24/12/2025
14 DISEMBER 2025
✨ Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Murid Tahun 6 SK Permatang Pasir 2025✨
Alhamdulillah, majlis yang penuh bermakna telah berlangsung dengan jayanya sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta meraikan graduasi anak-anak Tahun 6 yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah. 🎓
Tahniah kepada semua penerima anugerah atas usaha, disiplin, dan semangat juang yang tinggi. Setiap kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil kerja keras murid-murid, sokongan padu ibu bapa/penjaga, serta dedikasi warga pendidik SK Permatang Pasir.
Buat semua murid Tahun 6, teruskan langkah dengan yakin, gapai impian setinggi bintang, dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. 🌟
Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sekolah, PIBG, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Kami bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan hebat kalian. Selamat maju jaya, anak-anak Permatang Pasir! 💛