Zaidy Abdul Talib

Call Directions

Zaidy Abdul Talib Page Rasmi Haji Zaidy Abdul Talib

04/09/2026

🔴((LIVE)) CERAMAH PERDANA JUBLI INTAN 75 TAHUN PAS

📅 4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H | Jumaat
⏰ 9.30 Petang
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.
👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW

02/09/2026

SUDAHKAH ANDA BERSELAWAT HARI INI?

Pagi tadi, dalam kesibukan mengejar urusan dunia, tiba-tiba terdetik satu soalan dalam hati…

“Sudahkah aku berselawat kepada Nabi Muhammad hari ini?”

Kadang-kadang kita begitu mudah mengingati banyak perkara. Kerja, keluarga, telefon, media sosial, berita dan urusan harian. Tetapi ada satu amalan yang sangat ringan di lidah, namun begitu besar nilainya di sisi Allah SWT…

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.”

(Surah al-Ahzab: 56)

Rasulullah juga bersabda bahawa sesiapa yang berselawat kepada Baginda sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.

Bayangkan…

Kita hanya menyebut:

اللهم صل على محمد

Tetapi Allah SWT membalas dengan 10 rahmat kepada kita.

Sebab itu selawat jangan hanya menunggu hari Jumaat atau ketika sambutan Maulidur Rasul.

Jadikan ia amalan harian.

Ketika memandu, berselawat.
Ketika berjalan, berselawat.
Selesai solat, berselawat.
Ketika hati resah, berselawat.
Ketika teringat Rasulullah, berselawat.

Bukan kerana kita tidak mempunyai perkara lain untuk dilakukan…

Tetapi kerana kita terlalu banyak memerlukan rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Selawat juga menjadi tanda cinta kita kepada Rasulullah. Semakin kita mencintai Baginda, semakin banyak kita menyebut nama Baginda dan semakin kuat keinginan kita untuk mengikuti sunnah Baginda.

Jadi, sudahkah anda berselawat hari ini?

Kalau belum, jangan tunggu lagi.

Mari kita mulakan sekarang.

Semoga lidah kita sentiasa basah dengan selawat, hati kita dekat dengan Rasulullah, dan kita dikumpulkan bersama Baginda di syurga Allah SWT kelak.

Jom berselawat sekurang-kurangnya 10 kali hari ini.
10 kali pagi.
10 kali petang.
10 kali sebelum tidur.

Sedikit pada lidah, besar nilainya di sisi Allah.



Semangat Kemerdekaan: Malaysia Tanah Air KitaSetiap kali tiba bulan kemerdekaan, hati saya kembali menghayati betapa ber...
31/08/2026

Semangat Kemerdekaan: Malaysia Tanah Air Kita

Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, hati saya kembali menghayati betapa bertuahnya kita dilahirkan dan hidup di bumi Malaysia.

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dapat hidup bersama masyarakat di Selayang, sebuah kawasan yang cukup unik dengan kepelbagaian latar belakang, budaya dan kehidupan masyarakatnya. Walaupun berbeza, kita masih mampu duduk bersama, berkongsi cerita, bergotong-royong dan meraikan kemerdekaan sebagai satu keluarga besar.

Daripada mengibarkan Jalur Gemilang, mengagihkan bendera kepada masyarakat, hinggalah turun bersama sahabat-sahabat, semuanya mengingatkan saya bahawa kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah yang perlu kita teruskan.

Kita jangan pernah lupa jasa dan pengorbanan para pahlawan serta pejuang negara terdahulu. Mereka berkorban tenaga, masa, harta bahkan nyawa agar generasi hari ini dapat menikmati kehidupan yang aman dan bebas.

Kini, giliran kita p**a untuk mempertahankan kemerdekaan ini dengan cara kita.

Anak-anak muda adalah benteng masa depan negara. Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu, akhlak, jati diri dan semangat cintakan tanah air agar Malaysia terus teguh menghadapi cabaran zaman.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera. Semoga perbezaan tidak menjadi sebab untuk kita berpecah, tetapi menjadi kekuatan untuk kita saling melengkapi.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾

Malaysia Tanah Airku.
Selayang Tanah Tumpah Darahku.




🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Alhamdulillah, 69 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan. Kemerdekaan buk...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Alhamdulillah, 69 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk kita pertahankan dengan iman, ilmu, akhlak dan perpaduan.

Sebagai umat Islam, marilah kita mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran yang Allah SWT kurniakan kepada Malaysia. Gunakan kebebasan yang ada untuk melakukan kebaikan, menegakkan keadilan dan membina masyarakat yang lebih sejahtera.

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila hati dan kehidupan kita tunduk kepada Allah SWT.

Semoga Malaysia terus menjadi negara yang aman, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

“Ya Allah, peliharalah Malaysia, satukan hati rakyatnya dan kurniakanlah kami keamanan serta keberkatan.”

