APM Daerah Kuala Langat

APM Daerah Kuala Langat ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA - Daerah Kuala Langat -Tel : 011-1710 0079 " Sedia, Pantas, Berintegriti "

17/04/2026
Tahniah PPAD APM kuala Apm Kuala Langat LT M (PA) MUHAMMAD RIDHUAN BIN ROSTONG ATAS PELANTIKAN.
17/04/2026

Tahniah PPAD APM kuala Apm Kuala Langat LT M (PA) MUHAMMAD RIDHUAN BIN ROSTONG ATAS PELANTIKAN.

06/04/2026



TANDA-TANDA AWAL ANDA DIJANGKITI STROK HABA

Berikut adalah maklumat mengenai tanda-tanda awal anda dijangkiti strok haba. Antaranya seperti berikut :-

1. Suhu badan mencecah 40°C ke atas
2. Berpeluh secara berlebihan
3. Muka menjadi kemerahan dan panas
4. Sakit kepala, mual dan muntah
5. Haus yang melampau dan warna air kencing menjadi pekat
6. Otot menjadi kejang di bahagian kaki, lengan dan perut
7. Degupan jantung menjadi laju, ruam merah pada kulit
8. Kerap pengsan dan tidak sedarkan diri

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














**

01/04/2026



LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI ELAK STROK HABA

Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika cuaca panas yang kini sedang melanda negara kita. Antaranya seperti berikut :-

1. Elakkan melakukan senaman yang sukar
2. Pakai pakaian yang longgar, ringan dan bersesuaian
3. Kurangkan pengambilan minuman yang mempunyai kafein, alkohol dan gula
4. Sentiasa berada di kawasan yang nyaman dan redup
5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














**

23/03/2026



UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM (HUTPA) KALI KE-74 TAHUN 2026

YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74 Tahun 2026 kepada seluruh warga kerja APM di seluruh Malaysia.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ditubuhkan sejak tahun 1952 dan mempunyai jutaan anggota sukarela. APM kini bukan sahaja terlibat dalam tugas menyelamat dan bantuan kecemasan, malah menjadi barisan hadapan dalam mendidik masyarakat mengenai kesiapsiagaan menghadapi krisis.

Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74 disambut pada 24 Mac setiap tahun sebagai satu acara tahunan utama dan penting buat seluruh warga kerja APM.

Semoga tema pada tahun ini dapat mencerminkan peranan APM dalam memperkukuh semangat kesukarelaan dan keselamatan rakyat sebagai teras pembangunan negara selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“APM NADI KESIAPSIAGAAN MASA HADAPAN”

Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri














**

18/03/2026

09/03/2026

Address

425 A/B, Jalan Raja Hussin, Telok Datok
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Daerah Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share