01/06/2026
โ๐๐ข๐ฃ๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐๐ง - ๐ฅ๐จ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐
โ๐๐๐ฉ๐ ๐๐ค๐ฃ๐๐จ๐, ๐๐๐ฉ๐ ๐ฟ๐๐ฃ๐๐๐ง, ๐๐๐ฉ๐ ๐
๐๐๐.โ
๐Perkarangan Gua Damai Xtreme Park
๐ 29 Mei 2026 | Jumaat
Nak cari tempat lepak santai? Nak sembang, meluah, berkongsi cerita atau sekadar nak โhealingโ lepas seminggu penat kerja, belajar & hadap hidup?
Jom turun ke Sesi BBQ Santai & Kopi Curhat di Perkarangan Gua Damai Xtreme Park!
Ini bukan program formalโฆ ini ruang santai untuk semua. Datang je macam biasa โ sambil mengopi โ, makan BBQ ๐, layan buskers ๐ถ dan borak tanpa protokol.
Tak kisah anda anak muda, abang kawasan, pakcik rider, student, pekerja, pencari idea atau yang sekadar nak dengar orang lain berkongsi cerita โ semua dialu-alukan.
๐ค Konsep Mic On โ Curhat Santai
Nak luahkan pandangan? Nak kongsi pengalaman? Nak cerita pasal cabaran hidup, kerja, keluarga, persahabatan atau masa depan?
Mic terbuka untuk semua. Kita sembang, kita dengar, kita faham.
Tidak ketinggalan, Tuan Faizal Ismail & Tuan Rahim Kasdi turut turun padang bersama anak-anak muda โ berkongsi cerita zaman muda mereka, bertukar pandangan dan cuba memahami realiti generasi hari ini khususnya Gen Z.
Dalam masa yang sama, sesi ini juga menjadi ruang untuk memperkenalkan Kafe Damai, port santai yang terletak di kawasan Gua Damai Xtreme Park.
Program ini merupakan inisiatif NGO GEGAR bersama Pejabat Parlimen Gombak bagi mewujudkan ruang komuniti yang lebih santai, dekat dan terbuka.
Kalau sambutan padu, insya-Allah sesi ni akan diteruskan setiap Jumaat malam Sabtu.
Jadiโฆ
Jangan simpan sorang-sorang. Datang lepak. Datang curhat.
โ Kita Kongsi.
๐๏ธ Kita Dengar.
๐ค Kita Jaga.