FAMA Malaysia

FAMA Malaysia Bagi aduan & pertanyaan yang berkesan,sila layari : http://ffs.fama.gov.my/aduan/index.php
(3)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan. Bagi memacu sektor pemasaran domestik d

an antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:

•Pembangunan luang pasaran
•Pembangunan infrastruktur pemasaran
•Pembangunan keusahawanan
•Pembangunan pemasaran produk
•Pembangunan regulasi pemasaran

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 16 Ogos 2026 | Ahad | FAMA Negeri Tereng...
16/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍

16 Ogos 2026 | Ahad | FAMA Negeri Terengganu telah mengadakan sesi taklimat kepada YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Prospek Usahwan yang disampaikan oleh YBrs. En. Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu.

Sesi taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan FAMA, pelaksanaan program pemasaran serta bentuk bantuan dan sokongan yang disediakan kepada usahawan dalam memperkukuh akses pasaran produk agromakanan.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap peluang dan prospek pembangunan usahawan, khususnya melalui jaringan pemasaran FAMA yang merangkumi aspek pengembangan pasaran, promosi serta pengukuhan rantaian pemasaran produk agromakanan.

FAMA Negeri Terengganu komited untuk terus memperkukuh peranan dalam memudah cara pemasaran, meningkatkan daya saing usahawan serta memperluas peluang pasaran produk tempatan, selaras dengan aspirasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memperkukuh ekosistem agromakanan negara.

Usaha berterusan ini diharap dapat memberi manfaat kepada usahawan serta menyokong pertumbuhan sektor agromakanan yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan mampan

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











16/08/2026

🚚🍔 JOM SERBU FOOD TRUCK FIESTA @ MAHA 2026! 🔥

Lapar? Jom makan & santai bersama keluarga 😋
Food Truck Fiesta @ MAHA 2026 wajib datang!

🍔 253 menu pilihan
💥 30 menu super baloi
🎟️ Kupon awal untuk pelanggan terawal

🎮 Games kanak-kanak & dewasa
🔥 Pertunjukan api
🤡 Magician Clown
🎁 Aktiviti & hadiah menarik

📅 28 Ogos – 6 September 2026
📍 Laman Tiba 2, MAEPS Serdang

👨‍👩‍👧‍👦 Ajak keluarga & rakan-rakan
Jom meriahkan Food Truck Fiesta! 🎉

🔥 MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi!

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











16 Ogos 2026 | Ahad | Walkabout Program Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal (PTK) Chendering, Kuala TerengganuWalkabou...
16/08/2026

16 Ogos 2026 | Ahad | Walkabout Program Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal (PTK) Chendering, Kuala Terengganu

Walkabout Program Jualan Agro MADANI oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA diiringi oleh YBrs. En. Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu telah diadakan di Pasar Tani Kekal (PTK) Chendering, Kuala Terengganu.

Pelbagai jualan produk segar dan keperluan harian ditawarkan dengan penjimatan sehingga 10% hingga 30%. Semoga dengan adanya program ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan produk yang lebih segar dan lebih jimat.

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











16/08/2026
Jualan Agro Madani @ Program Hari Kemahiran dan Infest Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan...
16/08/2026

Jualan Agro Madani @ Program Hari Kemahiran dan Infest Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Tahun 2026.

📅 15 – 16 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 7.00 pagi – 6.00 petang
📍 PKM KEMAS, Kg Sri Batu, Kuala Lumpur

Program ini menjadi platform dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, komuniti setempat serta usahawan agro, di samping memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan produk segar dan berkualiti.

Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan program ini sambil menyokong produk usahawan tempatan.

“ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐓𝐑𝐔𝐂𝐊 𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 @ 𝐌𝐀𝐇𝐀 2026 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈‼️Nikmati waktu petang dengan hidangan santai dan ringan di Food Truck Fiesta!...
16/08/2026

𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐓𝐑𝐔𝐂𝐊 𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 @ 𝐌𝐀𝐇𝐀 2026 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈‼️

Nikmati waktu petang dengan hidangan santai dan ringan di Food Truck Fiesta! Kunjungi kami dari 28 Ogos - 6 September 2026 dan dapatkan 𝐌𝐞𝐧𝐮 𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫 𝐁𝐚𝐥𝐨𝐢 hanya 𝗥𝗠𝟱‼️

⏰Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam
📍 Lokasi: Laman Tiba 2, MAEPS Serdang

Jangan ketinggalan untuk mencuba:

🍢 Keropok Lekor
🐟 Taiyaki

Bukan itu saja ya, ada lagi 253 menu pilihan dan 30 menu Super Baloi untuk anda cuba 😋

Tunggu apa lagi, dapatkan pengalaman makan yang menyeronokkan dengan harga berbaloi. Jom ajak keluarga & rakan-rakan ke MAHA 2026 ini ‼️

Kita jumpa nanti okay!! 🥳

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓BESUT, 15 Ogos 202...
15/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓

BESUT, 15 Ogos 2026 – YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), mengadakan lawatan kerja ke Kilang Pemprosesan Buah-buahan Segar ke Pusat Operasi FAMA Daerah Besut dan Pejabat FAMA Daerah Besut.

