04/07/2026
Banting 30 Jun 2026 - Inspire I talent peringkat daerah Kuala langat anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Langat telah mendapat penyertaan seramai 46 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah PPKI dan PDK di bawah Jabatan Kebajikan Daerah Kuala langat.
Turut hadir bersama ibu bapa dan pengiring pelajar sedikit sebanyak membantu melancarkan perlaksanaan program ini. Harapan mereka supaya program seumpama ini boleh diadakan pada setiap tahun supaya anak-anak mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang Sukan.
Rakan strategik KBS, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Jabatan Kebajikan Daerah Kuala langat juga turut membantu dalam pencarian peserta di Sekolah-Sekolah PPKI dan PDK sekitar daerah Kuala Langat.