Azhar Hadi Bookcafe

Azhar Hadi Bookcafe Menjual buku-buku ilmiah dan bahan bacaan secara atas talian

Tajuk:MikhailISBN:   978-967-446-414-1Penerbit: Buku Prima    Penulis: Ramlee Awang Murshid  Tahun Terbitan: 2022Muka Su...
03/10/2023

Tajuk:Mikhail
ISBN: 978-967-446-414-1
Penerbit: Buku Prima
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat:494
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.385kg
Dimensi (cm): 11cm x 18cm x 3.5cm

SINOPSIS

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail s**ar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail p**a adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh aksi mendebarkan.

HARGA : RM 30.00
https://wa.me/c/60102806099

Tajuk: MandatoriISBN: 978-967-446-419-6Penerbit: buku primaPenulis: Ramlee Awang MurshidTahun Terbitan: 2021Muka Surat: ...
03/10/2023

Tajuk: Mandatori
ISBN: 978-967-446-419-6
Penerbit: buku prima
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 505
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.405kg
Dimensi (cm): 2.5cm x 11.5cm x 18.5cm

SINOPSIS
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

HARGA : RM 23.00
https://wa.me/c/60102806099

Tajuk: Rayyan FantasiISBN:   978-967-128-778-1Penerbit: Buku Prima    Penulis: Ramlee Awang Murshid  Tahun Terbitan: 202...
03/10/2023

Tajuk: Rayyan Fantasi
ISBN: 978-967-128-778-1
Penerbit: Buku Prima
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat:494
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.420kg
Dimensi (cm): 11cm x 18cm x 553cm

SINOPSIS

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin s**a bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta p**a adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

HARGA : RM 32.00
https://wa.me/c/60102806099

Tajuk: MagisISBN: 978-967-446-416-5Penerbit: buku primaPenulis: Ramlee Awang MurshidTahun Terbitan: 2020Muka Surat: 512H...
03/10/2023

Tajuk: Magis
ISBN: 978-967-446-416-5
Penerbit: buku prima
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 512
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.395kg
Dimensi (cm): 3.5cm x 11.5cm x 18.5cm

SINOPSIS
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail p**a bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

HARGA : RM 30.00

Tajuk: AdamISBN:9789674464202Penerbit: KarangkrafTahun Terbitan: 2019Muka Surat: 569Halaman: Hitam PutihFormat: Softcove...
03/10/2023

Tajuk: Adam
ISBN:9789674464202
Penerbit: Karangkraf
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 569
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.450
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 2.6cm

Sinopsis



DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia.

Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman p**a dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C.

Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pas**an Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya.

Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

HARGA : RM 25.00

Tajuk: Pegangan Akidah ‘Abd Allah bin al-MubarakISBN:9789672910190Penerbit: Karya P*SPenulis: Shaykh al-Islam ‘Abd Allah...
03/10/2023

Tajuk: Pegangan Akidah ‘Abd Allah bin al-Mubarak
ISBN:9789672910190
Penerbit: Karya P*S
Penulis: Shaykh al-Islam ‘Abd Allah bin al-Mubarak
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 40
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.070
Dimensi (cm): 21.5 x 14 x 0.5

SINOPSIS



Shaykh al-Islām Abū ʿAbd al-Raḥmān ʿAbd Allāh ibn al-Mubārak merupakan seorang ulama prolifik yang tak asing bagi penuntut ilmu agama. Jasa dan sumbangan beliau dalam agama Islām tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Umat Islām sememangnya terhutang budi dengan beliau dalam segenap bidang ilmu, sama ada dalam bidang ilmu hadis, ilmu fiqah, ilmu tafsir, ilmu bahasa Arab dan banyak lagi.

Dengan kaliber beliau yang sebegitu hebat, amat mustahil sekiranya beliau tidak menyumbang apa-apa dalam bidang ilmu akidah, kerana ilmu akidah merupakan teras bagi agama yang mulia ini. Oleh itu, segala puji bagi Allāh, pihak Karya P*S telah berjaya menerbitkan terjemahan bagi dua risalah akidah yang dikarang oleh Shaykh al-Islām ibn al-Mubārak. Tajuk risalah pertama ialah; Mujmal Iʿtiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah (Kesimp**an akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah), manakala tajuk risalah kedua ialah: Qaṣīdah fī al-Sunnah (Rangkap puisi berkenaan akidah Ahl al-Sunnah). Semoga Allāh menjadikan risalah ini bermanfaat untuk umat Islām di Malaysia.

