01/02/2024
SATU LAGI TANAH KITA TERGADAI KEPADA WARGA ASING
1. Pulau yang berharga lebih daripada RM135 Juta ini telah dijual dengan harga RM 80 juta sahaja.
2. Hari ini, satu Pusat Kajian Geopolitik dalam negara, IRIS Institute telah mendedahkan bahawa ada satu Pulau yang telah dijual kepada warga asing dengan nilai serendahah RM 80 juta dengan harga lelongan. Pulau Daat merupakan Pulau penting yang terletak di negeri Wilayah Persekutuan Labuan.
3. Keluasan pulau ini dianggarkan 237 hektar yang menjadi tumpuan kepada para pelancong untuk menikmati keindahan semula jadi hutan dan lautan.
4. Lelongan itu dikendalikan oleh pelelong Bumiputera susulan pembubaran Potensi Bernas Sdn Bhd (Potensi Bernas) iaitu syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah berdaftar di Sabah selaku pemilik Pulau Daat.
5. Pulau ini pernah menjadi isu panas pada tahun 2012 apabila Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya, Perbadanan Labuan mahu menjadikan pulau itu sebagai hab minyak dan gas.
https://t.me/suaraanakwatan