Kembara Battuta

Kembara Battuta Kembara Battuta membawa anda ke serata Malaysia dalam siri-siri kembaranya "Menapak Sejarah, Menggali Ibrah."

Sangat unik kerana naratif penerangan sejarahnya diberi nafas baru hasil kajian terkini yang bisa menghidupkan jiwa dan membangkitkan rasa juang.

Kalam Pejuang | Buya Hamka✍🏻22 SeptemberHaji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka (lahir di Naga...
22/09/2020

Kalam Pejuang | Buya Hamka✍🏻
22 September

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka (lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat), Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) ialah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Selain aktif di dunia politik, Hamka juga merupakan seorang sastrawan, editor, penulis dan penerbit. Hamka telah melahirkan banyak karya ilmiah islam dan buku sastra seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar yang terkenal di Indonesia.

Tulisan-tulisannya di Panji masyarakat telah merefleksikan bahwa beliau adalah seorang ulama karismatik yang dimiliki oleh bangsa Indonesia. Maka tak heran apabila karya-karyanya hingga kini masih terus dikembangkan dan sering menjadi rujukan oleh semua lapisan masyarakat.

Mari sama-sama kita hayati dan selami kata-kata tokoh yang dipilih untuk hari ini!πŸ’ͺ🏻

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Betul ke fakta-fakta sejarah yang kita dengar selama ini? Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

t.me/BetulkeSejarah

βŒ›οΈHARI INI DALAM SEJARAH  21 September 1818βŒ›οΈπŸ”₯INGGERIS MENYERAH SEMULA MELAKA KEPADA BELANDAπŸ”₯1. Pada hari ini 21.09.1818...
21/09/2020

βŒ›οΈHARI INI DALAM SEJARAH 21 September 1818βŒ›οΈ

πŸ”₯INGGERIS MENYERAH SEMULA MELAKA KEPADA BELANDAπŸ”₯

1. Pada hari ini 21.09.1818 Inggeris menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda. Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Colonel Farquhar, Residen British di Melaka kepada Pesuruhjaya Belanda, Laksamana Muda, Walterback dan Timmermann Thyssen di Bukit St. Paul1. Pengisytiharan penyerahan telah dibaca oleh Residen British dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Cina.

2. Pada masa yang sama tembakan meriam dilepaskan dan bendera lnggeris diturunkan perlahan-lahan diiringi oleh lagu kebangsaan Inggeris 'God Save the King'. Setelah pengisytiharan oleh pihak Inggeris dibaca, Pesuruhjaya Belanda membaca pengisytiharannya p**a. Ini diikuti dengan menaikkan bendera Belanda dan diiringi oleh tembakan meriam kedua-dua pasukan.

3. Selepas upacara penyerahan tersebut, pengambilan alih tugas dan tempat telah dilakukan. Pendudukan Inggeris di Melaka semenjak tahun 1795, adalah berikutan dengan Perjanjian Kew yang ditandatangani oleh Raja Belanda, William V dengan kerajaan Inggeris yang mana Belanda telah membenarkan Inggeris memasuki tanah jajahan Belanda.

4. Raja William V pada masa itu berada di England dan menubuhkan kerajaan buangan kerana Belanda ditawan oleh Perancis. Oleh kerana itu Inggeris telah diamanahkan supaya menguasai dan menjaga kepentingan tanah jajahan Belanda di seberang laut.

