Pusat Strategi UKM

Pusat Strategi UKM Penggerak perancangan strategik melalui kesepakatan dalam pendidikan, penyelidikan dan khidmat

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. Lim Kar Keng atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaring...
14/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. Lim Kar Keng atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Masyarakat), Fakulti Pengajian Sains Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan strategik antara universiti dan masyarakat, serta terus memperkasa peranan UKM dalam membina hubungan yang bermakna, berimpak dan berterusan bersama komuniti. Selamat dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Ikhlas daripada Prof. Dato' Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi UKM

Hari Gajah Sedunia disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melindu...
12/08/2026

Hari Gajah Sedunia disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melindungi, memelihara dan memulihara spesies gajah daripada ancaman kepupusan.

Kehadiran gajah dalam ekosistem hutan sangat penting kerana mamalia ini merupakan khazanah biodiversiti negara yang tidak ternilai, selain bertindak sebagai agen penyebar biji benih tumbuhan melalui najisnya.

Selamat Hari Gajah Sedunia ikhlas daripada Pusat Strategi UKM

12/08/2026

📢 APA ITU TAGGING CODE? 🎟️✨
Keliru berkenaan Tagging Code untuk program Cloth Jariah 2.0 | Gift2Give 2.0?
Tagging Code ialah tiket untuk anda masuk dan tebus barangan percuma di Pesta nanti!
2 Cara Dapatkan Tagging Code:
1️⃣ Penghantaran Barangan (12–14 Ogos 2026): Hantar barang terpakai & terus dapat Tagging Code.
2️⃣ Pesta Barangan Percuma (14 Ogos 2026): Datang, daftar di kaunter & tebus Tagging Code anda.
📍 Dewan Makan Kompleks Kesatria UKM, Bangi
Jumpa anda di sana! 🌿📦




📢JOM SERTAI PROGRAM CLOTH JARIAH 2.0 | GIFT2GIVE 2.0! 🌿📦“Beri Hayat Kedua, Manfaat Sepanjang Masa”Adakah anda mempunyai ...
12/08/2026

📢JOM SERTAI PROGRAM CLOTH JARIAH 2.0 | GIFT2GIVE 2.0! 🌿📦
“Beri Hayat Kedua, Manfaat Sepanjang Masa”
Adakah anda mempunyai pakaian, beg, kasut, atau barangan terpakai yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan? Mari alirkan manfaatnya melalui program kelestarian ini!
🗓 Penghantaran Barangan:
12 - 14 Ogos 2026
⌚ Masa: 9 pagi - 4 petang
🎉 Pesta Barangan Percuma:
14 Ogos 2026
📍 Lokasi: Dewan Makan Kompleks Kesatria, UKM Bangi
📦 Kami Menerima:
• Pakaian
• ⁠Tudung & Telekung
• ⁠Kasut & Beg Terpakai
• ⁠Aksesori & Mainan
⚠️ Panduan :
- Pastikan barangan elok dan BERSIH.
- ⁠Asingkan, bungkus, dan LABELKAN barangan yang tidak boleh guna semula.
- ⁠Bawa beg anda sendiri semasa hari pesta.
- ⁠Ambil yang perlu sahaja.
💬 Mari kita kosongkan ruang bilik dan lengkapkan kitaran kelestarian ini bersama-sama!

📢JOM SERTAI PROGRAM CLOTH JARIAH 2.0 | GIFT2GIVE 2.0! 🌿📦

“Beri Hayat Kedua, Manfaat Sepanjang Masa”
Adakah anda mempunyai pakaian, beg, kasut, atau barangan terpakai yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan? Mari alirkan manfaatnya melalui program kelestarian ini!
🗓 Penghantaran Barangan:
12 - 14 Ogos 2026
⌚ Masa: 9 pagi - 4 petang
🎉 Pesta Barangan Percuma:
14 Ogos 2026
📍 Lokasi: Dewan Makan Kompleks Kesatria, UKM Bangi

📦 Kami Menerima:
• Pakaian
• ⁠Tudung & Telekung
• ⁠Kasut & Beg Terpakai
• ⁠Aksesori & Mainan

⚠️ Panduan :
- Pastikan barangan elok dan BERSIH.
- ⁠Asingkan, bungkus, dan LABELKAN barangan yang tidak boleh guna semula.
- ⁠Bawa beg anda sendiri semasa hari pesta.
- ⁠Ambil yang perlu sahaja.

💬 Mari kita kosongkan ruang bilik dan lengkapkan kitaran kelestarian ini bersama-sama!

HIPS 2026
12/08/2026

HIPS 2026

Hari Informasi Pusat Strategi (HIPS) 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 10 Ogos 2026 di Persada Canselori, UKM, m...
11/08/2026

Hari Informasi Pusat Strategi (HIPS) 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 10 Ogos 2026 di Persada Canselori, UKM, menghimpunkan warga universiti dalam satu platform perkongsian informasi, ilmu dan aktiviti interaktif.

HIPS 2026 tampil dengan pelbagai pengisian yang menyentuh aspek kesihatan, kesejahteraan digital, penjagaan diri, kelestarian dan kreativiti, di samping perkongsian informasi mengenai pelbagai inisiatif strategik universiti.

