Pusat Sumber SK Bangsar, Kuala Lumpur

Pusat Sumber SK Bangsar, Kuala Lumpur “Pusat Sumber Cemerlang,
Murid Terbilang, Sekolah Gemilang.”

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang Program NILAM dan penerim...
04/02/2026

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang Program NILAM dan penerima Hadiah PSS.

Kejayaan ini merupakan hasil kesungguhan, disiplin serta komitmen tinggi dalam memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu. Semoga pencapaian ini menjadi pendorong semangat untuk terus melangkah lebih jauh, memperkayakan minda dan membentuk sahsiah cemerlang selari dengan aspirasi sekolah.

Syabas dan tahniah sekali lagi!
Teruskan membaca, teruskan berjaya, dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Ilmu Bintang Hidup

📚 PEMBACA TERBANYAK PROGRAM NILAM 📚Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya meraih Bacaan Terbanyak Program NIL...
31/01/2026

📚 PEMBACA TERBANYAK PROGRAM NILAM 📚

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya meraih Bacaan Terbanyak Program NILAM bagi Januari 2026. Pencapaian ini mencerminkan komitmen, disiplin dan budaya membaca yang cemerlang.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus membudayakan amalan membaca.

Syabas dan tahniah! 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Norulhaya atas sumbangan buku yang amat bernilai kepada Pusat Sumber SK Bangsar...
27/10/2025

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Norulhaya atas sumbangan buku yang amat bernilai kepada Pusat Sumber SK Bangsar. Semoga ilmu yang terkandung di dalamnya menjadi sumber inspirasi dan manfaat buat seluruh warga sekolah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SK Bangsar atas sumbangan sebuah kompu...
23/10/2025

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SK Bangsar atas sumbangan sebuah komputer baharu bagi menggantikan komputer lama di Bilik Media yang telah rosak. Sumbangan ini amat bermakna dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran serta penggunaan kemudahan ICT oleh warga sekolah.

Selain itu, penghargaan juga diucapkan atas pembelian pengimbas barkod (barcode scanner) yang banyak membantu melancarkan proses sirkulasi peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber sekolah.

Komitmen dan sokongan berterusan daripada PIBG amat dihargai dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran serta kecekapan pengurusan di sekolah ini.

https://youtu.be/DAvR6y2Amsw?si=f8U7O3AiJj3hjRfYBicara Buku Hamlet karya William Shakespeare oleh Adik Muhammad Izzul Am...
19/08/2025

https://youtu.be/DAvR6y2Amsw?si=f8U7O3AiJj3hjRfY

Bicara Buku Hamlet karya William Shakespeare oleh Adik Muhammad Izzul Amsyar bin Mohd Hanis dari 4 Baiduri.

Semoga perkongsian ini dapat menarik minat semua murid untuk terus membaca serta memperoleh pelbagai ilmu, bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga berkaitan kehidupan.

Bicara Buku Hamlet karya William Shakespeare oleh Adik Muhammad Izzul Amsyar bin Mohd Hanis dari 4 Baiduri.Semoga perkongsian ini dapat menarik minat semua m...

06/08/2025
22 Julai - Terima kasih kepada BSTP Kuala Lumpur atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan kepada anak-anak SK Ba...
22/07/2025

22 Julai - Terima kasih kepada BSTP Kuala Lumpur atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan kepada anak-anak SK Bangsar.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YB Fadhlina Sidek atas kesudian meluangkan masa dan menyantuni murid-murid kami dengan penuh mesra. Keseronokan jelas terpancar pada wajah mereka satu pengalaman yang pastinya sukar dilupakan.

Semoga pengalaman ini menjadi titik mula untuk anak-anak SKB melangkah lebih jauh dan berdiri di pentas gemilang seperti para pemenang yang diraikan hari ini, insyaAllah.

Check out TVPSSKB’s video.

