Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang MENCEGAH KEBAKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pada masa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, Pekan Batu Arang terkenal sebagai satu kawasan perlombongan arang batu.

Pada waktu tersebut telah wujud satu pasukan bomba khusus untuk mengawal kebakaran arang batu. Setelah kegiatan perlombongan arang batu tidak lagi memberi keuntungan kepada pihak Inggeris, maka pasukan bombanya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat kebombaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan Arang Batu. Pada tahun 1966, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan per

untukan untuk membina sebuah Balai Bomba dan Kuarters baru di atas sebidang tanah seluas 0.9364 ekar. Balai Bomba Batu Arang telah siap di bina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Harun Bin Idris, Menteri Besar Selangor dalam satu majlis sederhana dalam tahun 1967. Kekuatan anggota pada ketika itu hanya lima orang, telah memberi khidmat kebombaan bukan sahaja di kawasan Batu Arang tetapi meliputi Pekan Kundang dan Pekan Kuang sehingga sekarang termasuklah Bandar Tasik Puteri.

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Arang
Batu Arang
48100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share