5. Setelah perang tamat, tanah jajahan tersebut telah diserahkan kembali kepada Belanda sebagaimana yang telah dipersetujui. Adapun Perjanjian Kew itu dibuat sebagai satu usaha Belanda untuk menghalang tanah jajahannya jatuh ke tangan Perancis. Pendudukan Inggeris di Melaka sepatutnya selama masa peperangan yang berlaku di Eropah sahaja tetapi ianya berterusan selama 23 tahun. Ini mengakibatkan pengaruh Belanda semakin merosot. Akhirnya pada tahun 1824, Melaka diserahkan semula kepada Inggeris

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Betul ke fakta-fakta sejarah yang kita dengar selama ini? Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

t.me/BetulkeSejarah

Kalam Pejuang | Dato’ Onn Jaafar17 SeptemberDato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupaka...
17/09/2020

Kalam Pejuang | Dato’ Onn Jaafar
17 September

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Hargailah jasa pengorbanan para pejuang Tanah Air yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Mereka berjuang dengan hati yang penuh ikhlas!

Mereka dianggap penderhaka dan penjenayah oleh penjajah, tetapi mereka merupakan wira bagi anak watan!

*
Betul ke fakta-fakta sejarah yang kita dengar selama ini? Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

t.me/BetulkeSejarah

Berbusana Melayu siap bertanjak, itulah gahnya kehebatan pahlawan Melayu.Terbaik Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ».Sejar...
17/09/2020

Berbusana Melayu siap bertanjak, itulah gahnya kehebatan pahlawan Melayu.

Terbaik Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ».

Sejarah perlu dihayati, bukan dibiar mati dalam buku teks sekolah.

πŸ”₯πŸ”₯

Kalam Pejuang || Dr Burhanuddin Al-Helmy ✍🏻14 SeptemberDr Burhanuddin atau nama penuhnya Amir Burhanuddin Ungku Muhammad...
14/09/2020

Kalam Pejuang || Dr Burhanuddin Al-Helmy ✍🏻
14 September

Dr Burhanuddin atau nama penuhnya Amir Burhanuddin Ungku Muhammad Nor dilahirkan di Cangkat Tualang, Perak pada tahun 1911. Bapanya, Muhammad Nor berasal dari Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera, Indonesia dan ibunya p**a seorang keturunan Arab. Pada awal pendidikannya, beliau belajar al-Quran dan agama di samping bersekolah Melayu.

Sebagai seorang aktivis Muslim yang komited, Dr Burhanuddin sentiasa menekankan terdapat banyak ayat Al-Quran yang mengingatkan manusia agar menjadi hamba Allah yang baik.Tambahnya daripada 6000 ayat Al-Quran, 150 daripadanya menyebut ritual ibadat dengan selebihnya menyebut bagaimana sesebuah bangsa atau tamadun itu bangkit atau jatuh!

Hargailah jasa pengorbanan para pejuang Tanah Air yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Mereka berjuang dengan hati yang penuh ikhlas!

Mereka dianggap penderhaka dan penjenayah oleh penjajah, tetapi mereka merupakan wira bagi anak watan!

**********
Dapatkan ebook FRONTLINERS MERDEKA percuma!! πŸ”₯
Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

bit.ly/SejarahTakBosan

πŸ•°HARI INI DALAM SEJARAH | 13 SEPTEMBER 1945🎌PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU TAMAT 🏳️1.Pada  hari  ini  dalam  tahun 194...
13/09/2020

πŸ•°HARI INI DALAM SEJARAH | 13 SEPTEMBER 1945

🎌PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU TAMAT 🏳️

1.Pada hari ini dalam tahun 1945, upacara penyerahan kuasa oleh tentera Jepun kepada tentera British, diadakan di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

2.Surat penyerahan kuasa tanpa syarat ditandatangani bagi menandakan tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tentera Jepun diwakili oleh Panglima Besar Pasukan Ke-29, Leftenan Jeneral Teizo Sishiguro; Ketua Turus Angkatan Tentera, Major Jeneral Noaichi Kawahara dan Kolonel G-Oguri.

3.Pihak British p**a diwakili oleh Pegawai Pemerintah Tentera British, Leftenan General Roberts berserta dua orang pegawai lain. Seramai 6,800 orang tentera Jepun melucutkan senjata mereka selaras dengan arahan Maharaja Jepun.

