31/08/2026
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
Kajang, 30 Ogos 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Selangor 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Amirudin bin Shari, Datoโ Menteri Besar Selangor. Turut hadir Yang Mulia Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat bersama ketua-ketua jabatan/agensi negeri dan daerah bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Perbarisan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang diketuai Encik Muhamad Ruzaini bin Bhaharuddin atas kejayaan meraih tempat ke-5 dalam pertandingan kawad perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada Pengurus Kontinjen, barisan Jurulatih serta Urus setia atas segala usaha, masa, tenaga, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memastikan persiapan serta perjalanan kontinjen dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Kerjasama erat antara anggota kontinjen, pengurus, jurulatih dan urus setia telah menjadi antara faktor penting dalam merealisasikan pencapaian yang membanggakan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha meningkatkan prestasi dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
โKuala Langat Terus Gemilang!โ ๐ฒ๐พ
๐ TAHNIAH DAN SYABAS! ๐