14/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
TELOK PANGLIMA GARANG, 11 OGOS 2026 โ Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah menjalankan siasatan susulan aduan berkaitan pembuangan sisa pukal di tepi rizab jalan di kawasan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang.
Hasil siasatan di lokasi dan semakan lanjut terhadap barangan yang ditemui, pihak jabatan telah mengenal pasti pihak yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembuangan sisa tersebut.
Susulan itu, satu (1) Notis Kesalahan telah diserahkan di bawah UUK 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 1994 atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.
MPKL ingin memaklumkan bahawa perbuatan membuang sampah atau sisa di kawasan rizab jalan merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang kecil yang berkuat kuasa dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Kebersihan merupakan tanggungjawab bersama dan kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran yang bersih, selesa serta keharmonian komuniti sentiasa terpelihara.