BIRO Pekerja Selangor

BIRO Pekerja Selangor Biro Pekerja MPN Selangor - Membela Hak Pekerja, Menyuarakan Isu Rakyat Bekerja Demi keadilan sosial

18/03/2026

Keputusan mahkamah dalam kes melibatkan majikan dan kesatuan baru-baru ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. Seperti yang diulas oleh Abdullah Sani Abdul Hamid, perkara ini bukan sekadar soal undang-undang semata-mata, tetapi turut menyentuh soal keseimbangan antara hak pekerja dan kepentingan majikan dalam landskap hubungan industri hari ini.

Biro Pekerja MPN Selangor berpandangan bahawa hak pekerja untuk bersuara dan berpersatuan perlu terus dihormati, selari dengan usaha memastikan kestabilan dan kemajuan ekonomi. Dalam masa yang sama, ruang rundingan yang adil dan terbuka antara majikan dan kesatuan harus dipelihara agar sebarang keputusan tidak meminggirkan kepentingan mana-mana pihak.

Akhirnya, kekuatan sesebuah ekonomi itu bergantung kepada sejauh mana kita menghargai dan melindungi tenaga kerja. Isu ini menjadi peringatan bahawa keadilan dalam hubungan industri bukan pilihan, tetapi satu keperluan.


17/03/2026

Edaran juadah berbuka puasa di sekitar Sijangkang dan Pandan berjalan dengan lancar hasil kolaborasi Biro Pekerja dan Biro Kebajikan Selangor.

Sedikit usaha, tapi harapnya membawa makna buat mereka yang menerima. Dalam kesederhanaan ini, yang penting kita terus berkongsi dan menjaga kebajikan sesama masyarakat.

Semoga setiap yang diberi menjadi asbab kebaikan, dan setiap yang terlibat dipermudahkan urusan. 🤍

Selamat Hari Wanita Sedunia 🌹Biro Pekerja KEADILAN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh wanita...
08/03/2026

Selamat Hari Wanita Sedunia 🌹

Biro Pekerja KEADILAN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh wanita yang menjadi tulang belakang keluarga, masyarakat dan pembangunan negara.

Wanita bukan sekadar penggerak ekonomi, malah pencetus perubahan, pembina generasi dan suara keadilan yang tidak pernah lelah memperjuangkan hak serta kesejahteraan bersama.

Semoga Hari Wanita Sedunia ini terus menjadi inspirasi untuk kita memartabatkan wanita, memperkukuh kesaksamaan dan memastikan setiap wanita dihargai, dilindungi serta diberi ruang yang adil dalam semua bidang.

Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.

Ikhlas daripada
Biro Pekerja KEADILAN Selangor

27/02/2026
Agihan Pek Makanan Juadah Berbuka Puasa | Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor l 27 Februari 2026.Alhamdulillah, program agih...
27/02/2026

Agihan Pek Makanan Juadah Berbuka Puasa | Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor l 27 Februari 2026.

Alhamdulillah, program agihan pek makanan juadah berbuka puasa telah berjaya dilaksanakan di sekitar Kuala Kubu Bharu, melibatkan beberapa jabatan dan agensi utama termasuk Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran, IPD, Hospital serta Jabatan Imigresen.

Program ini disempurnakan oleh Pengerusi Biro Pekerja Selangor yang juga merupakan Pengerusi Tekun Nasional, sebagai tanda penghargaan kepada para petugas yang terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira masa, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Kerjasama erat antara TEKUN Nasional dan Biro Pekerja Selangor ini diharapkan dapat sedikit sebanyak menceriakan waktu berbuka mereka yang sedang bertugas, serta menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan menjadi inspirasi untuk terus berbakti kepada masyarakat.





27/02/2026
Ziarah Kasih Ramadhan di Kg. Sungai Masin, Batang Kali 26 Februari 2026Alhamdulillah, program Ziarah Kasih Ramadhan di K...
27/02/2026

Ziarah Kasih Ramadhan di Kg. Sungai Masin, Batang Kali

26 Februari 2026

Alhamdulillah, program Ziarah Kasih Ramadhan di Kg Sungai Masin, Batang Kali telah berjalan dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Kehadiran kami bukan sekadar membawa sumbangan, tetapi juga menyampaikan tanda ingatan, kasih sayang dan kebersamaan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Ramadhan adalah bulan untuk berkongsi rezeki, menyantuni insan, dan merapatkan ukhuwah sesama kita. Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan mampu meringankan beban serta membawa sinar kegembiraan buat keluarga yang diziarahi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi kebajikan ini. Semoga setiap kebaikan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”




Alhamdulillah, Biro Pekerja MPN Selangor berkesempatan menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas barisa...
22/02/2026

Alhamdulillah, Biro Pekerja MPN Selangor berkesempatan menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di Kuala Langat dan Banting hari ini bersamaan 22 Februari 2026.

Terima kasih tidak terhingga kepada anggota polis, petugas hospital dan bomba yang terus berkhidmat tanpa mengira masa demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Pengorbanan kalian amat kami hargai, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat menceriakan tugas kalian dan menjadi tanda sokongan serta penghargaan daripada kami semua.

Jasa kalian sentiasa dikenang. 💙

Program Edaran Juadah Berbuka Puasa Oleh Biro Pekerja Majlis Pimpinan Negeri SelangorHari ini 22 Februari 2026 (Ahad) Ja...
22/02/2026

Program Edaran Juadah Berbuka Puasa Oleh Biro Pekerja Majlis Pimpinan Negeri Selangor

Hari ini 22 Februari 2026 (Ahad) Jam 3 Petang-5 petang, Yang diketuai pengerusi Biro Pekerja Selangor, Dato Abdullah Sani & barisan pimpinan berkesempatan menyantuni petugas barisan hadapan yang sedang bertugas di sekitar Kuala Langat dan Banting dengan menyampaikan juadah berbuka puasa . Serahan juadah kita berupa pek Makanan Ayam Rose, Daging Palembang, Beriani Kambing,Nasi Putih,Telur Rebus dan ulam timun.

Lawatan melibatkan anggota di IPD Kuala Langat, Hospital Banting dan Balai Bomba Banting yang terus menjalankan tanggungjawab walaupun pada waktu umat Islam berbuka puasa bersama keluarga.

Pengorbanan mereka memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Terima kasih atas dedikasi dan khidmat yang tidak mengenal waktu.

Address

Banting
20200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIRO Pekerja Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share