Institut Semarak FELDA

Institut Semarak FELDA Menyediakan kemudahan sewaan Bilik seminar, Dewan dan Fasiliti Sukan

Assalamualaikum Wbt, Alhamdulillah, Program Taaruf FELDA ISEF 2025 di Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi telah berja...
17/03/2025

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah, Program Taaruf FELDA ISEF 2025 di Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang program ini, petugas berpeluang bertemu dengan anak-anak syurga yang sentiasa memberikan senyuman dan semangat positif kepada semua yang hadir.

Program dimulakan dengan sesi taaruf yang merapatkan hubungan antara pihak ISEF, PKKF dan anak-anak syurga, diikuti dengan penyerahan sumbangan daripada ISEF & PKKF yang diharapkan dapat meringankan beban dan memberi keceriaan kepada mereka. Selain itu, sesi bergambar yang diadakan turut mengabadikan kenangan indah bersama mereka yang pastinya akan terpahat dalam ingatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini memberikan manfaat dan menjadi asbab kebaikan kepada semua pihak.














17/03/2025

Assalamualaikum Wbt.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.
Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."

Aamiin 🤲🏻















Assalamualaikum w.b.tPada 12-13 Mac 2025 berlangsungnya Bengkel Pelarasan Infra (Pusat Transit Baja & Stor Racun) dan Ba...
13/03/2025

Assalamualaikum w.b.t

Pada 12-13 Mac 2025 berlangsungnya Bengkel Pelarasan Infra (Pusat Transit Baja & Stor Racun) dan Baki Stok Baja di Bilik Seminar Onyx, Blok Pentadbiran

Sebarang pertanyaan mengenai Fasiliti ISEF boleh menghubungi Bahagian Pemasaran ISEF

No. Tel : 03-8744 4495 / 019-265 9269














Assalamualaikum Wbt,Pada 7 Mac 2025, ISEF telah menerima lawatan tapak daripada wakil Akademi Latihan Pertahanan Awam (A...
10/03/2025

Assalamualaikum Wbt,

Pada 7 Mac 2025, ISEF telah menerima lawatan tapak daripada wakil Akademi Latihan Pertahanan Awam (Alpha) dan Ts. Dr. Mohamad Fazli Sardi sebagai langkah awal dalam merancang pelaksanaan program yang bakal diadakan di ISEF.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan yang disediakan, membincangkan keperluan program, serta memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur bagi mencapai objektif yang diharapkan.

Pihak pengurusan ISEF mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Akademi Latihan Pertahanan Awam (Alpha) dan Ts. Dr. Mohamad Fazli Sardi kerana memilih ISEF sebagai lokasi kerjasama strategik ini dan kami komited untuk memberikan sokongan terbaik bagi memastikan kejayaan program yang dirancang.














Assalamualaikum w.b.tPada 7 Mac 2025 berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa PKKF Cawangan Kuala Lumpur 1/2025 di Bilik Me...
07/03/2025

Assalamualaikum w.b.t

Pada 7 Mac 2025 berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa PKKF Cawangan Kuala Lumpur 1/2025 di Bilik Mesyuarat Tingkat 8, Blok Pentadbiran

Sebarang pertanyaan mengenai Fasiliti ISEF boleh menghubungi Bahagian Pemasaran ISEF

No. Tel : 03-8744 4495 / 019-265 9269














Address

No 5 Persiaran Institusi Bangi
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387441111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Semarak FELDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Semarak FELDA:

Share