Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM

Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan, Bangi.

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, dahulu dikenali sebagai Jabatan Syariah, merupakan institusi unggul yang memartabatkan ilmu, penyelidikan dan wacana Syariah sejak 18 Mei 1970.

24/08/2026
24/08/2026
08/07/2026

🌹 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌹

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Zaini Nasohah atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred VK7 berkuat kuasa 21 Mei 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, kepakaran dan sumbangan berterusan Prof. dalam bidang Syariah serta pembangunan ilmu di peringkat universiti dan masyarakat.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPI untuk terus membudayakan kecemerlangan, memperkukuh tradisi ilmu serta meningkatkan sumbangan kepada agama, universiti dan negara.

Para Profesor FPI diharapkan terus memainkan peranan sebagai mentor dan pembimbing generasi akademik pelapis, agar kejayaan ini menjadi kejayaan bersama dalam membina legasi ilmu yang berkekalan.

Semoga kita terus maju bersama, berbakti dengan ilmu dan amal demi kecemerlangan FPI dan UKM.

Ikhlas daripada,
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM



05/06/2026

🎉 TAHNIAH PROF. DR. ABDUL BASIR MOHAMAD 🎉

Warga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad dari Pusat Kajian Syariah atas kenaikan gred ke jawatan Profesor Gred VK6.

Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan serta pembangunan ilmu di Fakulti Pengajian Islam dan UKM secara keseluruhannya.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPI untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya ilmu dan meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang. Mudah-mudahan rezeki dan pengiktirafan yang diperoleh ini turut menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga fakulti untuk terus berganding bahu mengangkat nama FPI dan UKM ke tahap yang lebih gemilang di persada antarabangsa.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan ilmu, penyelidikan dan kepimpinan akademik.

16/05/2026

⚖️ PENDAFTARAN DIPLOMA PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM KINI DIBUKA! ⚖️

📚 Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DPKGI)
Sesi Akademik 2026/2027

Ingin memperkukuh pengetahuan dan kompetensi dalam bidang kehakiman serta guaman Islam? Inilah peluang terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam dunia profesional Syariah dan perundangan Islam.

Program DPKGI Fakulti Pengajian Islam, UKM dirangka khusus untuk melahirkan tenaga profesional yang berkemahiran, berintegriti dan memahami realiti semasa pentadbiran kehakiman serta guaman Islam di Malaysia.

📌 Maklumat lanjut program:
Laman Rasmi DPKGI FPI UKM
https://www.ukm.my/fpi/dpkgi/

📌 Pendaftaran boleh dibuat di:
https://join.ukm.my

🗓️ Tarikh tutup permohonan:
7 Ogos 2026

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga profesional dalam bidang kehakiman dan guaman Islam bersama Fakulti Pengajian Islam UKM.

09/05/2026

Kegiatan ini terselenggara melalui kolaborasi antara Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Syiah Kuala, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaa

09/05/2026

Banda Aceh, 5 Mei 2026 — Program Studi Ekonomi Islam Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Syiah Kuala kembali memperkuat atmosfer akademi...

Alhamdulillah, pada 7 Mei 2026, Khamis, telah berlangsung sesi kunjungan hormat Pengerusi Pusat Kajian Syariah, Fakulti ...
07/05/2026

Alhamdulillah, pada 7 Mei 2026, Khamis, telah berlangsung sesi kunjungan hormat Pengerusi Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu Prof. Madya Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani ke Fakultas Syariah dan Hukum UIN Raden Fatah Palembang.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan akademik, penyelidikan serta hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang syariah dan pengajian Islam di peringkat antarabangsa.

Dalam rangka lawatan tersebut, turut diadakan sesi Kuliah Tamu Internasional yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dengan perkongsian ilmiah bertajuk Overview on Shariah Governane in Islamic Financial Institutions in Malaysia yang sangat bermanfaat dan mendapat sambutan yang baik daripada para pensyarah serta mahasiswa.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab kepada pengukuhan kerjasama akademik, pertukaran ilmu serta pembangunan ummah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Address

Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389215501

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Kajian Syariah, FPI, UKM:

Shortcuts

Share