IKSN

IKSN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKSN, Government Official, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Banting.

Institut Kemahiran Sukan Negara (sebelum ini dikenali sebagai IKBN Kuala Langat) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Dari Malaysia ke China : IKSN Bawa Wacana TVET ke Forum AntarabangsaBandar Baru Bangi, 7 Jun 2026 – Institut Kemahiran S...
08/06/2026

Dari Malaysia ke China : IKSN Bawa Wacana TVET ke Forum Antarabangsa

Bandar Baru Bangi, 7 Jun 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah mewakili perspektif kementerian dalam 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor bersempena Hari TVET Negara 2026.

Forum ini membawa tema “Future Talent, Global Impact” dan dianjurkan sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama Malaysia-China dalam TVET, pembangunan bakat, kerjasama industri, pemindahan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Dalam forum tersebut, Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Mohd Fuzi, Ketua Jabatan Teknologi Awam IKSN, telah dijemput sebagai Panel Pertama bagi Sesi 3: “Beyond Borders: Talent Mobility, Technology Transfer & Career Pathways” yang memberi fokus kepada isu tenaga mahir global, mobiliti bakat, pendedahan antarabangsa, pemindahan teknologi, kebolehkerjaan global serta kerjasama strategik Malaysia-China.

Sesi ketiga forum ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Shamsudin, Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai moderator, bersama dalam barisan panel seperti En. Hilmy Haji Hussain, Chief Coordinator, Johor Talent Development Council (JTDC); Mr. Vincent Que Haitao, Chief Executive Officer, China Global Professional and Technical Certification Centre (CGPTC), China; Mr. Huang Yan, Principal, Liuzhou Transportation School, China; dan Mr. Qiu Leiming, Vice Principal, Zhejiang Institute of Economics and Trade, China.

Penyertaan IKSN dalam sesi ini membawa sumbangan penting dari sudut pembangunan bakat rentas sempadan, memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, memperluas mobiliti bakat dan mempertingkat perkongsian kepakaran dalam bidang TVET.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

IKSN Raih Pingat Perak di PNiCC’26 Johor Bahru, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia d...
07/06/2026

IKSN Raih Pingat Perak di PNiCC’26

Johor Bahru, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila projek BIM Auto-Checking e-Profiling System™️ (BIMCheck Pro™️) berjaya meraih Pingat Perak dalam Kategori A: Sains Teknologi pada Pertandingan Inovasi & Kreativiti PMJB Peringkat Kebangsaan 2026 (PNiCC’26), yang merupakan penganjuran kali ke-9 oleh Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan tema “Inspirasi TVET Penggerak Inovatif Digital”.

Skop pertandingan meliputi 5 kategori utama iaitu Sains Teknologi, Sains Sosial, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Inventors NextGen dan Business Pitch, diikuti pengumuman pemenang yang dilaksanakan secara dalam talian.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan IKSN terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi, Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi, Nayli Syazwina Iyazi Binti Abdul Muhaimin, Saidatul Adriana Binti Khairul Nizam, dan Khairun Yasirah Binti Hawalit, daripada Jabatan Teknologi Awam.

Pencapaian ini amat signifikan kerana PNiCC’26 sendiri digagaskan sebagai medan pencetus idea, pemangkin kreativiti dan platform pengiktirafan hasil inovasi berimpak dalam bidang TVET.

Ia sekaligus mengharumkan nama IKSN dan menegaskan komitmen institusi dalam memperkasa TVET, penyelidikan gunaan dan inovasi berimpak tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Dengan pengiktirafan yang diterima di PNiCC’26, BIMCheck Pro™️ tampil bukan sahaja sebagai satu produk inovasi, tetapi juga sebagai penyelesaian strategik yang menyokong kelulusan bangunan yang lebih selamat, cekap, konsisten dan berteraskan data.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

Pasukan Drone Soccer IKSN Memulakan Pertandingan Dengan MeyakinkanPUTRAJAYA, 7 Jun 2026 - Pasukan Drone Soccer Institut ...
07/06/2026

Pasukan Drone Soccer IKSN Memulakan Pertandingan Dengan Meyakinkan

PUTRAJAYA, 7 Jun 2026 - Pasukan Drone Soccer Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) “Black Barrier” berjaya mendapat tempat ke-4 dan ke-6 pada Pertandingan TVET Drone Soccer League 2026 Series 1 sempena sambutan Hari TVET Negara 2026 yang disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut merupakan pencapaian pasukan-pasukan Drone Soccer IKSN pada pertandingan kali ini.

