14/08/2026
Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM), Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Akaun, Storan dan Aplikasi Google Workspace di UKM pada 13 Ogos 2026. Kursus secara bersemuka di Makmal Latihan, Perpustakaan Lingkungan Kedua ini telah dikendalikan oleh Puan Suhana Md Saat, Pegawai Teknologi Maklumat F12 (KUP), Bahagian Pengurusan Khidmat ICT, Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM).
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai modul praktikal termasuk tadbir urus akaun, keselamatan siber, pengurusan kuota storan universiti serta komunikasi berkesan. Tumpuan utama dan kemuncak kepada bengkel tersebut adalah taklimat eksklusif mengenai seksyen bonus iaitu Gemini Pro in Google Workspace. Sukacitanya, pihak UKM telah menerima peruntukan khas lesen Gemini Pro daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk bertindak sebagai Penolong AI Peribadi. Memandangkan ini adalah inisiatif berimpak tinggi, pengurusan universiti telah menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang agresif, iaitu mensasarkan sekurang-kurangnya lapan puluh peratus penggunaan aktif dalam tempoh bulanan bagi tahun 2026.
Selaras dengan tujuan matlamat ini tercapai, setiap pemegang lesen Gemini Pro diwajibkan menggunakan kemudahan Gemini Pro pada kadar minimum empat kali pada setiap bulan. Arahan khusus ini dikeluarkan supaya seluruh pengguna dapat membiasakan diri sekaligus menggalakkan inovasi digital dan automasi proses kerja.
Kesimp**annya, kursus kompetensi ini bukan sahaja berjaya melengkapkan para peserta dengan kemahiran pengurusan storan awan malah bertindak sebagai pemacu agenda transformasi AI institusi. Penguasaan aplikasi pintar Gemini Pro ini pastinya diyakini mampu melonjakkan produktiviti digital warga universiti ke tahap tertinggi.