03/09/2026
๐๐๐ญ ๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ฒ๐๐ค๐ข โ๐ฉ๐ข๐๐ค๐ฉ๐จ๐๐ค๐๐ญโ ๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ก๐๐ง, ๐๐๐ ๐๐ ๐ซ๐๐ค๐จ๐ ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ง
MELAKA โ Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian โpickpocketโ dan meminta RM200 sebagai โduit kopiโ selepas membantu mendapatkan semula telefon bimbit mangsa, ditahan polis hari ini.
Lebih mengejutkan, suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau, masing-masing satu kes jenayah dan 12 kes berkaitan dadah selepas kejadian itu tular, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, suspek ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an, kira-kira jam 2.06 pagi tadi.
Menurutnya, polis terlebih dahulu berjaya mengesan mangsa melalui media sosial Threads selepas hantaran berkaitan kejadian yang berlaku di Kampung Morten, di sini, tular.
Sumber :
Malaysia Gazette
Semakan lanjut mendapati suspek pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan didapati positif ujian air kencing.