Antara pengisian yang mendapat perhatian ialah Forum Kesihatan “Bariatrik dan Mounjaro: Berkesan?”, sesi “Asyik Scroll, Adakah Saya Ketagih?” bersama Cyber Security Malaysia, “Estetik untuk Cantik” serta perkongsian mengenai tekstil dan clothing circularity untuk masa hadapan yang lebih lestari.

Pelbagai reruai dan aktiviti turut memeriahkan HIPS 2026, antaranya Paint for Peace, saringan kesihatan, pemeriksaan mata, Taman Botani UKM, Terrarium Leaves serta reruai Pusat Strategi yang berkongsi informasi mengenai HURS, SDG, penarafan universiti dan Anugerah Bitara UKM.

Terima kasih kepada semua penceramah, panel, rakan strategik, pempamer, urus setia dan seluruh warga UKM yang hadir dan bersama-sama menjayakan HIPS 2026.

Semoga HIPS terus menjadi platform yang mendekatkan Pusat Strategi dengan warga UKM melalui perkongsian informasi dan ilmu, di samping menyemarakkan budaya kesejahteraan, kelestarian dan kebersamaan dalam komuniti UKM.

Jumpa lagi di HIPS akan datang!

10/08/2026

JEMPUTAN KE HARI INFORMASI PUSAT STRATEGI UKM (HIPS) 2026
Dengan segala hormatnya, kami menjemput seluruh warga UKM untuk menghadiri Hari Informasi Pusat Strategi UKM (HIPS) 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Persada, Bangunan Canselori
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Sesi Perkongsian Menarik
✅ Forum ‘Bariatrik dan Mounjaro: Berkesan?’
✅ Sesi ‘Asyik Scroll, Adakah Saya Ketagih?’
✅ Sesi ‘Estetik untuk Cantik’
✅ Sesi ‘Cloth Jariah 2.0’
Aktiviti Menarik
• Jualan Produk Taman Botani UKM
• Jualan koleksi Terrarium, sukulen, kaktus dan tanaman hiasan dalaman
• Jualan Air Buah Segar JOOST
• Paint fo Peace
• Cabutan Bertuah
• Reruai Pameran Pusat Strategi UKM
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan HIPS 2026!

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK ANUGERAH BITARA UKM KE-11 (PENILAIAN 2025)Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara UKM ...
07/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK ANUGERAH BITARA UKM KE-11 (PENILAIAN 2025)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025) telah berlangsung pada 7 Ogos 2026 di Bilik Majlis bagi mengesahkan senarai penerima Anugerah Bitara UKM 2026 berdasarkan penilaian tahun 2025.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM dan dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta ketua-ketua jawatankuasa dan wakil yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Induk, jawatankuasa penilai dan urus setia atas kerjasama yang padu, komitmen yang tinggi serta ketelitian sepanjang proses penilaian.

Semoga Anugerah Bitara terus menjadi pemangkin kepada budaya kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk terus menjunjung kebitaraan, memperkukuh daya saing serta bersama-sama mengangkat nama UKM ke persada yang lebih gemilang.

Menjunjung Kebitaraan, Menginspirasikan Kecemerlangan

Pusat Strategi telah mengadakan Bengkel Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Hote...
06/08/2026

Pusat Strategi telah mengadakan Bengkel Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Hotel Zecon, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HTABTAR).

Bengkel ini diadakan bertujuan membincangkan strategi dan inisiatif bagi memperkukuh prestasi universiti dalam aspek reputasi akademik, reputasi majikan serta jaringan strategik yang merupakan antara komponen penting dalam penarafan dan pengiktirafan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa. Bengkel ini disertai seramai 104 peserta yang terdiri daripada barisan Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan dan Masyarakat, Timbalan Pengarah Institut, Penolong Dekan (Kualiti & Strategi), Ketua Jaminan Kualiti Institut dan Ketua Program Prasiswazah.

JEMPUTAN KE HARI INFORMASI PUSAT STRATEGI UKM (HIPS) 2026Dengan segala hormatnya, kami menjemput seluruh warga UKM untuk...
04/08/2026

JEMPUTAN KE HARI INFORMASI PUSAT STRATEGI UKM (HIPS) 2026

Dengan segala hormatnya, kami menjemput seluruh warga UKM untuk menghadiri Hari Informasi Pusat Strategi UKM (HIPS) 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Persada, Bangunan Canselori
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Sesi Perkongsian Menarik
✅ Forum ‘Bariatrik dan Mounjaro: Berkesan?’
✅ Sesi ‘Asyik Scroll, Adakah Saya Ketagih?’
✅ Sesi ‘Estetik untuk Cantik’
✅ Sesi ‘Cloth Jariah 2.0’

Aktiviti Menarik
• Jualan Produk Taman Botani UKM
• Jualan koleksi Terrarium, sukulen, kaktus dan tanaman hiasan dalaman
• Jualan Air Buah Segar JOOST
• Paint fo Peace
• Cabutan Bertuah
• Reruai Pameran Pusat Strategi UKM

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan HIPS 2026!

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Strategi UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share