Harapan DUN Banting

Harapan DUN Banting Bilik Gerakan Utama Dun N52 Banting

Saya amat bersimpati dengan mangsa yang cedera dalam insiden yang berlaku di sebuah sekolah di Banting pagi tadi. Saya b...
06/07/2026

Saya amat bersimpati dengan mangsa yang cedera dalam insiden yang berlaku di sebuah sekolah di Banting pagi tadi. Saya berharap mangsa diberikan rawatan terbaik dan mendoakan agar segera pulih.

Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian. Semua pihak juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.

Dalam masa yang sama, saya menegaskan agar aspek keselamatan anak-anak di sekolah perlu diperketatkan. Pengawal keselamatan perlu sentiasa peka dan memantau setiap individu yang keluar masuk ke kawasan sekolah, terutama pada waktu ketibaan dan kepulangan pelajar. Kawalan di pintu masuk juga perlu diperkukuh bagi mengelakkan individu yang tidak sepatutnya memasuki kawasan sekolah.

Saya turut berterima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri kerana sedia memberikan sokongan psikososial serta kaunseling segera kepada mangsa, keluarga dan pelajar yang terkesan dengan kejadian ini.

Keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita mesti sentiasa menjadi keutamaan. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat, tempat anak-anak kita menimba ilmu tanpa rasa takut atau terancam.

PAKEJ DAYA TAHAN SELANGOR PERKUKUH PASARAN PEKERJAAN, SEDIA 160,566 JAWATAN KOSONG UNTUK RAKYATSaya menyambut baik pembe...
22/06/2026

PAKEJ DAYA TAHAN SELANGOR PERKUKUH PASARAN PEKERJAAN, SEDIA 160,566 JAWATAN KOSONG UNTUK RAKYAT

Saya menyambut baik pembentangan Pakej Daya Tahan Selangor oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2026.

Pakej ini merangkumi 7 inisiatif di bawah Fasa 1 dan 15 inisiatif di bawah Fasa 2 yang disusun secara menyeluruh bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, meringankan beban kos sara hidup rakyat serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan yang memerlukan terus terpelihara.

Sebagai EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, saya amat mengalu-alukan pengumuman Program Kerjaya Selangor yang diperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu memperkasa pasaran pekerjaan negeri. Program ini menyasarkan seramai 30,000 pencari kerja dan pencari peluang pekerjaan, termasuk golongan rentan yang memerlukan sokongan tambahan untuk kembali aktif dalam pasaran tenaga kerja.

Inisiatif ini dilaksanakan ketika pasaran pekerjaan Selangor terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Berdasarkan data MYFutureJobs sehingga 12 Jun 2026, terdapat sebanyak 160,566 kekosongan jawatan di Selangor merangkumi pelbagai kategori pekerjaan. Pada masa yang sama, seramai 11,347 individu telah berjaya ditempatkan dalam pekerjaan, membuktikan keberkesanan usaha padanan pekerjaan yang dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif kerajaan.

Pelaksanaan Program Kerjaya Selangor melalui kerjasama strategik antara PERKESO, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Invest Selangor Berhad dan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada peluang pekerjaan yang berkualiti dan bersesuaian dengan kemahiran serta kelayakan mereka.

Menurut data PERKESO, seramai 10,869 warga Selangor kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga Mei 2026. Daripada jumlah tersebut, 2,549 orang atau 23.45 peratus merupakan pekerja dalam sektor peruncitan manakala 2,316 orang atau 21.3 peratus adalah daripada sektor pembuatan. Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu berasa gusar kerana jumlah kekosongan jawatan yang tersedia di Selangor masih jauh melebihi jumlah mereka yang kehilangan pekerjaan, sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negeri yang kukuh.

Bagi memastikan peluang pekerjaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, Kerajaan Negeri terus memperkukuh usaha padanan pekerjaan melalui Karnival Kerjaya JobCare Selangor. Sehingga kini, tiga siri Karnival Kerjaya JobCare Selangor telah berjaya dilaksanakan di daerah Kuala Langat, Petaling dan Gombak. Daripada keseluruhan 11 siri Karnival Kerjaya JobCare Selangor yang dirancang bagi tahun 2026, masih terdapat lapan siri lagi yang akan dilaksanakan di seluruh negeri termasuk JobCare Istimewa dan JobCare Premium.