IKSN Black Barrier 1 (Tempat Ke-4)
Striker : Muhammad Norman Hasyrique Bin Lokman
Defender : Alif Faizuddin Bin Mohd Zaidi

IKSN Black Barrier 2 (Tempat Ke-6)
Striker : Muhammad Afiq Bin Hamdan
Defender : Moganemathiy a/l Ponnuthurai

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Kedua-dua pasukan IKSN ini telah dilatih oleh pengajar bidang Multimedia Interaktif, Puan Nor Azlin Binti Sumiran dan pengajar bidang Fotografi, Encik Mohd Hatim Bin Mazlan.

Apa yang lebih membanggakan adalah kedua-dua peserta dari pasukan IKSN Black Barrier 2 merupakan peserta baru yang pertama kali menyertai pertandingan Drone Soccer, namun berjaya mempamerkan prestasi baik yang mengejutkan ramai pihak.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Chan Hong Jin diiringi Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), turut hadir memberi sokongan kepada Team Drone Soccer IKSN.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul


04/06/2026

SKIL SEKEJAP : Multimedia Interaktif

Jom kita tengok “Reka Bentuk Mockup Baju Menggunakan Adobe Photoshop” yang akan ditunjukkan oleh Puan Nor Azlin binti Sumiran, Muktimedia Interaktif di IKSN 🎥

Nantikan skil dari bidang lain yang akan kami tunjukkan 😁

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

Majlis Penutup Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026REMBAU, 14 Mei 2026 - Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadi...
27/05/2026

Majlis Penutup Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026

REMBAU, 14 Mei 2026 - Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dengan pencapaian pada kejohanan kali ini:
Naib Johan : Badminton
Tempat ke-4 : Motorsport (Gokart)

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Puan Chan Hong Jin, TKSU (Strategik) KBS, Puan Zakiah Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS serta Ts. Mohd Azmi bin Pelah, Pengarah IKSN.

Jumpa lagi Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-39 Tahun 2027 di IKBN Wakaf Tapai.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : GokartRangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejoha...
27/05/2026

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Gokart

Rangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 untuk sukan gokart yang diadakan di Horizon Beranang Circuit, Negeri Sembilan.

Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, pegawai & pelajar IKSN masing-masing menunjukkan kemahiran memandu gokart!

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

MADANIBekerja RancakkanMADANI

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 10 ZULHIJJAH 1447H 🌙Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga iba...
27/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 10 ZULHIJJAH 1447H 🌙

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuhkan keikhlasan serta menyemai semangat pengorbanan, kesyukuran dan ukhuwah dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah dan seluruh warga kerja Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

MADANIBekerja RancakkanMADANI

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : BowlingRangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejoh...
12/05/2026

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Bowling

Rangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 yang diadakan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.

Kuala Langat, KASI SENGATTT!! 🐝🐝🐝

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

MADANIBekerja RancakkanMADANI

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Sepak TakrawRangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di ...
12/05/2026

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Sepak Takraw

Rangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 yang diadakan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.

Kuala Langat, KASI SENGATTT!! 🐝🐝🐝

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

MADANIBekerja RancakkanMADANI

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Bola BalingRangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di K...
12/05/2026

Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 : Bola Baling

Rangkuman penyertaan kontinjen Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 yang diadakan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.

Kuala Langat, KASI SENGATTT!! 🐝🐝🐝

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul

MADANIBekerja RancakkanMADANI

Address

Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)
Banting
47200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60331802128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKSN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share