DACS Selangor

DACS Selangor Kami adalah Jabatan Seni, Budaya & Sukan di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.Motto kami "Duta Anak Muda".

Dirgahayu TuankuDACS Selangor
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku

DACS Selangor

Sekitar Program Tayangan Big Screen Manchester United vs Liverpool yg berlangsung di RekaScape Cyberjaya
03/05/2026

Sekitar Program Tayangan Big Screen Manchester United vs Liverpool yg berlangsung di RekaScape Cyberjaya

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN Manchester United πŸ†š Liverpool ⚽Jom meriahkan malam penuh debaran dengan menyaksikan perlawanan pan...
01/05/2026

⚽ TAYANGAN BIG SCREEN Manchester United πŸ†š Liverpool ⚽

Jom meriahkan malam penuh debaran dengan menyaksikan perlawanan panas antara dua musuh tradisi dunia bola sepak, Manchester United menentang Liverpool secara BIG SCREEN!

πŸ“… 03 Mei 2026 (Ahad)
πŸ•₯ 10.30 malam
πŸ“ Reka Scape, Cyberjaya

✨ Aktiviti menarik menanti anda:
πŸ’« Peraduan Teka Skor
🎀 Kuiz Bola Sepak
🎁 Cabutan Bertuah
🀝 Santai bersama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (Die Hard Fan Liverpool)

Tak kira anda penyokong MU atau Liverpool, yang penting kita hadir dalam suasana santai, meriah dan penuh ukhuwah ❀️

Jumpa di sana nanti!

✨ SALAM AIDILFITRI 1447H ✨Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, DACS Selangor ingin mengucapkan:πŸŒ™ Selamat Hari Raya A...
20/03/2026

✨ SALAM AIDILFITRI 1447H ✨

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, DACS Selangor ingin mengucapkan:

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri
🀲 Maaf Zahir & Batin

Setelah sebulan kita mendidik jiwa dalam madrasah Ramadan, tibalah hari kemenangan untuk diraikan bersama insan tersayang. Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi simbol kembali kepada fitrah, menyucikan hati, dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

πŸ’› Buang yang keruh, ambil yang jernih
πŸ’› Eratkan kembali hubungan yang mungkin terjarak
πŸ’› Suburkan kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT, dan semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan serta keberkatan buat semua.

πŸŽ‰ Raikan dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan keinsafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada:
DACS Selangor

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran πŸŒ™  Pada malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung tur...
06/03/2026

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran πŸŒ™

Pada malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan.

✨ Jadikan Al-Quran sebagai panduan, cahaya dan sumber kekuatan dalam menempuh cabaran dunia.

β€œAl-Quran di hati, ummah diberkati.”

Salam Nuzul Al-Quran 1447H / 2026M
Daripada DACS Selangor

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan 1447H πŸŒ™Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan β€” bul...
18/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan 1447H πŸŒ™

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan β€” bulan tarbiah, bulan keampunan dan bulan memperbaharui jiwa.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan membina disiplin, memperkukuh iman serta menyemai kasih sayang sesama insan. Inilah saat terbaik untuk memperbanyakkan amal, memperindah akhlak dan mempererat ukhuwah dalam masyarakat.

Semoga Ramadan kali ini membawa sinar baharu dalam kehidupan, melapangkan rezeki, menguatkan kesabaran dan mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT.

✨ Jadikan Ramadan sebagai titik mula perubahan.
✨ Perbanyakkan doa, sedekah dan ibadah.
✨ Sebarkan kebaikan, semai kebersamaan.

Ikhlas daripada,
DACS Selangor




ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM BOWLING SANTAI PIALA KP DPPNS 2026 🎳Program Bowling Santai Piala KP DPPNS anjuran D...
18/02/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM BOWLING SANTAI PIALA KP DPPNS 2026 🎳

Program Bowling Santai Piala KP DPPNS anjuran DACS Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada:

πŸ“… 15 Februari 2026 (Ahad)
πŸ“ Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Shopping Mall

Program ini bukan sekadar acara sukan santai, bahkan menjadi medan memperkukuh ukhwah, menyatukan saf kepimpinan serta merapatkan hubungan antara kawasan-kawasan di seluruh Selangor.

Setiap kawasan telah menghantar wakil penyertaan sebagaimana yang ditetapkan. Kehadiran dan komitmen para peserta jelas mencerminkan semangat kebersamaan dan kesungguhan dalam membina jaringan yang lebih erat.

Suasana berlangsung dalam keadaan yang cukup meriah, harmoni dan penuh semangat kesukanan. Gelak tawa, sorakan sokongan serta semangat berpasukan mewarnai keseluruhan program, menjadikannya satu kenangan manis buat semua yang hadir.

DACS Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas penyertaan serta komitmen semua pihak yang menjayakan program ini.

Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuh dan menjadi asas kekuatan gerak kerja pada masa akan datang.

Sukan menyatu, ukhuwah diperkasa.

18/02/2026
🏍️ KONVOI BERMOTOSIKAL SOLIDARITI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡ΈAlhamdulillah, Konvoi Bermotosikal Solidariti Palestin telah berjaya dilaks...
01/02/2026

🏍️ KONVOI BERMOTOSIKAL SOLIDARITI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ

Alhamdulillah, Konvoi Bermotosikal Solidariti Palestin telah berjaya dilaksanakan bersempena Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Selangor, bertempat di Masjid Bukit Kapar, Kapar.

Program yang bermula sekitar jam 5.30 petang ini menghimpunkan para peserta daripada pelbagai latar belakang dengan satu tujuan bersama β€” menyatakan solidariti, kesedaran dan sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin, khususnya isu pembebasan Al-Quds dan Gaza.

Deruman enjin bukan sekadar simbol pergerakan, malah menjadi suara kebersamaan umat yang menolak kezaliman serta menegaskan komitmen terhadap nilai keadilan dan kemanusiaan sejagat.

⚽ FRIENDLY BOLASEPAK DACS FC vs KG DELEK FC ⚽Alhamdulillah, satu perlawanan persahabatan bolasepak telah berlangsung mel...
01/02/2026

⚽ FRIENDLY BOLASEPAK DACS FC vs KG DELEK FC ⚽

Alhamdulillah, satu perlawanan persahabatan bolasepak telah berlangsung melibatkan DACS FC menentang KG Delek FC, bersempena Program Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Selangor yang diadakan di Kapar.

Perlawanan ini bukan sekadar aksi di atas padang, malah menjadi medan menyemarakkan semangat solidariti terhadap Palestin, di samping mengeratkan ukhuwah antara anak-anak muda dan komuniti setempat melalui sukan.

Semangat kesukanan, kebersamaan dan mesej perjuangan Al-Quds jelas terpancar sepanjang perlawanan ini. Semoga usaha kecil ini terus menyumbang kepada kesedaran dan sokongan berterusan terhadap isu umat Islam sejagat.

Address

No 85, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category