Bahagian Hasil MPKL

Bahagian Hasil MPKL Bertanggungjawab mengutip Cukai Taksir mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan kutipan bagi semua hasil Majlis.

5 daripada 2500 penerima hadiah Cabutan Bertuah Kempen E-Bil Cukai Taksiran telah dijemput untuk menerima hadiah dan sum...
22/05/2023

5 daripada 2500 penerima hadiah Cabutan Bertuah Kempen E-Bil Cukai Taksiran telah dijemput untuk menerima hadiah dan sumbangan pada Majlis Mesra Aidilfitri MPKL 2023

PENGUMUMAN2500 penerima hadiah Cabutan Bertuah Kempen E-Bil Cukai Taksiran 2023 telah dimaklumkan melalui sistem pesanan...
22/05/2023

PENGUMUMAN
2500 penerima hadiah Cabutan Bertuah Kempen E-Bil Cukai Taksiran 2023 telah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Tahniah & Terima kasih atas sokongan kepada kempen ini!

23/02/2023

Cukai Taksiran MPKL 2023

20/02/2023

KEMPEN PENGURANGAN KADAR KOMPAUN LETAK KERETA📣📣📣🚗🚗🚗

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan mengadakan Kempen Pengurangan Kadar Kompaun Tempat Letak Kereta (TLK) sehingga 30 Jun 2023. Pembayaran boleh di buat dengan mudah melalui aplikasi Smart Selangor Parking atau di Kaunter Bayaran MPKL.

Semakan secara dalam talian boleh dibuat di aplikasi Smart Selangor Parking. Muat turun sekarang di Google Play atau Apple App Store.

📣Tawaran pengurangan RM10.00 bagi bayaran kompaun dalam tempoh 24 jam dan RM15.00 bagi tahun 2022 dan sebelumnya.

📣Nikmati tawaran promosi pengurangan kompaun ini !

📣Jangan Berlengah Lagi !

Rebutlah peluang ini untuk membayar kompaun tertunggak anda sebelum tindakan mahkamah diambil.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Warden Lalulintas, Jabatan Penguatkuasaan MPKL di talian 03-31811809 / 012-300 4897 (whatsapp).




Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Kuala Langat telah diadakan pada Ahad, 19 Februari 2023, bertempat di Dewan Se...
20/02/2023

Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Kuala Langat telah diadakan pada Ahad, 19 Februari 2023, bertempat di Dewan Serbaguna BSP, Bandar Saujana Putra. Penduduk Bandar Saujana Putra tidak melepaskan peluang untuk hadir menyemak dan membayar bil-bil di Kaunter Bergerak MPKL.

Turut kami edarkan flyers notis pemberitahuan ‘Tiada Lagi Penghantaran Bil Cukai Taksiran Fizikal bermula Penggal 2/2023’ kepada pengunjung yang menghadiri majlis tersebut.

Soalan yang banyak kami terima ialah mengenai pemberian tong sampah ke rumah pembayar cukai. Untuk makluman, pemberian tong sampah sedang diagihkan secara berperingkat dan hanya diberikan kepada pembayar cukai pintu tahun 2022.




Pengagihan "tong sampah" untuk zon 19.Jangan kata YB tak payung🥳
13/02/2023

Pengagihan "tong sampah" untuk zon 19.

Jangan kata YB tak payung🥳

09/02/2023

“TONG SAMPAH”

Ringgg!! Ring!! Ring!!

Admin : Hello, Selamat Pagi.. MPKL , boleh saya bantu ?

P. Cukai : Hello cik, tong sampah mana tong sampah ?

Admin :Tong sampah apa tu cik ?

P. Cukai : Jiran saya dapat tong sampah, apesal saya tak dapat ? saya dah takde TUNGGAKAN !

Admin : Ouh tong sampah.. boleh cik bacakan nombor akaun cukai pintu untuk saya buat semakan?

P.Cukai : 0300000000000

Admin : Setelah saya buat semakan, transaksi cik ada tunggakan bil pada tahun 2022, jadi nama cik tidak tersenarai untuk mendapatkan tong sampah. Syarat untuk dapatkan tong sampah ialah tiada tunggakan cukai taksir dan notis pada tahun 2022.

P.Cukai : Tutttttt…..tutttt….tuttt…

Admin : Hello cik, Hello..Hello… (dasar netizen)

Save and memories guys✅
07/02/2023

Save and memories guys✅

Kepentingan Cukai Taksiran/Pintu
07/02/2023

Kepentingan Cukai Taksiran/Pintu

04/02/2023

TIADA LAGI PENGHANTARAN DAN PENGEPOSAN BIL FIZIKAL CUKAI TAKSIRAN MPKL

Notis Pemakluman : Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) tidak akan melaksanakan penghantaran dan pengeposan bil fizikal cukai taksiran bermula Penggal Kedua Tahun 2023. Pemilik harta MPKL boleh mendapatkan Bil Cukai Taksiran melalui imbasan Kod QR dan mendaftar E-Bil Cukai Taksiran MPKL.

Sebagai peringatan, bayaran cukai taksiran Penggal Pertama bermula 1 Januari 2023 dan berakhir pada 28 Februari 2023 manakala bayaran untuk Penggal Kedua bermula 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Ogos 2023.

Bayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui Jompay Biller Code 4945. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Hasil MPKL di talian 03-3853 0303 sambungan 1213 atau melalui whatsapp 019-471 6755

Address

Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hasil MPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share