05/09/2026
MAJLIS PELUNCURAN REJUVENASI & PEMBANGUNAN SEMULA PADANG GOLF SRI MORIB DAN PROJEK BANDAR PERANGINAN MORIB
KUALA LANGAT, 5 SEPTEMBER 2026 - Majlis Peluncuran Rejuvenasi dan Pembangunan Semula Padang Golf Sri Morib serta Projek Bandar Peranginan Morib telah berlangsung di Lapangan Santai Harmoni @ Kelab Golf Sri Morib, Banting, Selangor.
Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Amirudin bin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor sebagai simbolik kepada usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan kawasan Morib sebagai sebuah destinasi pelancongan, rekreasi dan perbandaran yang lebih moden, mampan serta berdaya saing.
Turut hadir YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat; YBrs. Tuan Ahmad Zaki bin Yusof, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat; Tuan Ts. Syamsol Herwan bin Ahmad, Timbalan Setiausaha merangkap Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan serta barisan pengarah jabatan dan ketua unit Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
Pelaksanaan projek ini dijangka memberi nafas baharu kepada kawasan Morib melalui pembangunan yang lebih terancang dan berpotensi untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan, merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih berkualiti kepada masyarakat.
Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Kuala Langat sebagai sebuah daerah yang terus berkembang secara seimbang, mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan kawasan pada masa hadapan.
Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari πΏ