Klinik Kesihatan Batu Arang

Klinik Kesihatan Batu Arang FB page ini hanya untuk kongsi berkaitan KKBA dan kesihatan. Tiada direct /private messenger

Terima kasih

Sebarang pertanyaan sila berhubung melalui talian 03-60352287 (waktu pejabat sahaja), temujanji melalui myVas/MySejahtera atau ke klinik.

11/06/2026
11/06/2026
11/06/2026

📢 Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul MyLapor, sebuah modul aduan merokok berpusatkan rakyat secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi MySejahtera.

Selepas ini, lebih mudah untuk kita bersama-sama memainkan peranan melaporkan sebarang perlanggaran berkaitan produk merokok atau v**e demi kesihatan komuniti. Sama-sama kita jaga komuniti kita! 🚭✨






Sumber : MySejahtera

Majlis Penyerahan Sumbangan Water Purifier dan Air Humidifier yang disampaikan oleh YB Chua Wei Kiat dan Tuan Anmuniandy...
08/05/2026

Majlis Penyerahan Sumbangan Water Purifier dan Air Humidifier yang disampaikan oleh YB Chua Wei Kiat dan Tuan Anmuniandy a/l Vellymalai kepada Dr Arputajulie (Ketua Klinik) dan Tuan Haji Azman (Pengerusi Panel Penasihat) Klinik Kesihatan Batu Arang.

Terima kasih diatas sumbangan.
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Kita sama-sama doakan semoga lebih banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan 😃



08/05/2026

Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan yang terkini.

Pastikan anak-anak anda telah mendapat imunisasi yang lengkap.




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

01/04/2026

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

MAKLUMAN:
Pengambilan darah di Klinik Kesihatan Batu Arang akan mengalami kelewatan kerana kami mempunyai sistem label darah yang baru.

Mohon kerjasama semua
Maaf atas kesulitan
Terima kasih

17/03/2026
17/03/2026

Penggunaan Ubat dan Prosedur Perubatan semasa Berpuasa

Sesetengah umat Islam berasa ragu terhadap pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa. Pengambilan ubat semasa puasa amat penting untuk mengurangkan gejala penyakit dan mengurangkan kesakitan. Tidak kesemua ubatan atau prosedur perubatan membatalkan puasa.

Sehubungan itu, para pesakit dinasihatkan mengetahui jenis ubat dan prosedur tidak membatalkan puasa demi mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Sila semak ubat dan prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa.💊💊

17/03/2026

Salam sejahtera

NOTIS PENTING:
KEPERLUAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI*

Adalah dimaklumkan bahawa semua pesakit Klinik Kesihatan Batu Arang diwajibkan membawa Kad Pengenalan(Mykad) bagi penggunaan sistem pelabelan darah yang baharu.

Langkah ini bertujuan untuk:

- Mengesahkan identiti pesakit dengan tepat.

- Mengelakkan ralat pada label sampel darah.

- Mempercepatkan proses pendaftaran sistem.

Harap maklum dan terima kasih.

*Pengurusan Klinik Kesihatan Batu Arang*

Address

JKR G/1325 Batu Arang
Batu Arang
48100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360352287

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu Arang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Kesihatan Batu Arang:

Share