Bank Gen Agromakanan Kebangsaan - Mygenebank

Bank Gen Agromakanan Kebangsaan - Mygenebank MyGeneBank is a focal centre under Ministry of Agriculture (MOA) the roles to conserve, manage and utilise genetic resources for food and agriculture

20/10/2022
Reminder to all. Brazil implementing its ABS act.
13/04/2022

Reminder to all. Brazil implementing its ABS act.

LARANGAN PENGIMPORTAN GUARANA (Paullinia cupana) DI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 12 APRIL 2022 – Jabatan Pertanian Malaysia telah dimaklumkan oleh Ministry of Agriculture Livestock and Food Supply (MAPA) Brazil, melalui surat OFÍCIO No5/2020/DSV/SDA/MAPA bertarikh 8 Januari 2020 bahawa negara Brazil hanya membenarkan pengeksportan buah guarana bagi tujuan pemprosesan dan makanan manusia sahaja. Larangan ini adalah termaktub di bawah undang-undang Brazil; Law No. 13,123 / 15, May 20, 2015 (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge) di mana Kerajaan Malaysia, jabatan, agensi, mana- mana syarikat atau individu yang menanam guarana adalah berisiko dikenakan tindakan perundangan oleh Kerajaan Brazil sekiranya tanaman ini dibiakkan dan dikomersialkan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan amaran, sita dan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta).
Berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi yang endemik kepada penyakit South American Leaf Blight (SALB) iaitu oleh kulat Microcyclus ulei (syn. Pseudocercospora ulei) kepada tanaman Hevea adalah dilarang.
Guarana atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P.crysan, P.sorbilis; Keluarga: Sapindaceae) merupakan tanaman herba semulajadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil. Lembah Amazon juga merupakan kawasan penanaman getah dengan insiden serangan penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight, SALB) yang amat tinggi. Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan pertumbuhan pokok getah terbantut dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif.
Keadaan ini boleh melumpuhkan industri getah negara yang bernilai lebih RM18 bilion setahun. Penyakit ini mengakibatkan kegagalan industri getah di negara Brazil dan negara-negara SALB yang lain seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama.
Berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh negara Brazil dan impak negatifnya kepada industri getah negara, Jabatan Pertanian tidak pernah membenarkan petani atau usahawan melaksanakan projek penanaman guarana untuk dikomersialkan di negara ini. Ini adalah kerana sumber benih guarana yang dibawa masuk ke dalam negara ini secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah dari sudut perundangan negara berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman yang dikenakan oleh negara Brazil.
Penanaman guarana di Malaysia adalah berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum guaranicola yang hanya dilaporkan menyerang spesis guarana. Maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad dan akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan berlaku di Malaysia. Selain itu, penyakit ini turut menyerang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, mangga, cili dan secara tidak langsung boleh melumpuhkan industri agromakanan negara.

12/04/2022

IBD Webinar on Biotechnology: Science, Business & Society Webinar 2022/17

Title :
The Roles of the National Agrofood Genebank (MyGenebank) and R&D on Future Crops in MARDI

Invited Speaker :
Dr. Mohd Shukri bin Mat Ali @ Ibrahim
Director, Agrobiodiversity and Environment Research Centre MARDI

Date :
13th April 2022 (Wednesday)

Time :
11.00 am (Malaysia hours)

Medium :
IBD Facebook live 👇

https://www.facebook.com/ibdutm/posts/645002733610045

Thank You

Behind the scene..the journey..
03/03/2022

Behind the scene..the journey..

BSF ITPGRFA project on Taro - One of our Farm Field School in Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor.
02/03/2022

BSF ITPGRFA project on Taro - One of our Farm Field School in Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

02/03/2020

IKLAN JAWATAN KOSONG - MARDI mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, mengisi kekosongan jawatan berikut:

• PEGAWAI PENYELIDIK Q41
• JURUTERA J41
• PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

TARAF: TETAP / KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE).

Permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat di laman web eJawatan MARDI di - http://ejawatan.mardi.gov.my/. Tarikh iklan adalah pada: 2 Mac 2020 sehingga 15 Mac 2020.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 7043/7037.

Address

Persiaran MARDI-UPM
Bandar
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389536991

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bank Gen Agromakanan Kebangsaan - Mygenebank posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bank Gen Agromakanan Kebangsaan - Mygenebank:

Share