Setiap siri Karnival Kerjaya JobCare Selangor menawarkan kira-kira 4,500 peluang pekerjaan, sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

Selain itu, saya turut mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter bermula Julai 2026. Langkah ini dijangka membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta kos operasi perniagaan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan dasar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Saya yakin Pakej Daya Tahan Selangor akan memberikan impak positif kepada rakyat dan ekonomi negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai negeri yang progresif, berdaya tahan dan inklusif dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

YB TUAN PAPPARAIDU VERAMAN
EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan
Negeri Selangor
ADN Banting

22 Jun 2026

Saya telah menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pemindahan SJKT Ladang Acob, Kapar, satu ...
19/01/2026

Saya telah menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pemindahan SJKT Ladang Acob, Kapar, satu langkah penting dalam memastikan akses pendidikan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada anak-anak sekolah serta komuniti setempat.

Majlis ini turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), YBhg. Dato’ Abd. Hamid Hussain, serta pihak pengurusan sekolah, sebagai tanda komitmen bersama dalam menjayakan usaha pemindahan ini.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh prasarana pendidikan, khususnya bagi memastikan kemudahan sekolah yang lebih kondusif dan memenuhi keperluan semasa.

Semoga segala urusan ini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada murid-murid, warga pendidik serta seluruh komuniti setempat.

Saya ingin menjelaskan bahawa sistem perundangan Malaysia memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-u...
16/01/2026

Saya ingin menjelaskan bahawa sistem perundangan Malaysia memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara sebagaimana termaktub di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, segala bentuk undang-undang, keputusan mahkamah, perintah lama serta amalan pentadbiran adalah tertakluk kepada prinsip hierarki undang-undang tersebut dan tidak boleh bercanggah dengan undang-undang yang lebih tinggi.

Semakan juga turut merujuk kepada Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang atau perintah yang wujud sebelum merdeka hanya kekal berkuat kuasa setakat mana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan serta undang-undang yang digubal selepas merdeka.

Ini bermaksud, perintah mahkamah lama, contohnya perintah tahun 1930, tidak boleh digunakan untuk mengetepikan pematuhan undang-undang moden yang digubal Parlimen dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa seperti undang-undang berkaitan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sekiranya ia terpakai terhadap entiti berkenaan.

Dalam hierarki undang-undang, perintah mahkamah lama berada pada kedudukan yang lebih rendah berbanding undang-undang Parlimen. Maka, sekiranya undang-undang ROS menyatakan bahawa mana-mana pertubuhan atau entiti dalam kategori tertentu perlu didaftarkan, perintah lama yang hanya menetapkan status dalaman seperti amanah dan pemegang amanah tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kewajipan tersebut, kecuali jika undang-undang ROS sendiri memberikan pengecualian yang jelas.

Pada masa yang sama, kita bakal menyambut perayaan Thaipusam dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini sehingga mengganggu keharmonian serta persiapan sambutan perayaan tersebut.

Pada 25 Januari nanti saya akan ke Batu Caves dan kita akan mengadakan sidang media bersama pihak pengurusan kuil, dengan matlamat supaya segala perkara dapat ditangani secara lebih harmoni, matang dan teratur.

Akhirnya, saya menyerahkan perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan keputusan selaras dengan proses dan lunas undang-undang negara.

Sekian, terima kasih.

"Iniya Ponggal Nalvaazhthukkal! இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துகள்!Wishing everyone a year of peace, health and abundance."
14/01/2026

"Iniya Ponggal Nalvaazhthukkal!
இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துகள்!

Wishing everyone a year of peace, health and abundance."

12/01/2026

MEMPERBETULKAN TANGGAPAN BERKENAAN ISU TERNAKAN BABI DI SELANGOR

Terdapat beberapa tanggapan tidak tepat yang sedang tular berkaitan isu ternakan babi di Selangor. Berikut adalah penjelasan berdasarkan fakta:



1) Selangor menternak babi untuk dieksport dan dijual ke luar Selangor

✅ Status: TIDAK BETUL

Ternakan babi di Selangor adalah untuk keperluan domestik sahaja.
Malah, berdasarkan kadar bekalan sedia ada, pengeluaran di Selangor hanya mampu memenuhi kira-kira 30% keperluan, dan selebihnya perlu diimport dari negeri lain.



