03/09/2026
ππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππ
SERDANG, 3 September 2026 β Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus memperkukuh peranan sains, teknologi dan inovasi nuklear dalam menyokong pembangunan sektor pertanian negara menerusi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.
Sesi pertukaran dokumen tersebut disempurnakan oleh YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia dan YBrs. Encik Zulkifli bin Romli, Pengurus Besar MADA, dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Kerjasama strategik antara Nuklear Malaysia dan MADA ini membuka ruang yang lebih luas untuk mengaplikasikan teknologi nuklear dalam sektor pertanian, khususnya dalam pengurusan sumber air, peningkatan produktiviti tanaman padi, agroteknologi pintar serta pembangunan tanaman yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
Antara bidang kerjasama yang diberi perhatian termasuk aplikasi teknik isotop dalam hidrologi, pemantauan air bawah tanah, kajian sedimentasi serta penilaian integriti infrastruktur pengairan. Pendekatan berasaskan sains dan teknologi ini dapat membantu menyokong pengurusan serta agihan sumber air yang lebih cekap di empangan dan kawasan penanaman padi MADA.
Dalam aspek agroteknologi p**a, kerjasama meliputi pengurusan tanah, nutrien dan air, penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) serta aplikasi teknik isotop bagi pemantauan perosak dan penyakit tanaman. Usaha turut merangkumi pengesahan ketulenan benih padi bagi menyokong pengeluaran benih berkualiti dan seterusnya meningkatkan produktiviti tanaman.
Perhatian turut diberikan kepada penerokaan varieti padi yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim, di samping memperkukuh keupayaan ramalan hidrologi bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air untuk kawasan penanaman padi.
Selain aspek penyelidikan dan teknologi, kerjasama ini turut menekankan pembangunan modal insan dan pemindahan teknologi, termasuk penyeliaan bersama pengajian di peringkat Sarjana dan PhD. Inisiatif ini penting dalam melahirkan lebih ramai penyelidik, saintis dan tenaga teknikal tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi nuklear, hidrologi dan agroteknologi.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen Nuklear Malaysia untuk memastikan teknologi nuklear bukan sahaja berkembang dalam bidang penyelidikan, malah dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada sektor pertanian, industri agromakanan dan rakyat.
Usaha ini juga selari dengan aspirasi Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) yang memberi penekanan terhadap pemerkasaan ekosistem teknologi nuklear negara serta peluasan penggunaannya dalam sektor-sektor strategik bagi menyokong pembangunan sosioekonomi, kelestarian dan kesejahteraan rakyat.