4.Penyerahan kuasa ini adalah ekoran daripada pengisytiharan tamat Perang Dunia Kedua dan tanda menyerah kalah tanpa syarat oleh Jepun pada Ogos 1945 setelah Kota Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh pihak Berikat.

5.Pendudukan Jepun selama tiga setengah tahun di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dan anti penjajah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

**********************
Dapatkan ebook FRONTLINERS MERDEKA percuma!!
Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

bit.ly/SejarahTakBosan

Kalam Pejuang | Mat KilauπŸ”₯11 SeptemberMat Kliau atau Mat Siam merupakan seorang pahlawan Melayu yang kuat menentang penj...
11/09/2020

Kalam Pejuang | Mat KilauπŸ”₯
11 September

Mat Kliau atau Mat Siam merupakan seorang pahlawan Melayu yang kuat menentang penjajahan Inggeris di Pahang pada akhir Abad ke-19

Hargailah jasa pengorbanan para pejuang Tanah Air yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Mereka berjuang dengan hati yang penuh ikhlas!

Mereka dianggap penderhaka dan penjenayah oleh penjajah, tetapi mereka merupakan wira bagi anak watan!

**********************
Dapatkan ebook FRONTLINERS MERDEKA percuma!!
Klik link di bawah!πŸ‘‡πŸ»

bit.ly/SejarahTakBosan

🎌JEPUN MENYERAH KALAH DI SARAWAK πŸ‡²πŸ‡Ύ1.Pada hari ini dalam tahun 1945, tentera Jepun di Sarawak menyerah kalah kepada piha...
10/09/2020

🎌JEPUN MENYERAH KALAH DI SARAWAK πŸ‡²πŸ‡Ύ

1.Pada hari ini dalam tahun 1945, tentera Jepun di Sarawak menyerah kalah kepada pihak Berikat setelah menduduki negeri tersebut selama empat tahun.

2.Penduduk Jepun di Sarawak bermula serentak dengan pendaratan tenteranya di Tanah Melayu. Tentera Jepun mula menawan bandar Miri pada 16 Disember 1941 dan seterusnya mengebom bandar Kuching yang mengakibatkan kemusnahan yang besar.

3.Pada 24 Disember 1941, tentera Jepun mendarat dan menakluki bandar Kuching. Sarawak mengalami masalah kekurangan makanan serta lain-lain kesempitan hidup akibat dari pendudukan tentera Jepun ini.

4.Sarawak bukan sahaja dibelenggu dengan penderitaan, kemiskinan dan keganasan tentera Japun malah pada pandangan penduduk tempatan, mereka melihat kejatuhan pengaruh British di negeri itu. Namun, dengan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki oleh Pihak Berikat, Jepun terpaksa menyerah kalah di semua negeri yang didudukinya termasuk Sarawak.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Betul ke Malaysia pernah merdeka?
Betul ke Melayu hanya petani?
Betul ke Bahasa Melayu hanya ada 5 perkataan?
Semua ni kita akan kongsi fakta dalam Telegram Channel Betul ke Sejarah.
Jom2 sahabat semua join channel Telegram ni πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://t.me/BetulkeSejarah


DUA JASAD PAHLAWAN MELAYU KEMBALI KEPANGKUAN NEGARA Pada hari ini dalam tahun 2006,  jasad dua pahlawan Melayu, Allahyar...
09/09/2020

DUA JASAD PAHLAWAN MELAYU KEMBALI KEPANGKUAN NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 2006, jasad dua pahlawan Melayu, Allahyarham Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan bapa mertuanya, Allahyarham Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap tiba di tanah air dan dikebumikan semula di Perak setelah 129 tahun hidup dan dikebumikan diluar tanah air sebagai orang buangan.

2.Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengetuai istiadat ringkas yang penuh bermakna menyambut kep**angan jasad kedua-dua pahlawan itu di Jeti Air Cetek, Lumut, Perak.