2) Cadangan tapak ternakan babi di Bukit Tagar adalah tapak milik Kerajaan Negeri Selangor

✅ Status: TIDAK BETUL

Cadangan tapak ternakan babi di Bukit Tagar adalah di atas tanah milik swasta dan bukan tanah milik Kerajaan Negeri Selangor.



3) Jumlah ladang ternakan babi di Selangor meningkat

✅ Status: TIDAK BETUL

Jumlah ladang ternakan babi di Selangor sebenarnya telah berkurang.
Pada tahun 2013, jumlah ladang adalah sekitar 128.
Kini jumlah ladang adalah 114 dan hanya 69 ladang masih boleh beroperasi.



4) Jumlah babi di Selangor meningkat

✅ Status: TIDAK BETUL

Jumlah ternakan babi di Selangor juga menurun, daripada kira-kira 250,000 ekor kepada sekitar 100,000 ekor.



Kesimpulan

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya, tidak terpengaruh dan tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan isu ini.

✅ Semak fakta dahulu.
✅ Nilai maklumat dengan rasional.
✅ Jangan jadi penyebar fitnah tanpa sedar

I would like to sincerely thank all my friends, Yb’s and supporters who have reached out to me with their prayers, messa...
11/01/2026

I would like to sincerely thank all my friends, Yb’s and supporters who have reached out to me with their prayers, messages, and encouragement. I have received over 1,000 calls in recent days, and I am deeply touched and grateful for the overwhelming support.

I am also thankful to the dozens of lawyers who have offered their pro bono assistance in the pursuit of truth and justice.

I respectfully ask the public to refrain from commenting on this matter, as it will be addressed through the legal process.

Thank you from the bottom of my heart to everyone.

ISU PEMBINAAN ESKALATOR BATU CAVES, SELANGORIsu berkaitan cadangan pembinaan eskalator di Batu Caves telah menjadi perha...
10/01/2026

ISU PEMBINAAN ESKALATOR BATU CAVES, SELANGOR

Isu berkaitan cadangan pembinaan eskalator di Batu Caves telah menjadi perhatian umum susulan satu kenyataan media pada 30 Disember 2025 oleh Tan Sri Nadaraja yang mendakwa bahawa persetujuan melibatkan YAB Perdana Menteri (PMX), YAB Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tidak membantu dalam proses kelulusan pembinaan eskalator dan pembangunan lain seperti Dewan serbaguna. Beliau juga mendakwa bahawa YAB Menteri Besar tidak serius dalam membantu isu penempatan komuniti India (Batu Caves Indian Settlement) di kawasan Batu Caves, khususnya menjelang perayaan Thaipusam. Di perjumpaan media itu beliau juga mengesa semua wartawan untuk tanya soalan kepada PMX dan MB bahawa kenapa tak luluskan permohonon eskalator sampai hari ini?

Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah tidak tepat, mengelirukan serta tidak mencerminkan kedudukan sebenar dan telah menimbulkan salah faham terhadap peranan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa komited menjaga kepentingan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.

Sehubungan itu, saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri telah menerima banyak panggilan daripada pihak media dan orang awam yang memohon penjelasan serta pengesahan terhadap dakwaan tersebut kerana ia berpotensi menjejaskan reputasi kerajaan dan mengelirukan masyarakat.

Adalah ditegaskan bahawa sebarang kelulusan projek pembangunan, termasuk pembinaan eskalator di kawasan sensitif seperti Batu Caves, tertakluk kepada prosedur undang-undang, perancangan teknikal dan penilaian pihak berkuasa berkaitan, termasuk aspek keselamatan awam, status warisan, alam sekitar dan kesesuaian perancangan guna tanah. Semua pembangunan, termasuk pembinaan kedai dan pembangunan komersial, mesti mempunyai kelulusan merancang dan pelan bangunan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Saya juga telah menegaskan bahawa kewujudan sebarang perintah mahkamah lama (1930) tidak boleh digunakan secara umum sebagai alasan untuk mengelak pematuhan kepada semua proses kelulusan semasa tanpa penelitian undang-undang yang sah.

