10/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Puan Sarojinee Murugiah atas pelantikan sebagai AJK Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat sesi 2026/2027.
Pelantikan ini sememangnya layak buat beliau atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan kepada PAS di peringkat kawasan, negeri dan pusat.
Beliau aktif mendekati masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan pendekatan yang mesra, harmoni dan penuh diplomasi.
Usaha beliau melalui DHPP juga berjaya menarik sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS, di samping membantu mendaftarkan ramai ahli baharu.
Kehadiran beliau menjadi jambatan yang merapatkan hubungan masyarakat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti majmuk.
Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam memikul amanah serta terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan perjuangan.