3.Kedua-dua pahlawan ini bersama-sama dengan Sultan Abdullah disabitkan dengan pembunuhan Residen British, JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Mereka dibuang daerah serta diasingkan ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi pada tahun 1877.
4.Jasad Allahyarham Mohd Amin disemadikan di Makam Diraja, Kuala Kangsar bersebelahan dengan makam Almarhum Sultan Abdullah manakala jasad Ngah Ibrahim disemadikan di Taiping, Perak.

*****
Dapatkan ebook FRONTLINERS MERDEKA percuma. Klik bit.ly/SejarahTakBosan

Betul ke Jalur Gemilang diciplak dari Amerika? πŸ€”Macam sama je jalur-jalurnya tu. Siapa tiru siapa? # # # # #Masuk channe...
03/09/2020

Betul ke Jalur Gemilang diciplak dari Amerika? πŸ€”
Macam sama je jalur-jalurnya tu.
Siapa tiru siapa?
# # # # #
Masuk channel telegram Betul ke Sejarah ini untuk tonton πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

t.me/BetulkeSejarah

UTUSAN SULTAN MELAKA MENGHADAP MAHARAJA CHINA03 September 1418 | Hari Ini Dalam Sejarah1. Pada hari ini tahun 1418, utus...
03/09/2020

UTUSAN SULTAN MELAKA MENGHADAP MAHARAJA CHINA

03 September 1418 | Hari Ini Dalam Sejarah
1. Pada hari ini tahun 1418, utusan Raja Melaka yang kedua Sultan Megat Iskandar Shah telah tiba di Peking.
2. Rombongan Diraja ini adalah merupakan utusan yang ke-10 sejak negeri Melaka dibuka oleh Parameswara pada awal abad ke-15.
3. Sepertimana utusan sebelumnya, utusan ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara Melaka dengan negeri China.
4. Perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah mula terjalin sejak tahun 1405 lagi iaitu selepas kedatangan utusan China ke Melaka yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching.
5. Maharaja Yung Lo juga memberikan pengiktirafan kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintah yang sah serta mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan.
6. Di samping itu, perhubungan ini menjadikan Melaka sebagai negeri naungan China dan menggelakkan ancaman Siam terhadap Melaka.
7. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik tersebut, Melaka bukan sahaja terselamat dari ancaman musuh, malah membantu Melaka memantapkan lagi sistem pentadbiran dan memperluaskan lagi aktiviti perniagaan di rantau ini.
*****
Betul ke fakta-fakta sejarah yang kita dengar selama ini? Klik
t.me/BetulkeSejarah

AGONG PERTAMA DITABALKAN HARI INI02 September 1957 | Hari Ini Dalam Sejarah1. Pada hari ini tahun 1957,  DYMM Seri Paduk...
02/09/2020

AGONG PERTAMA DITABALKAN HARI INI

02 September 1957 | Hari Ini Dalam Sejarah
1. Pada hari ini tahun 1957, DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan rasminya telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu merdeka yang pertama.
2. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah dilangsungkan di Balai Rong Seri, Istana Negara dan dihadiri oleh lebih daripada 500 orang jemputan termasuk Raja-Raja Melayu, Sultan Brunei, Gabenor Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, tetamu istimewa dari dalam dan luar negeri serta Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen.
3. Surat pengisytiharan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong telah dibacakan oleh Tuan Haji Mustapha Albakri, Datuk Paduka Maharajalela yang juga merupakan Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu Persekutuan Tanah Melayu.
πŸ”₯Pengajaran: Sebaik sahaja merdeka, kita lantik Agong sebagai ketua negara merangkap ketua agama. Tapi hari ini muncul golongan yang nak menghapuskan sistem beraja ini. Kenapa?
*****
Betul ke fakta-fakta sejarah yang kita dengar selama ini? Klik
t.me/BetulkeSejarah

Address

Bangi
43650

Telephone

+60199205143

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Battuta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share