21/05/2026
PROGRAM LAWATAN “FUN LIBRARY”
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBAN CHONDONG
Tarikh: 19 Mei 2026
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Rompin
Peserta: Sekolah Kebangsaan Leban Chondong
PENGENALAN
Program Lawatan “Fun Library” telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Rompin. Lawatan ini melibatkan seramai 20 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Leban Chondong.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi perpustakaan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti interaktif dan santai.
OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif program lawatan ini adalah:
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
Memupuk minat membaca dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti interaktif.
Menggalakkan pelajar untuk berkunjung dan menggunakan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan aktiviti komuniti.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Sepanjang lawatan berlangsung, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya:
Penerangan mengenai Perpustakaan Awam Daerah Rompin serta perkhidmatan yang disediakan
Aktiviti kuiz “Roda Impian”
Aktiviti teka silang kata
Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar. Mereka menunjukkan minat dan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung, terutamanya semasa aktiviti kuiz dan permainan minda dijalankan.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, Program Lawatan “Fun Library” bersama Sekolah Kebangsaan Leban Chondong telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para pelajar, malah turut membantu meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap aktiviti pembelajaran secara santai dan interaktif.
Pihak Perpustakaan Awam Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.