PD Kg Sg Kembong Hilir Selangor

PD Kg Sg Kembong Hilir Selangor known as Perpustakaan Desa

formerly known as Perpustakaan Desa Kg Sg Kembong Hilir

24/08/2026

Ayuh bersama-sama ke Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2026, jam 9.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis amanat ini diadakan sebagai satu daripada usaha untuk menzahirkan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi Kerajaan MADANI mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menyuburkan semangat saling memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian, kerana dalam kebersamaan itulah terletaknya kekuatan Malaysia untuk terus maju, harmoni dan sejahtera!




21/08/2026
20/08/2026

BUAH SEGAR, JUS ATAU SMOOTHIE: BUAH YANG SAMA, TAK SEMESTINYA KESAN YANG SAMA.

Bayangkan sebiji oren.

Kita kupas kulitnya. Kunyah satu demi satu ulas. Ambil masa beberapa minit untuk habiskan.

Sekarang bayangkan oren yang sama diperah menjadi jus.

Untuk memenuhi satu gelas, mungkin kita perlukan beberapa biji oren.

Tetapi gelas itu boleh habis diminum dalam masa kurang seminit.

Di sinilah bezanya bermula.

Apabila kita makan buah segar, kita bukan sekadar mendapat gula semula jadi daripada buah.

Kita juga mendapat air, vitamin, mineral dan serat yang masih berada dalam struktur asal buah.

Kita perlu mengunyah.

Buah dimakan dengan lebih perlahan dan biasanya lebih mudah membuatkan kita rasa kenyang.

Sebab itu makan satu atau dua biji oren tidak sama seperti meminum beberapa biji oren yang telah diperah menjadi satu gelas jus.

Apabila buah diperah menjadi jus, sebahagian besar pulpa dan seratnya tertinggal.

Gula semula jadi daripada buah masih ada, tetapi sekarang ia berada dalam bentuk minuman yang jauh lebih mudah diminum dengan cepat.

Kita mungkin tidak sanggup duduk dan makan empat biji oren sekali gus.

Tetapi empat biji oren yang diperah menjadi satu gelas?

Boleh habis sebelum sarapan pun selesai.

Sebab itu label “100% jus buah” tidak bermaksud kita boleh minum sebanyak yang mahu.

Bagaimana p**a dengan smoothie?

Smoothie sedikit berbeza daripada jus.

Jika keseluruhan buah dikisar, kebanyakan seratnya masih berada di dalam minuman.

Tetapi ada satu perkara yang mudah berlaku.

Portion menjadi terlalu besar.

Satu pisang.

Beberapa biji strawberi.

Mangga.

Susu.

Yogurt.

Madu.

Syrup.

Kadang-kadang satu gelas smoothie akhirnya mengandungi jauh lebih banyak makanan daripada apa yang kita akan makan jika semua bahan itu diletakkan di atas pinggan.

Dan jangan lupa satu perkara.

Perkataan “buah” pada nama minuman tidak automatik menjadikannya pilihan yang sihat.

Fruit juice drink, fruit cordial, smoothie berperisa atau minuman buah yang ditambah gula boleh menjadi cerita yang sangat berbeza daripada buah segar.

Sebab itu baca label.

Lihat apa yang sebenarnya berada di dalam botol, bukan sekadar gambar buah di bahagian hadapan.

Ini bukan bermaksud jus buah perlu dielakkan sepenuhnya.

Sesekali minum jus dalam portion kecil tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang.

Tetapi jika diberi pilihan untuk menjadikan buah sebahagian daripada rutin harian, pilihan paling mudah selalunya masih yang paling asas.

Makan buah itu.

Tak perlu perah.

Tak perlu kisar.

Tak perlu tambah madu.

Tak perlu jadikannya “detox”.

Kadang-kadang buah yang paling baik ialah buah yang masih perlu kita kunyah.

Buah sama.
Bentuk berbeza.
Cara kita mengambilnya boleh mengubah seluruh cerita.

20/08/2026

“Barangsiapa yang membaca doa selepas wudhuk, di akhirat kelak dia layak memilih mana lapan pintu syurga”

Kongsikan kemusykilan, pertanyaan, luahan atau ilmu secara rahsia di www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

20/08/2026

🇲🇾 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Detik bersejarah, warisan kekal.

Kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah sebuah perjalanan yang singkat. Ia lahir daripada perjuangan, kesepakatan dan usaha berterusan untuk menentukan masa depan tanah air.

Daripada langkah awal menuju pemerintahan sendiri, termeterainya Perjanjian London, pengumuman tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka, sehinggalah detik 31 Ogos 1957 — setiap peristiwa menjadi sebahagian daripada sejarah yang membentuk Malaysia hari ini.



Aktiviti Online Kuiz Maulidur Rasul19 Ogos 2026 (Rabu)Berdasarkan soalan di bawah, pilih jawapan yang betul?
19/08/2026

Aktiviti Online
Kuiz Maulidur Rasul
19 Ogos 2026 (Rabu)

Berdasarkan soalan di bawah, pilih jawapan yang betul?

Aktiviti Online 18 Ogos 2026 (Selasa)Kuiz Kemerdekaan Siri 3Berdasarkan soalan di bawah, pilih jawapan yang betul.
18/08/2026

Aktiviti Online
18 Ogos 2026 (Selasa)
Kuiz Kemerdekaan Siri 3

Berdasarkan soalan di bawah, pilih jawapan yang betul.

18/08/2026
18/08/2026

KENALI MALAYSIA KITA: HARI MALAYSIA 🇲🇾

Tahukah anda? 16 September merupakan tarikh yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah lahirnya sebuah negara yang kita kenali sebagai Malaysia.

Hari Malaysia menandakan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, menyatukan pelbagai negeri, kaum dan budaya di bawah satu nama dan satu bendera Malaysia.

Berbeza dengan Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Hari Malaysia meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Daripada Semenanjung, Sabah hingga Sarawak, kepelbagaian inilah yang membentuk identiti Malaysia yang unik. Walaupun berbeza latar, budaya dan adat, kita tetap berkongsi tanah air yang sama.

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menghargai sejarah pembentukan negara, memelihara keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih sejahtera.

Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma bersama Vcare Pharmacy Bandar Seri Putra di perpustakaan desa.Pemeriksaan yang di...
17/08/2026

Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma bersama Vcare Pharmacy Bandar Seri Putra di perpustakaan desa.

Pemeriksaan yang disediakan :
- Bacaan Gula Dalam Darah
- Tekanan Darah
- Profil Lipid
- Asid Urik
- HB ( Haemo

Tarikh : 17 Ogos 2026 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengahari
Tempat : Perpustakaan Desa Kg Sg Kembong Hilir.

Terima kasih kepada pihak VCare Pharmacy kerana memilih Perpustakaan Desa Kampung Sungai Kembong Hilir sebagai lokasi pelaksanaan Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Semoga kerjasama dan hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat serta kesejahteraan komuniti setempat.❤️🌿

Address

Perpustakaan Desa PNM Kampung Sungai Kembong Hilir
Bangi
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Sg Kembong Hilir Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category