14/05/2026
Bahagian Pasaran Antarabangsa FAMA telah melaksanakan penghantaran percubaan produk-produk agromakanan tempatan ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Accra, Ghana.
Penghantaran ini bertujuan untuk menyokong pelbagai acara rasmi anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta program promosi produk Malaysia di Ghana sepanjang tahun 2026. Inisiatif ini juga dilihat mampu memperkenalkan produk tempatan khususnya ke pasaran Afrika di samping membuka peluang untuk mendapatkan bakal pengimport yang berpotensi.
Sebagai langkah permulaan, sebanyak 35 SKU produk tempatan yang berpotensi tinggi untuk menembusi pasaran Ghana telah berjaya dihantar ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Accra, Ghana.
FAMA Malaysia