01/03/2022
Kenapa kita perlu segerakan pembelian rumah pada usia muda?
1. Tempoh hutang
Dalam LPPSA ade dua skim, pencen dan KWSP. Untuk skim KWSP, tempoh hutang terhad sampai ke umur bersara sahaja. Sekiranya buyer beli rumah pada usia yang hampir umur bersara, tempoh hutang akan jadi pendek dan komitmen bulanan akan jadi besar.
2. Insuran MRTT
Insuran MRTT tertakluk kepada umur, jantina dan nilai hartanah. Makin meningkat usia terutamanya selepas umur 40 tahun, nilai insuran MRTT akan meningkat berkali ganda.
3. Bayaran bulanan
Disebabkan umur yang tinggi, komitmen bulanan juga akan turut meningkat disebabkan tempoh hutang yang pendek dan nilai MRTT yang besar.
4. Bayaran selepas pencen
Bagi yang ambil skim KWSP, mereka perlu menyelesaikan bayaran hutang rumah. Jika gagal, dibimbangi rumah tersebut akan dilelong. Ade juga kes pemohon perlu bayar pada kadar setinggi 7%. Manakala untuk yang pilih skim pencen, potongan akan dibuat seperti biasa. Keburukannya adalah duit pencen biasanya tak setinggi gaji sewaktu bekerja dahulu.
Oleh itu, saranan saya sekiranya ekonomi sudah stabil dan tuan/puan sudah bersedia untuk settle down boleh segerakan pembelian rumah. Membeli rumah ini ialah long term investment. Kita beli rumah untuk keselesaan keluarga dan anak-anak. Tapi kalau boleh janganlah ia membebankan. Sebab itu penting ada perancangan kewangan pada usia yang muda lagi.
Semoga bermanfaat.
* * * * *
Yang dah jumpa rumah dan mahu apply LPPSA, boleh whatsapp saya. Saya akan bantu sehingga loan lulus secara PERCUMA.
Syila FE LPPSA: 019 264 0441