Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat & Sepang

Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat & Sepang PERIKANAN PRODUKTIF MENJANA TRANFORMASI

KUALA LANGAT, 18 Mei 2026 – Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat/Sepang telah menganjurkan Program Pemuliharaan Ekosist...
18/05/2026

KUALA LANGAT, 18 Mei 2026 – Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat/Sepang telah menganjurkan Program Pemuliharaan Ekosistem Perikanan Selangor Tahun 2026 bertempat di Jeti Nelayan Sungai Lang Baru, Kuala Langat. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada komuniti nelayan serta wakil agensi kerajaan yang hadir ke program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor. Turut hadir ialah Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor; Yang Mulia Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat; Ahmad Zaki bin Yussof, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat; YDH Tuan Superintendan Mohd Akmal Rizal Radzi, Ketua Polis Daerah Kuala Langat; Ir. Hanif bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat; Ir. Mohd Hasrul Hisham bin Abdullah, Jurutera Daerah JPS Kuala Langat serta para pemimpin setempat.
Antara pengisian program ialah taklimat berkaitan Perwartaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat dan spesies ikan terlarang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan sumber perikanan dan ekosistem sungai.
Sebanyak 50,000 benih udang galah telah dilepaskan ke Sungai Langat sebagai usaha memulihara habitat semula jadi di samping menambah stok sumber perikanan darat di kawasan tersebut.
Y.B. Datuk bersama ketua-ketua jabatan turut meluangkan masa menyusuri Sungai Langat bagi melihat sendiri keadaan sungai serta meninjau kawasan sekitar bagi memastikan usaha pemuliharaan dan penjagaan ekosistem perairan dapat dilaksanakan secara berterusan

Address

No. 436 & 437, Jalan Sultan Abdul Samad
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60331877510

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat & Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Daerah Kuala Langat & Sepang:

Shortcuts

Share