segala urusan, serta menghimpunkan hati-hati kita dalam kesatuan dan perjuangan yang diredai-Nya.

Selamat Bermuktamar.



Address

Markaz PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu
Bandar Baharu
09800

Telephone

+60195208517

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu:

Shortcuts

Share