Dalam hal ini, saya telah mencadangkan supaya pihak pengurusan Kuil Batu Caves didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehkan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa teknikal memberi bantuan serta memudah cara semua aspek teknikal supaya cadangan pembinaan eskalator dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang, selaras dengan persetujuan prinsip antara YAB Menteri Besar Selangor dan pihak pengurusan Kuil Batu Caves pada 4 Februari 2025.

Seterusnya, dalam satu sesi bersama media di Majlis Perbandaran Selayang bersama Yang Dipertua, saya telah menjawab soalan berhubung penolakan permohonan tanah secara Lesen Pendudukan Sementara (TOL), atas alasan bahawa permohonan tersebut dikemukakan atas nama individu dan tidak memenuhi syarat permohonan. Saya telah memaklumkan bahawa saya akan mendapatkan dan mengemukakan dokumen serta keterangan lanjut dengan kebenaran YAB Menteri Besar sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, pada 7 Januari 2026, saya telah menerima satu Surat Tuntutan (Letter of Demand) daripada Tetuan ADR & Co yang mewakili Tan Sri Nadaraja, menuntut bayaran RM1 juta atas dakwaan bahawa saya telah mencemarkan nama baik beliau.

Saya menegaskan bahawa semua kenyataan saya dibuat dalam kapasiti rasmi, berlandaskan fakta, kepentingan awam serta tanggungjawab untuk memberi penjelasan yang tepat kepada masyarakat, dan bukan bertujuan untuk mencemarkan mana-mana pihak.

Sekian, Terima Kasih.

YB TUAN PAPPARAIDU VERAMAN
EXCO Sumber Manusia Dan Pembasmian Kemiskinan
Merangkap Ahli Dewan Negeri Banting

10 Januari 2026

Happy New Year 2026 🎉As we welcome the new year, I would like to express my sincere appreciation to all the people of Se...
31/12/2025

Happy New Year 2026 🎉

As we welcome the new year, I would like to express my sincere appreciation to all the people of Selangor for your continued support and trust. May 2026 bring new hope, happiness, good health and success to you and your families.

Let us move forward together with a spirit of unity, mutual respect and care for one another. Through continuous effort and strong cooperation, I am confident that Selangor will continue to progress as a developed, inclusive and prosperous state for the benefit of all.

CONDEMNATION OF INCIDENT AT BUKIT GASING SIVAN TEMPLEWe strongly condemn the recent incident at Bukit Gasing Sivan Templ...
22/12/2025

CONDEMNATION OF INCIDENT AT BUKIT GASING SIVAN TEMPLE

We strongly condemn the recent incident at Bukit Gasing Sivan Temple that has circulated widely on social media. The confrontation involving individuals within the temple premises is deeply troubling and entirely unacceptable, particularly in a sacred space meant to uphold peace, respect, and spiritual discipline.

Places of worship must remain open, accessible, and welcoming to all members of society. They are sanctuaries meant to promote unity, harmony, and moral values. Any form of dispute, confrontation, or inappropriate conduct within such spaces is a serious violation of their sanctity and undermines the purpose for which they exist.

Temples, in particular, should stand as symbols of calm, tolerance, and ethical leadership. The incident in question reflects a failure to uphold these principles and has caused public concern and disappointment. Such actions not only tarnish the reputation of the institution involved but also cast a negative light on religious spaces more broadly.

Individuals entrusted with leadership or responsibility within places of worship must be held to the highest standards of conduct. Leadership in a religious institution demands maturity, accountability, and respect for the community it serves. Those who are unable to demonstrate these values should step aside and allow others who are capable of leading with integrity and wisdom to take responsibility.

We call upon the relevant authorities and temple management to address this matter decisively and to implement appropriate measures to prevent similar incidents in the future. Places of worship must never become platforms for personal conflicts or displays of disrespect.

This incident should serve as a firm reminder that sacred spaces belong to the community and must be protected as environments of peace, dignity, and spiritual reflection at all times.

Thanks You.

YB TUAN PAPPARAIDU VERAMAN
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

21 Disember 2025

Address

No. 81, Tingkat 1, Jalan Telok Bunut, Taman Delima
Banting
42700

Telephone

+60163245096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harapan DUN Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Harapan DUN Banting:

Shortcuts

Share