11/08/2026
RESPONSIF ITU SEBAHAGIAN DARIPADA AMANAH
Sebagai seorang setiausaha, tugas kita bukan sekadar mengurus surat, menyediakan minit mesyuarat atau menyusun jadual. Di sebalik setiap tugasan, ada amanah untuk memastikan komunikasi disampaikan, arahan diambil tindakan dan urusan dilaksanakan dengan lancar.
π© E-mel yang diterima perlu diberi perhatian.
π± Mesej dan arahan kerja perlu diberi maklum balas.
π Mesyuarat perlu disusuli tindakan.
β° Setiap tugasan perlu dipantau sehingga selesai.
Kerana menjadi setiausaha bukan hanya tentang mengurus, tetapi juga tentang bertindak secara responsif, amanah dan bertanggungjawab.
Jadilah setiausaha yang bukan sekadar menunggu arahan, tetapi peka, proaktif dan sentiasa memastikan setiap amanah diselesaikan sebaiknya.
βIntegriti bermula dengan tindakan yang responsif.β
Kredit: Institut Integriti Malaysia