Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan UKM

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan UKM Laman Rasmi Facebook Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

12/08/2026
11/08/2026
10/08/2026

π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π˜π€π‘π€π‡π€π 𝐓𝐔𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π’π€π‘π‰πˆ π’πˆπ‘πˆ πŠπ„-πŸ’ πŸπŸŽπŸπŸ”

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera.

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan hormatnya menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof. Emeritus/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Syarahan Tun Ahmad Sarji Siri Ke-4 2026 yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi
πŸ“ Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM

Majlis ini akan menampilkan Yang Amat Berbahagia Tun (Dr.) Tengku Maimun Tuan Mat, Penyandang Kursi Diraja Integriti dan Tadbir Urus Baik UKM, yang akan menyampaikan syarahan bertajuk:

β€œIntegriti Bukan Pilihan: Tanggungjawab dan Cabaran Kepimpinan Awam”

Kesudian YBhg. Prof. Ulung/Prof. Emeritus/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan meluangkan masa memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia

07/08/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan dijemput menghadiri Ceramah Kesedaran Ergonomik seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Bilik Sanggar Ilmu, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Live Facebook: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penceramah:
Encik Mohd Nur Ikhwan bin Shafiee
Eksekutif, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)

πŸŽ“ Penglibatan dalam program ini akan didaftarkan dalam sistem UrusBakat.

Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

06/08/2026

Bahan Koleksi: Koleksi Gambar N. A. Halim
No. Panggilan: Gr BP 186.34 W5 MAULUD
Peristiwa: Sambutan Hari Maulud Nabi S.A.W.
Tahun: 1983
Lokasi Simpanan: Koleksi Khas Perpustakaan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Huraian:
Rangkaian gambar-gambar ini merupakan sebahagian daripada simpanan berharga dalam Koleksi N. A. Halim di Perpustakaan ATMA, UKM. Foto-foto ini merakamkan detik-detik penting semasa Sambutan Hari Maulud Nabi S.A.W. yang diadakan pada tahun 1983 di sebuah stadium.

05/08/2026
BUKU BAHARUThe Future Of Nostalgia8 CB 427 .B697 8lokasi bahan: Koleksi Buku Baharu  #2026
05/08/2026

BUKU BAHARU
The Future Of Nostalgia
8 CB 427 .B697 8
lokasi bahan: Koleksi Buku Baharu

#2026

04/08/2026

Akses Percubaan LeapSpace Kini Dibuka untuk Warga UKM!

Sukacita dimaklumkan bahawa seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berpeluang menikmati Akses Percubaan Eksklusif LeapSpace Pro selama 14 hari.

Apa yang anda peroleh?

Akses penuh ke semua ciri LeapSpace Pro
Penggunaan tanpa had sepanjang tempoh percubaan
Terokai pelbagai fungsi premium untuk meningkatkan produktiviti, kolaborasi dan pengalaman pembelajaran anda

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba semua kelebihan LeapSpace Pro secara PERCUMA selama 14 hari!

Tempoh akses adalah terhad, jadi manfaatkan peluang ini sekarang.

31/07/2026

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ‡π€π’: πˆπ’π” πŒπ”π€π“ 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 π…π€πˆπ‹ 𝐂𝐒𝐕 πƒπˆ π’π‚πŽππ”π’ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ π‘π„πŒπŽπ“π„π—π’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa terdapat isu teknikal yang menyebabkan fungsi muat turun (export) fail CSV daripada pangkalan data Scopus melalui RemoteXs tidak dapat digunakan pada masa ini.

Hasil semakan mendapati isu ini bukan sahaja melibatkan Perpustakaan UKM, malah turut memberi kesan kepada semua institusi yang menggunakan platform RemoteXs.

Pihak RemoteXs telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Pemakluman akan dibuat dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat baru yang diterima. Pihak perpustakaan memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Terima kasih.

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389213108

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category