Pemuda PAS Kuala Langat

Pemuda PAS Kuala Langat organisasi siasah dan dakwah berlandaskan al quran dan sunnah Rasul SAW

14/06/2026

Ramalan DAP salah rupanya

PN milik rakyat
11/06/2026

PN milik rakyat

PAS DAN POLITIK MUAFAKAT: REKOD YANG WAJAR DIINGATIMutakhir ini, timbul pelbagai tuduhan kononnya PAS menjadi punca perp...
11/06/2026

PAS DAN POLITIK MUAFAKAT: REKOD YANG WAJAR DIINGATI

Mutakhir ini, timbul pelbagai tuduhan kononnya PAS menjadi punca perpecahan dalam Perikatan Nasional susulan keputusan menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU. Ada juga yang melabelkan PAS sebagai parti yang tidak setia kepada rakan politik.

Sebelum membuat kesimpulan sedemikian, eloklah kita melihat sejarah dengan jujur dan memahami realiti sebenar perjalanan politik PAS dalam setiap gabungan yang pernah disertainya.

Sepanjang bersama rakan-rakan politik, PAS tidak pernah menuntut untuk menjadi "abang besar" atau mendominasi pakatan, walaupun memiliki kekuatan dan pengaruh tersendiri. Malah, PAS pernah mengangkat tokoh daripada parti lain sebagai calon kepimpinan utama negara, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai contoh lagi, dalam pelbagai siri himpunan dan gerakan rakyat, ahli serta jentera PAS sentiasa menjadi antara tulang belakang yang menggerakkan agenda bersama demi mencapai matlamat gabungan yang disertai oleh PAS. Ini fakta!

PAS juga tidak pernah berkira untuk mengorbankan tenaga, masa dan kekuatan jentera bagi membantu kemenangan parti-parti sahabat. Malah dalam soal pembahagian kerusi, PAS sering mengambil pendekatan bertolak ansur, termasuk melepaskan kerusi yang dianggap kuat demi memastikan kerjasama politik dapat dipertahankan.

Semua ini bukan kerana PAS tidak berkemampuan untuk memimpin, tetapi kerana PAS memilih untuk mengutamakan kesepakatan dan kestabilan pakatan. PAS sanggup merendahkan ego demi menjaga hubungan dan mencapai matlamat bersama.

Namun, sikap bertolak ansur tidak bermaksud PAS perlu terus berdiam diri apabila prinsip, maruah atau kedudukannya dipermainkan. Kesetiaan tidak seharusnya ditafsir sebagai kelemahan, dan tolak ansur tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk memijak rakan sendiri.

Apabila PAS menetapkan pendirian dan batas tertentu, ia bukan kerana mahu memecahkan hubungan, tetapi kerana setiap kerjasama mesti dibina atas asas saling menghormati, kepercayaan dan keikhlasan.

Hakikatnya, kesetiaan PAS bukan sekadar kepada mana-mana parti, tetapi kepada prinsip perjuangan dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sejarah tidak menipu.

Rekod politik muafakat PAS wajar diingati
sebelum sebarang tuduhan dilontarkan.

10/06/2026

'Dengar cerita Ahli Parlimen BERSATU desak Tan Sri Muhyiddin keluarkan BERSATU dari PN sebab BERSATU hanya lemahkan PN'

Agak hangat diperkatakan dua tiga hari ni.
10/06/2026

Agak hangat diperkatakan dua tiga hari ni.

Menyokong Penuh!
09/06/2026

Menyokong Penuh!

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

9 JUN 2026 | 23 ZULHIJJAH 1447 H

PEMUDA PAS SELANGOR MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN PAS PUSAT BERHUBUNG KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan sokongan penuh, tegas dan tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan rasmi Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Jun 2026 mengenai hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU.

Keputusan ini merupakan hasil pertimbangan syura, penelitian mendalam serta mengambil kira aspek dasar, hukum, maslahah perjuangan dan keutamaan penyatuan ummah sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

Pemuda PAS Selangor meyakini bahawa PAS sentiasa meletakkan kepentingan Islam, kestabilan negara dan masa depan rakyat mengatasi kepentingan politik jangka pendek atau sentimen individu tertentu.

Ketetapan untuk menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU menunjukkan kematangan dan ketegasan PAS dalam menjaga prinsip perjuangan serta memastikan agenda penyatuan ummah terus diperkasakan dalam suasana politik yang semakin mencabar.

Dalam masa yang sama, pendirian PAS untuk meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya demi menghadapi PRN dan PRU ke-16 membuktikan PAS kekal bersifat terbuka, matang dan berpandangan jauh dalam membina kekuatan ummah dan blok pembangkang yang lebih tersusun.

Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh ahli dan penyokong agar terus bertenang, berdisiplin serta memberikan kepercayaan penuh kepada kepimpinan parti. Dalam perjuangan, kesatuan saff, wala’ kepada keputusan syura dan disiplin organisasi adalah kunci kekuatan.

Jangan sesekali membiarkan perbezaan pandangan membuka ruang perpecahan yang akhirnya hanya menguntungkan pihak lawan.

Pemuda PAS Selangor juga menyambut baik keterbukaan PAS menerima penyertaan tokoh akademik, profesional, pemimpin masyarakat dan aktivis yang mahu bersama memperkukuhkan perjuangan Islam dan masa depan negara.

PAS akan terus istiqamah memimpin perjuangan dengan prinsip, hikmah dan ketegasan berasaskan Islam sebagai penyelesaian.

Mohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor



Rasmi
08/06/2026

Rasmi

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

انا لله وانا اليه راجعونTelah kembali kerahmatullah Tuan Hj Mohsinon sebentar tadi di kediaman beliau Sijangkang. Beliau...
04/06/2026

انا لله وانا اليه راجعون

Telah kembali kerahmatullah Tuan Hj Mohsinon sebentar tadi di kediaman beliau Sijangkang.

Beliau merupakan insan penting dalam penubuhan PAS di Kuala Langat dan di Negeri Selangor. Pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Selangor Seorang yang istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat beliau.

Semoga Allah merahmati beliau, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan beliau bersama para salafuna soleh 🤲🤲

DAULAT TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pert...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2025 bersamaan 15 Zulhijjah 1446H.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, di dunia mahupun di akhirat.

Sembah takzim daripada,
Dewan Pemuda PAS Kuala Langat

Address

Jalan BB 1/5, Taman Banting Baru
Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share