📚 TAHNIAH WIRA & WIRAWATI NILAM SK BANGSAR! 🌟🌟🌟🌟🌟Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semu...
16/07/2025

📚 TAHNIAH WIRA & WIRAWATI NILAM SK BANGSAR! 🌟🌟🌟🌟🌟

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam pembacaan sepanjang tahun ini menerusi Program Galakan Membaca dan NILAM 2025. 👏✨

Seramai 15 murid telah berjaya mencapai penarafan bintang 1 hingga 5, dengan jumlah bacaan yang sangat membanggakan. Antaranya:

🥇 Qaira Nur Syafiqah Binti Azrul Nizam – 986 bacaan
🥇 Nurul Iman Binti Hasrol – 888 bacaan
🥇 Muhammad Khairul Amin Bin Abdul Rahman – 869 bacaan
dan ramai lagi yang tidak kurang hebatnya! 💪📖

🌟 Terima kasih kerana menjadikan budaya membaca satu kebiasaan, bukan paksaan. Teruskan membaca, teruskan menyinar! 🌈📘

10 Julai - Bengkel Proses Teknik untuk Pengawas Pusat Sumber Tahun 3 telah berjaya dilaksanakan bersama guru-guru AJK Pr...
13/07/2025

10 Julai - Bengkel Proses Teknik untuk Pengawas Pusat Sumber Tahun 3 telah berjaya dilaksanakan bersama guru-guru AJK Proses Teknik. Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam menjalankan tugas pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua PPS yang hadir! 👏🏻

📚 Galakan Membaca di PSS! 📚Ibu bapa yang dikasihi,Waktu PSS murid-murid Tahap 1 kini dimanfaatkan dengan aktiviti pembac...
16/06/2025

📚 Galakan Membaca di PSS! 📚

Ibu bapa yang dikasihi,
Waktu PSS murid-murid Tahap 1 kini dimanfaatkan dengan aktiviti pembacaan buku yang menyeronokkan! 🥰

Setiap kali membaca, anak-anak akan mencatat bahan bacaan mereka dalam Buku NILAM. Buku ini akan dikumpulkan dan disemak setiap 4 bulan untuk melihat perkembangan bacaan mereka.

Kami sangat berharap ibu bapa dapat terus menyokong dan menggalakkan anak-anak membaca, sama ada di sekolah mahupun di rumah. 📖✨

Sama-sama kita semai minat membaca sejak kecil. Terima kasih atas sokongan anda! 💖





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada semua murid,📚 PENGISIAN REKOD BACAAN NILAM MURID PRASEKOLAH, TAH...
27/04/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada semua murid,

📚 PENGISIAN REKOD BACAAN NILAM MURID PRASEKOLAH, TAHUN 1 - 6 DAN GURU 2025 📚

Rujuk link di bawah
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://mylink.la/skbangsarrekodbacaannilam

‼ TATACARA MENGISI BACAAN NILAM ‼
1️⃣ Klik pada link di atas.
2️⃣ Fahamkan mengenai Bahan Buku, Bahan Bukan Buku dan Bahan Digital.
3️⃣ Key in data bacaan NILAM dari bulan Januari 2025 sehingga kini.
4️⃣ Pilih KELAS dan klik NEXT.
5️⃣ Key in setiap maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik SUBMIT.
6️⃣ Isi setiap bahan bacaan murid. Sekiranya ada 10 bahan bacaan murid yang telah dibaca, jadi murid perlu SUBMIT 10 kali pada google form yang disediakan.
7️⃣ Sekiranya murid membuat NILAM di rumah, tidak perlu isi di dalam buku NILAM, murid boleh terus isi secara dalam talian.
8️⃣ Sila simpan atau ⭐ link yang diberi ini untuk pengisian NILAM selepas ini.

➡ Digalakkan pengisian sekali/minggu @ 4 kali/sebulan
➡ Inform guru kelas sekiranya nama murid tiada dalam senarai nama kelas.
➡ Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
GURU KELAS,
GURU SUBJEK BAHASA MELAYU &
GURU SUBJEK BAHASA INGGERIS
kelas masing-masing.

Terima kasih atas kerjasama semua.

23 April - Tahniah dan terima kasih buat semua warga SK Bangsar, Ibubapa juga murid-murid di atas penyertaan di dalam Pr...
27/04/2025

23 April - Tahniah dan terima kasih buat semua warga SK Bangsar, Ibubapa juga murid-murid di atas penyertaan di dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada setiap bulan.

Teruskan membaca, membaca jambatan ilmu.

Address

Sekolah Kebangsaan Bangsar
Bangsar
59100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber SK Bangsar, Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sumber SK Bangsar, Kuala Lumpur:

Share

Category