Sempena lawatan kerja ini telah diadakan sesi taklimat oleh YBrs. En. Muhamad Fadlee bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu berkaitan hasil pengeluaran durian serta aliran kerja pemprosesan buah durian yang telah dilaksanakan oleh Pusat Operasi FAMA Daerah Besut dalam menangani lebihan bekalan durian.

FAMA Negeri Terengganu komited untuk terus memperkukuh peranan dalam memperkasakan rantaian pemasaran hasil pertanian serta membantu meningkatkan peluang pasaran kepada pengeluar dan usahawan agromakanan tempatan.

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐄𝐌𝐏𝐈𝐑𝐄 @ 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟏𝟎𝟎𝟏 𝐌𝐄𝐍𝐔, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈!Bersedia untuk pengalaman kulinari yang lebih luar biasa di FOOD EMP...
15/08/2026

𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐄𝐌𝐏𝐈𝐑𝐄 @ 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟏𝟎𝟎𝟏 𝐌𝐄𝐍𝐔, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈!

Bersedia untuk pengalaman kulinari yang lebih luar biasa di
FOOD EMPIRE @ MAHA 2026! 🤩

Dengan 1001 menu untuk diterokai, Food Empire menghimpunkan pelbagai sajian menarik dalam beberapa kategori utama:

🏆 BEST OF THE BEST
Nikmati pilihan menu terbaik dan sajian signature negeri yang menjadi tarikan utama Food Empire.

🍜 MAKANAN POPULAR
Himpunan makanan kegemaran ramai yang dekat dengan selera rakyat Malaysia — daripada makanan tradisional hinggalah sajian moden yang tengah popular!

🌎 MENU ANTARABANGSA
Jelajah dunia melalui rasa! Pelbagai hidangan antarabangsa dibawakan untuk anda menikmati cita rasa dari pelbagai negara tanpa perlu terbang jauh.

🥤MINUMAN
Segarkan tekak dengan pelbagai pilihan minuman menarik yang sesuai dinikmati bersama hidangan pilihan anda.

🍰DESSERT
Lengkapkan pengalaman Food Empire dengan aneka pencuci mulut yang menggoda selera — manis, kreatif dan pastinya ‘Instagrammable’! 😍

🏪 FRANCAIS
Kenali dan nikmati menu francais yang menawarkan pilihan serta makanan yang menarik.

✨ 1001 MENU. PELBAGAI CITA RASA. SATU FOOD EMPIRE!

Daripada makanan tempatan hingga menu antarabangsa, makanan popular, minuman, dessert dan francais — semuanya ada di FOOD EMPIRE @ MAHA 2026!

📍 MAEPS, Serdang
📅 28 Ogos 2026 - 9 September 2026
⏱️ 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Jangan hanya dengar cerita! Jemput semua orang ramai hadir, bawa keluarga dan rakan-rakan, dan sama-sama meriahkan FOOD EMPIRE @ MAHA 2026! 🎉🍴

Jumpa anda di Food Empire !

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









15/08/2026

🍴🔥 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐄𝐌𝐏𝐈𝐑𝐄 @ 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟏𝟎𝟎𝟏 𝐌𝐄𝐍𝐔, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈! 🤩

Bersedia untuk pengalaman kulinari yang lebih meriah di Food Empire @ MAHA 2026!

🍽️ 1001 MENU untuk diterokai, daripada pelbagai cita rasa tempatan hingga antarabangsa!

🏆 Best of the Best
🍜 Makanan Popular
🌎 Menu Antarabangsa
🥤 Minuman
🍰 Dessert
🏪 Francais

Satu destinasi dengan pelbagai pilihan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. 😋

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS, Serdang

✨ 1001 Menu. Pelbagai Cita Rasa. Satu Food Empire!

Jangan hanya dengar cerita — datang sendiri, terokai dan nikmati Food Empire @ MAHA 2026! 🎉

🔥 MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi!

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









16 usahawan Perlis ke MAHA 2026, sasar nilai jualan RM550,000
15/08/2026

16 usahawan Perlis ke MAHA 2026, sasar nilai jualan RM550,000

KANGAR, 15 Ogos — Seramai 16 usahawan berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Perlis ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga…

Address

Lot 17304 Jalan Persiaran 1 Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share