EZ Qurban

EZ Qurban EZ Qurban Sdn Bhd
200701010007 (768010-D)

Satu-satunya Perkhidmatan Korban dan Akikah yang Diiktiraf Patuh Syariah MS1900:2014 😎
(723)

Lokasi Kaunter EZ Qurban:

HQ: Batu Caves Centerpoint, Selangor. Johor: Tingkat 5, Plaza Angsana Johor Bahru. Terengganu: Wisma KOGURU, Kuala Terengganu.

15/05/2026

Betapa banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan, tetapi kita lupakan?

14/05/2026

Siapa sebenarnya yang paling mendapat manfaat daripada ibadah Korban ini?

Zulhijjah Tinggal Beberapa Hari Sahaja Lagi✨ Dah Bersedia Untuk Ibadah Korban?Apakah pengertian sebenar ibadah Korban?Ib...
14/05/2026

Zulhijjah Tinggal Beberapa Hari Sahaja Lagi✨
Dah Bersedia Untuk Ibadah Korban?

Apakah pengertian sebenar ibadah Korban?
Ibadah Korban merupakan antara syiar besar dalam Islam yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah al-Kawthar: 2)

Imam Ibn Kathir Rahimahullah menjelaskan bahawa ayat ini menunjukkan perintah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah solat dan juga penyembelihan Korban.

Dalam Mazhab Syafi‘i, ibadah Korban ditakrifkan sebagai penyembelihan haiwan ternakan tertentu seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada waktu yang ditetapkan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia dilaksanakan bermula 10 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari-hari Tasyrik pada 13 Zulhijjah.

Sebab itu, niat menjadi perkara penting dalam pelaksanaan ibadah ini kerana setiap amalan dinilai berdasarkan niatnya. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam Islam, niat tidak semestinya dilafazkan dengan lisan kerana tempat niat ialah di dalam hati. Melafazkan niat hanyalah sebagai bantuan untuk menghadirkan niat dan memantapkan hati lebih fokus terhadap ibadah yang dilakukan.

Bagi mereka yang mewakilkan syarikat atau pihak tertentu untuk melaksanakan Korban, memadai berniat di dalam hati ketika membuat penyertaan atau sewaktu akad pembayaran bahawa ibadah Korban itu dilakukan kerana Allah SWT.

Antara lafaz niat Korban yang sering dibaca ialah:
“Nawaitu an udhahhiya lillahi ta‘ala”
(Sahaja aku melakukan Korban kerana Allah Ta‘ala)

Akhirnya, ibadah Korban hanya hadir sekali dalam setahun. Jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah yang besar ganjarannya ini apabila Allah SWT telah mengurniakan kemampuan dan kelapangan kepada kita.

Mengapa ibadah Korban sering dikaitkan dengan pengorbanan hati, melebihi dari pengorbanan harta?Jom ikuti perkongsian be...
14/05/2026

Mengapa ibadah Korban sering dikaitkan dengan pengorbanan hati, melebihi dari pengorbanan harta?

Jom ikuti perkongsian bersama Ustaz Azhar Dato’ Ab Shukur dalam program Borak SeeNI di Astro Prima yang akan membincangkan tentang penghayatan dan hikmah di sebalik ibadah Korban dalam kehidupan masyarakat hari ini.

📺 Astro Prima - Borak SeeNI
📅 Khamis | 14 Mei 2026
⏰ 11.30 pagi

Bagaimana satu ibadah mampu mengandungi begitu banyak nilai tentang keikhlasan, kesyukuran, pengorbanan dan hubungan ses...
13/05/2026

Bagaimana satu ibadah mampu mengandungi begitu banyak nilai tentang keikhlasan, kesyukuran, pengorbanan dan hubungan sesama manusia?

Ikuti perkongsian bersama Muhammad Abu Sufyan (PU Abu) dalam siaran radio Zayan yang akan menyentuh tentang penghayatan ibadah Korban dalam kehidupan masyarakat hari ini.

📻 Zayan FM
📅 Khamis | 14 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi

13/05/2026

Dalam sekelip mata, mereka melihat dia sebagai pesalah.
Tetapi ada kisah yang membuatkan pengorbanannya 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙞𝙖.

Nantikan 17 Mei ini.

Kenapa ibadah Korban merupakan antara ibadah yang paling dicintai Allah SWT apabila tibanya Hari Raya Aidiladha?Ikuti pe...
13/05/2026

Kenapa ibadah Korban merupakan antara ibadah yang paling dicintai Allah SWT apabila tibanya Hari Raya Aidiladha?

Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azhar Dato’ Ab Shukur bersama Muhammad Abu Sufyan (PU Abu) dalam siaran IKIM FM yang akan menyentuh tentang nilai dan penghayatan ibadah Korban dari sudut yang lebih dekat dengan kehidupan kita hari ini.

📻 IKIM FM
📅 Rabu | 13 Mei 2026
⏰ 6.15 petang

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka ruang untuk kita lebih memahami hikmah di sebalik ibadah yang agung ini, insyaAllah.

Kita sedang menghampiri 10 hari terbaik dalam setahun ✨Rasulullah SAW bersabda:“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh pa...
13/05/2026

Kita sedang menghampiri 10 hari terbaik dalam setahun ✨

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini.” (Riwayat al-Bukhari)

Para ulama menghuraikan bahawa hadis ini merujuk kepada 10 hari terawal Zulhijjah, iaitu hari-hari yang sangat besar kelebihannya di sisi Allah SWT sehingga amalan yang dilakukan padanya lebih dicintai oleh-Nya.

Sebab itu bulan Zulhijjah menjadi peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang hari-hari ini ialah:

1. Menjaga adab (disunatkan) peserta Korban dengan tidak memotong rambut dan kuku
2. Berpuasa sunat khususnya pada hari Arafah
3. Memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid dan tahlil
4. Bersedekah serta membantu mereka yang memerlukan
5. Membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa
6. Melaksanakan ibadah Korban dengan penuh keikhlasan

Semoga Zulhijjah tahun ini menjadi peluang untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak melepaskan keberkatan yang hadir hanya sekali dalam setahun.

Jom simpan tarikh-tarikh penting ini sebagai rujukan bersama!

Bagaimana memahami hikmah dan penghayatan di sebalik ibadah Korban yang dilaksanakan dapat membentuk rasa syukur, ketaat...
12/05/2026

Bagaimana memahami hikmah dan penghayatan di sebalik ibadah Korban yang dilaksanakan dapat membentuk rasa syukur, ketaatan dan keikhlasan dalam diri kita sebagai seorang Muslim?

Jom luangkan sedikit masa mengikuti perkongsian bersama Ustaz Mohd Amirul dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah yang akan membincangkan tentang kefahaman serta penghayatan ibadah Korban dalam kehidupan kita.

📅 Rabu | 13 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka ruang untuk kita lebih menghargai ibadah yang agung ini, insyaAllah.

12/05/2026

Sedarlah, masih ramai yang sedang berjuang dengan keadaan yang jauh lebih sukar di luar sana.
Bersyukurlah atas segala rezeki dan kenikmatan yang diberi.

Address

NO 79, Jalan 3, BATU CAVES CENTREPOINT
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+60361861911

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EZ Qurban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to EZ Qurban:

Share

Category