Fibre and Biocomposite Centre - FIDEC

Fibre and Biocomposite Centre - FIDEC Makmal berakreditasi ISO/IEC 17025

Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC)
Satu bahagian di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Memacu penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam industri biokomposit dan gentian asli Malaysia.

8 - 9 JULAI 2026 | FIDEC, BANTINGPROGRAM LATIHAN PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN SAMPEL WOOD ID DARI LAPANGAN.Lembaga Perindu...
15/07/2026

8 - 9 JULAI 2026 | FIDEC, BANTING

PROGRAM LATIHAN PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN SAMPEL WOOD ID DARI LAPANGAN.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) telah melaksanakan Program Latihan Penyediaan Dan Penyimpanan Sampel Wood ID Dari Lapangan pada 8-9 Julai 2026 di FIDEC 1 Banting. Program ini merupakan lanjutan daripada kerja-kerja dari lapangan di dalam Projek Pemerkasaan Data Wood ID untuk Industri Perkayuan. Tujuan program ini untuk memastikan ahli projek mendapatkan kemahiran berkenaan cara yang betul untuk penyediaan sampel dari lapangan sehingga ke makmal anatomi.

Penceramah jemputan Dr. Amir Affan Abdul Azim dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput bagi menerangkan cara-cara penyediaan sampel wood ID yang diperoleh dari lapangan kepada ahli projek yang terdiri dari FIDEC dan ahli cawangan MTIB.

Program ini penting bagi memastikan ahli projek mendapat pengetahuan yang betul sepanjang menjalankan projek ini.










3 JULAI 2026 | SHAH ALAM SELANGORPERBINCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DATA WOOD ID BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGO...
15/07/2026

3 JULAI 2026 | SHAH ALAM SELANGOR

PERBINCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DATA WOOD ID BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) melalui Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) telah mengadakan sesi perbincangan untuk menjalankan pengambilan sampel di kawasan hutan di bawah selian Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam di bawah projek RMK 13 Projek Pemerkasaan Data Wood ID untuk Industri Perkayuan.

Delegasi MTIB telah disantuni oleh Tuan Azhar Bin Ahmad Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor seta pegawai kanan jabatan. Perbincangan tertumpu kepada cadangan kawasan persampelan yang boleh dibenarkan bagi tujuan mengambilan sampel spesies kayu yang terdapat di sesuatu kawasan.

Adalah diharapkan agar perbincangan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menjalinkan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi memastikan kelancaran perjalanan projek yang dirancang.










07/07/2026

πŸ”₯ PROMOSI 50% πŸ”₯
Perkhidmatan Pengujian Perabot Domestik (BS EN 12520 / BS EN 12521)

πŸͺ‘ Pastikan ketahanan & keselamatan perabot anda!

βœ… Mematuhi piawaian antarabangsa
βœ… Laporan pengujian yang telus & profesional
βœ… Sah untuk pengujian meja dan kerusi domestik sahaja

πŸ“¦ Terhad kepada 10 sampel kerusi dan 10 sampel meja domestik sahaja!

πŸ’₯ Rebut peluang promosi terhad ini dan tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti produk anda!

πŸ“ž Hubungi:
[email protected]










07/07/2026
20/06/2026

🌳 AYUH MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KAYU SEDUNIA (WORLD WOOD DAY) 2026! 🌏✨

Sempena sambutan Hari Kayu Sedunia (WWD) 2026, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan.

πŸ“… Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
πŸ•˜ Masa: 9.30 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Galeri Glulam Johor Bahru, Lot 19851, Jalan Tampoi, Mukim Tebrau, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

🌿 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
βœ… Majlis Perasmian
βœ… Demonstrasi Pembuatan Minyak Wangi Berasaskan Kayu
βœ… Karnival Jualan
βœ… Bicara Kayu
βœ… Aktiviti DIY

Dengan tema "Kayu Malaysia: Kelestarian Teras Keunggulan", sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sumber kayu dan kelestarian industri perkayuan negara.

Jom bersama-sama menyemarakkan sambutan World Wood Day 2026 dan menghargai peranan kayu dalam kehidupan serta pembangunan mampan negara.

πŸŒ³πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌿 ANDA SEMUA DIJEMPUT!🌿Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,πŸ“’ Hari Terbuka FIDEC 2026πŸ“… 30 Jun 2026 (Selasa)⏰ 8.00 pagi – ...
19/06/2026

🌿 ANDA SEMUA DIJEMPUT!🌿

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

πŸ“’ Hari Terbuka FIDEC 2026

πŸ“… 30 Jun 2026 (Selasa)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ FIDEC 3, Kompleks Perabot Olak Lempit, Banting, Selangor

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

🎀 Pocket Talk
πŸ› οΈ Demonstrasi Teknologi dan Inovasi Kayu
πŸŽ™οΈ Live Podcast bersama Pakar Industri
🌱 Pameran Produk Biokomposit dan Gentian
🀝 Sesi Perkongsian Ilmu serta Jaringan Industri

πŸ‘₯ Terbuka kepada:
🏫 IPTA/IPTS
🏭 Industri
🏒 Agensi Kerajaan & Swasta
πŸ™‹ Orang Awam yang berminat dalam bidang biokomposit, gentian dan inovasi industri kayu

πŸ“ Daftar sekarang melalui pautan berikut:
πŸ”— https://tinyurl.com/FIDEC-OPEN-day

πŸ’š Kehadiran Tuan/Puan amat dialu-alukan dan dihargai.

Terima kasih.










Address

Lot 152, Jalan 4, Kompleks Perabot Olak Lempit
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fibre and Biocomposite Centre - FIDEC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share