Terjemahan ini bersumberkan daripada teks yang telah ditahkik dah disemak oleh Shaykh ʿĀdil Ālu Ḥamdān. Beliau telah mengkaji ratusan malah ribuan manuskrip, menaipnya kembali serta menerbitkannya dengan cetakan moden. Antara hasil kajian beliau adalah himpunan risalah akidah para ulama salaf yang beliau himpunkan dalam sebuah kitab yang beliau berikan judul: al-Jāmiʿ fī ʿAqāʾid wa al-Rasāʾil Ahl al-Sunnah wa al-Athar (Himpunan risalah akidah Ahli Sunnah dan Athar).

Dihimpunkan risalah-risalah akidah daripada 60 tokoh ulama Ahli Sunnah dan salah satunya adalah Shaykh al-Islām ʿAbd Allāh bin al-Mubārak. Semoga Allāh mengganjari usaha baik Shaykh ʿĀdil dalam memperkenalkan kepada umat Islām akidah para ulama salaf terdahulu.

HARGA : RM 10.00

Tajuk: Ibn Al-Mubarak: Idola yang Paling DicemburuiISBN:9789672910183Penerbit: Karya P*SPenulis: Dr. Kamilin JamilinTahu...
03/10/2023

Tajuk: Ibn Al-Mubarak: Idola yang Paling Dicemburui
ISBN:9789672910183
Penerbit: Karya P*S
Penulis: Dr. Kamilin Jamilin
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 318
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.420
Dimensi (cm): 21.5 x 14 x 1.7

SINOPSIS

Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.

Dalam bab keimanan, beliau mengajar kita hakikat keikhlasan dan kegerunan terhadap Allah.

Dalam bab ilmu, beliau menguasai pelbagai cabang disiplin ilmu sehingga digelar “ensiklopedia” dan diiktiraf sebagai tokoh ilmuwan timur dan barat pada zamannya.

Dalam bab harta, beliau seorang tokoh perniagaan yang sangat berjaya yang kaya-raya.

Dalam bab memberi, beliaulah individu paling dermawan yang pernah kita kenali.

Dalam bab zuhud, bab beramal, berdakwah, akhlak, sebut sahaja apa bab kebaikan, pasti lelaki yang diberkati ini sudah pantas berada di sana!

Antara kandungan buku ini termasuklah mengenai peribadi dirinya, keturunannya, tarikh lahirnya, proses perkembangannya, akidahnya, keluarganya, kehidupan ilmiahnya, manhaj hadisnya, karya-karyanya, keikhlasannya, zuhudnya, waraknya, tawaduknya, kemurahan hatinya, ibadahnya, jihadnya, dakwahnya, akhlak peribadinya, ketinggian kedudukannya dan kewafatannya.

Penulis, Dr. Kamilin Jamilin merupakan penulis buku bestseller sepanjang zaman Karya P*S, Muhammad SAW: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan yang telah terjual lebih 50,000 naskah, selain buku Ibu Ayah Andaiku Menangis Air Mata Darah yang terjual lebih 10,000 naskah.. Buku-buku beliau diminati ramai atas gaya penulisan ilmiah tetapi santai, mudah dibaca dan difahami, tetapi dalam masa yang sama sangat informatif dan menitikberatkan sumber rujukan yang asli untuk setiap fakta dan ilmu yang dinukilkan di dalam penulisan beliau.

HARGA : RM 42.00

Tajuk: Nabi ﷺ Juga Disakiti Manusia: Memaknakan Konflik Dalam Perhubungan Melalui Sirah NabiISBN: 9789672459880Penerbit:...
03/10/2023

Tajuk: Nabi ﷺ Juga Disakiti Manusia: Memaknakan Konflik Dalam Perhubungan Melalui Sirah Nabi
ISBN: 9789672459880
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Khubaib Akhi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 250m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: SoftCover
Berat (kg):0.300kg
Dimensi (cm): 20.5 cm x 14.5 cm x 2 cm


SINOPSIS

“Aku rasa dekat dengan Tuhan, tapi entah kenapa jauh daripada manusia.”
“Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya,aku juga yang terluka.”

Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi–baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid,mahupun majikan dengan pekerja.

Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang.

Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja?

Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW; supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah dihujungnya, kita tetap dalam teduhan takwa kepada Ilahi.

HARGA : RM 35.00

Tajuk: ‘Umar al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai PedangISBN: 9789670037158Penerbit: Inisiatif Buku Darul EhsanPenulis: Abb...
02/10/2023

Tajuk: ‘Umar al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai Pedang
ISBN: 9789670037158
Penerbit: Inisiatif Buku Darul Ehsan
Penulis: Abbas Mahmud al-‘Aqqad
Penterjemah: Marwan Bukhari
Penyunting: Mohamad Hilmi Marjunit
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 304m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.575kg
Dimensi (cm): 23cm x 15cm x 3cm

SINOPSIS

‘Umar al-Khattab dikenali sebagai Al-Faruq, sang khalifah, penempur hebat dan seorang yang tegas. Hayatnya diabdikan demi kebenaran agama Islam. Namun sisi lain Umar yang jarang ditonjolkan adalah kebijaksanaannya sebagai pemimpin, hubungan rumahtangga dan sebagai penikmat kata-kata indah. Buku ini menyingkap sisi lembut dalam kerasnya dan sifat teliti dan tegasnya lewat maklumat-maklumat sejarah yang diadun dengan cukup rapi oleh Abbas Mahmud al-Aqqad.

HARGA : RM 70.00

Tajuk: Jin & Syaitan : Penciptaan dan Kisah Mereka ISBN: 9789672910275Penerbit: P*SPenulis: Imam Abu Al-Fida Isma'il Ibn...
02/10/2023

Tajuk: Jin & Syaitan : Penciptaan dan Kisah Mereka
ISBN: 9789672910275
Penerbit: P*S
Penulis: Imam Abu Al-Fida Isma'il Ibn kathir Al-Dimashqi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 130
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.250kg
Dimensi (cm): 0.8 cm x 14 cm x 21 cm

SINOPSIS

Sabda Nabi S.A.W: Syaitan sudah putus asa untuk menjadikan orang yang solat menyembah dia, namun dia masih aktif dalam menaburkan benih perselisihan antara mereka.

HARGA : RM 25.00

Tajuk: Ajaklah DiaISBN: 978-629-7556-47-5Penerbit: Galeri IlmuPenulis: Khairul anuar Basri & Muhd kamil IbrahimTahun Ter...
02/10/2023

Tajuk: Ajaklah Dia
ISBN: 978-629-7556-47-5
Penerbit: Galeri Ilmu
Penulis: Khairul anuar Basri & Muhd kamil Ibrahim
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 205
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.350kg
Dimensi (cm): 1 cm x 14 cm x 21 cm

SINOPSIS

Dunia dipenuhi dengan situasi ajak-mengajak. Tujuan utam agar kita menuju dan berakhir dengan titik kebaikan. Namun ada ajakan membinasakan. Sengaja mereka buat begitu supaya tidak keseorangan dalam melakukan kejahatan. Insya-Allah ajakan kebaikan akan membunuh ajakan kejahatan. Lalu mengajak untuk kebaikan, ada seninya. Ada secara terus dan indahnya secara halus.

HARGA : RM 30.00

Tajuk: Fatwa Tentang Golongan Wahdatul WujudISBN: 9789672910268Penerbit: P*SPenulis: Al-'A'llamah 'Abd Allah Bin 'Umar B...
02/10/2023

Tajuk: Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud
ISBN: 9789672910268
Penerbit: P*S
Penulis: Al-'A'llamah 'Abd Allah Bin 'Umar Ba-Makhramah Al-Shafi'i
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 68
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.185kg
Dimensi (cm): 0.5 cm x 14 cm x 21 cm

SINOPSIS

Fatwa oleh seorang ulama besar, terkemuka Mazhab Al-Shafi'i berkenaan fahaman Wahdatul Wujud (Allah adalah Aku, Aku adalah Allah) yang telah mencemarkan nama baik jalan kesufian.

HARGA : RM 15.00

Address

PTS Bookcafe Sdn Bhd, 3A-01, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Telephone

+60102806099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azhar Hadi Bookcafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Azhar Hadi Bookcafe:

Share

Category