07/07/2026
Penglibatan JKR Daerah Rompin sebagai Panel Penilai Integrated Design Project (IDP)
Pada 4 Julai 2026, JKR Daerah Rompin sekali lagi telah diberi kepercayaan sebagai panel penilai bagi Integrated Design Project (IDP) di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Penilaian ini melibatkan pembentangan projek oleh para pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Penglibatan ini merupakan satu platform yang amat signifikan dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan industri, di samping menjadi medium perkongsian ilmu, pengalaman serta pendedahan kepada realiti dunia kejuruteraan yang sebenar. Melalui sesi penilaian ini, para panel berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman profesional, manakala para pelajar memperoleh input yang bernilai sebagai persediaan menghadapi cabaran alam pekerjaan.
Sebagai agensi teknikal negara, JKR Daerah Rompin amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Shah Alam untuk bersama-sama menjayakan penilaian akademik ini. Kerjasama strategik seperti ini diharapkan dapat terus diperkukuhkan bagi melahirkan graduan kejuruteraan yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing.
Semoga semua bakal graduan terus cemerlang dalam bidang yang diceburi serta menjadi pelapis jurutera yang berwibawa, beretika dan berupaya menyumbang kepada pembangunan infrastruktur serta kemajuan negara pada masa hadapan.