03/12/2024
Seminar Pendigitalan Kewangan: Digital First Bersama Pembekal-Pembekal anjuran Jabatan Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & Jabatan Kewangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 16 Januari 2025 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Hotel Marriot, Putrajaya
HRD Corp Claimable; Nombor Siri Kursus : 10004191333
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pembekal/organisasi/syarikat dan meningkatkan pengetahuan berkaitan transformasi pendigitalan kewangan yang menyeluruh serta fokus kepada sistem atau aplikasi terkini, tangkas dan selamat. Seminar ini bakal memberi manfaat dan kebaikan kepada semua peserta kerana panel yang dijemput adalah terdiri daripada Kementerian Kewangan Malaysia (M*F), Jabatan Digital Negara (JDN) CyberSecurity Malaysia (CSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Semua pembekal/organisasi/syarikat adalah dijemput menyertai seminar ini.
Pengesahan kehadiran dan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Urusetia sebelum atau pada 17 Disember 2024 (Selasa).
Bilangan penyertaan dari pembekal/organisasi/syarikat adalah maksimum 10 orang.
HRDF Claimable!
Daftar Segera!
Harga Yuran Berpatutan!
Tempat Terhad!
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi nombor telefon (WhatsApp)yang tertera di poster.
Sila klik pautan https://bendahari.ukm.my/digital-first untuk maklumat lanjut.
Sila klik pautan https://bit.ly/4fD6ZsW untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran.