Pergigian Daerah Rompin

Pergigian Daerah Rompin πŸ”˜PKPD Rompin
πŸ”˜KP RompinπŸ”˜KP Muadzam Shah
πŸ”˜KP Bandar Tun Razak πŸ”˜KP Tekek πŸ”˜KP Perantau Damai πŸ”˜KP Teluk Gading πŸ”˜KP Perwira Jaya πŸ”˜KP Ibam Pergigian Daerah Rompin.

Merupakan page rasmi bagi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin. Terdapat 4 buah klinik pergigian yang beroperasi secara harian di daerah Rompin, iaitu:-

1) Klinik Pergigian Rompin
2) Klinik Pergigian Muadzam Shah
3) Klinik Pergigian Bandar Tun Razak
4) Klinik Pergigian Tanjung Gemuk



03/08/2026
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”Dengan penuh takzim, marafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda S...
31/07/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Dengan penuh takzim, marafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda yang ke-67.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebijaksanaan dalam memayungi pemerintahan serta sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan inayah-Nya.

Semoga Negeri Pahang Darul Makmur terus dilimpahi keamanan, kemakmuran, kemajuan dan keberkatan, serta kekal sejahtera di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda.

Daulat Tuanku!

Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM

29/07/2026
29/07/2026

Sorotan Video : Kursus Pemanduan Berhemah Dan Penyelenggaraan Kenderaan Pergigian Daerah Rompin 2026

πŸ“ Bilik Seminar 2 & Bengkel Automotif, Kolej Komuniti Rompin
πŸ—“οΈ 29 Julai 2026 (Rabu)

β€˜Memperkasa Keselamatan Dan Kemahiran Automotif’






Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM
Kolej Komuniti Rompin Pahang (Official)
JPJ Negeri Pahang

Kursus Pemanduan Berhemah Dan Penyelenggaraan Kenderaan Pergigian Daerah Rompin 2026πŸ“ Bilik Seminar 2 & Bengkel Automoti...
29/07/2026

Kursus Pemanduan Berhemah Dan Penyelenggaraan Kenderaan Pergigian Daerah Rompin 2026

πŸ“ Bilik Seminar 2 & Bengkel Automotif, Kolej Komuniti Rompin
πŸ—“οΈ 29 Julai 2026 (Rabu)

Seramai 15 orang anggota Pergigian Daerah Rompin telah menjalani kursus tersebut dari pelbagai jawatan seperti :-
β€’ Pembantu Khidmat Am (Pemandu Kenderaan)
β€’ Pegawai Pergigian (Pegawai Kenderaan Klinik)
β€’ Juruterapi Pergigian (Pegawai Kenderaan Klinik)
β€’ Pembantu Pembedahan Pergigian
β€’ Pembantu Perawatan Kesihatan

Sesi teori dan penyelenggaraan kenderaan dijalankan oleh En. Muhamad Sofwan bin Mohd Kharis dan Ts. Wan Mohd Fakhri bin Wan Mansor dari Kolej Komuniti Rompin. Manakala bagi sesi pemanduan berhemah dan keselamatan jalanraya dijalankan oleh Puan Siti Suhana binti Awang dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang. Kursus telah dirasmikan oleh Dr. Faizah binti Osman, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Rompin.

Semoga kursus hari ini dapat memberi manfaat sebaiknya untuk menyampaikan tugasan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus hari ini terutama kepada pihak Kolej Komuniti Rompin dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

β€˜Memperkasa Keselamatan Dan Kemahiran Automotif’






Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM
Kolej Komuniti Rompin Pahang (Official)
JPJ Negeri Pahang

29/07/2026

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Jom bersama-sama memeriahkan Konvensyen Kualiti Program Kesihatan Pergigian 2026 yang akan diadakan secara langsung dalam talian pada:

πŸ“… 30 Julai 2026 (Khamis)
πŸ’» Platform: Google Meet

Konvensyen ini menampilkan pembentangan projek inisiatif kualiti daripada empat (4) kategori, iaitu Inovasi, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Quality Assurance (QA) dan Lean Healthcare.

Ayuh bersama-sama menyaksikan perkongsian idea, inovasi dan amalan terbaik daripada warga pergigian KKM sebagai wadah pembelajaran dan perkongsian dalam usaha memperkukuh budaya kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian.

πŸ”” πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π: Sesi siaran langsung hanya boleh diakses menggunakan akaun e-mel MyGovUC.

πŸ“Œ 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝟏: SESI PEMBENTANGAN PROJEK (LEAN & INOVASI)
πŸ•— 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ”— https://tinyurl.com/LeanHealthcareInovasi

πŸ“Œ 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝟐: SESI PEMBENTANGAN PROJEK (KIK & QA)
πŸ•— 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ”— https://tinyurl.com/KIK-QA

πŸ“Œ 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸ‘: MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN KUALITI
πŸ•’ 3.00 petang – 4.30 petang
πŸ”— https://tinyurl.com/MajlisPenutupKonvensyenKualiti

πŸ“’ Dijemput semua warga pergigian KKM untuk bersama-sama menyaksikan dan memeriahkan Konvensyen Kualiti Program Kesihatan Pergigian 2026!

Transformasi Melalui Inovasi, Kecemerlangan Melalui Kualiti 🦷✨

β€˜Jom Berus Gigi’ 2026Program β€˜Jom Berus Gigi’ 2026 merupakan acara yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk memp...
28/07/2026

β€˜Jom Berus Gigi’ 2026

Program β€˜Jom Berus Gigi’ 2026 merupakan acara yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk mempromosikan budaya penjagaan Kesihatan Pergigian. Aktiviti utama program β€˜Jom Berus Gigi’ menfokuskan kepada acara memberus gigi secara serentak beramai-ramai di seluruh Malaysia. Program ini memberi penekanan khusus terhadap kepentingan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selama dua minit bagi setiap sesi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.

Pada tahun ini, program β€˜Jom Berus Gigi’ 2026 diadakan pada 22 Julai 2026, secara serentak di beberapa sekolah di daerah Rompin dan di fasiliti klinik pergigian daerah Rompin.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya memberus gigi bersama-sama sempena program tersebut. Terus jadikan amalan memberus gigi satu kewajipan dalam kehidupan seharian.






Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM

Address

Bandar Rompin

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094146132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share