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Pagi ini saya diberi peluang untuk membuat pelepasan Konvoi Motosikal Kejiranan ke Pulau Pangkor, melibatkan sahabat-sah...
29/08/2026

Pagi ini saya diberi peluang untuk membuat pelepasan Konvoi Motosikal Kejiranan ke Pulau Pangkor, melibatkan sahabat-sahabat dari Kejiranan Jalan 12/6 dan Blok 16, Bandar Tasik Puteri.

Seronok tengok semangat kejiranan dan ukhuwah yang terjalin. Bukan sekadar konvoi, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan membina komuniti yang lebih dekat.

Saya doakan perjalanan semua dipermudahkan, selamat pergi dan selamat kembali. Semoga konvoi ke Pulau Pangkor kali ini penuh dengan kenangan yang manis.

Motor belum ada lagi ni… jadi saya hanya mampu buat pelepasan dulu. 😁
Insya-Allah, ada rezeki nanti boleh join sekali!

Selamat jalan semua! Ride safe!



Tahniah & Syabas Kontinjen SUKMA Selangor! Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen ...
27/08/2026

Tahniah & Syabas Kontinjen SUKMA Selangor!

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen SUKMA Selangor atas kejayaan muncul sebagai Juara Keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2026!

Dengan kutipan keseluruhan 245 pingat — 101 Emas, 73 Perak dan 71 Gangsa — kejayaan ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang tinggi para atlet Selangor.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Ia adalah hasil daripada latihan yang konsisten, pengorbanan atlet, sokongan jurulatih, keluarga serta semua pihak yang sentiasa berada di belakang mereka.

Syabas anak-anak Selangor!
Teruskan mengharumkan nama Selangor dan Malaysia di pentas yang lebih tinggi.



Saya bersama team Selayang Care menziarahi Puan Shareena Binti Mohd Said di Jalan 11, Selayang Baru.Puan Shareena merupa...
27/08/2026

Saya bersama team Selayang Care menziarahi Puan Shareena Binti Mohd Said di Jalan 11, Selayang Baru.

Puan Shareena merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 6 orang anak, berusia antara 8 hingga 16 tahun. Suaminya p**a bekerja sebagai rider penghantar makanan, menjadi sumber pendapatan utama keluarga. Anak-anak mereka bersekolah di Kuala Lumpur dan keluarga ini turut menerima bantuan persekolahan daripada Baitulmal.

Asalnya mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Namun beberapa tahun lalu, Puan Shareena p**ang ke Selayang Baru untuk menjaga ibunya yang ketika itu sedang tenat bertarung dengan penyakit kanser.

Setelah ibunya meninggal dunia, Puan Shareena diamanahkan untuk terus menetap di rumah milik arwah ibunya di Selayang Baru. Anak-anak p**a meneruskan persekolahan di Kuala Lumpur walaupun kini mereka sekeluarga tinggal di Selayang Baru.

Begitulah kehidupan. Ada pengorbanan yang tidak selalu terlihat, ada perjuangan seorang ibu yang dilakukan dalam diam demi memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan yang terbaik.

Semoga kunjungan kecil ini dapat memberi sedikit kekuatan dan keceriaan buat keluarga Puan Shareena.

Selayang Care akan terus berusaha menyantuni mereka yang memerlukan.




27/08/2026

Nak tahu tak siapa orang yang mendustakan agama?

Itulah antara persoalan yang saya bawakan dalam Ucapan Majlis Apresiasi Suri Hafizah.

Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al-Ma’un bahawa orang yang mendustakan agama bukan sekadar mereka yang tidak percaya kepada agama, tetapi juga mereka yang mengabaikan anak yatim, tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin, lalai dalam solat dan beribadah hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Sebab itu, Al-Quran tidak boleh sekadar dibaca dan dihafaz. Al-Quran mesti menjadi imam dalam kehidupan kita.

Lazimi bacaan Al-Quran sehingga ia menjadi exercise kepada mulut dan hati. Hafaz hadis Nabi SAW dan yang paling penting, berusaha mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Semoga Al-Quran membentuk akhlak kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Jadikan Al-Quran sebagai imam. Jadikan Nabi SAW sebagai role model.




Maulidur Rasul Bersama Warga Taman Selayang MutiaraAlhamdulillah, saya sempat menyertai Sambutan Maulidur Rasul bersama ...
26/08/2026

Maulidur Rasul Bersama Warga Taman Selayang Mutiara

Alhamdulillah, saya sempat menyertai Sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk Taman Selayang Mutiara.

Sangat meriah dengan perarakan yang disertai lebih kurang 200 orang, melibatkan 6 kump**an komuniti setempat, antaranya:

1. Marhaban Mutiara Annur
2. Silat Gayong Cula Sakti Selangor
3. Pasukan Kompang Taman Selayang Mutiara
4. Anak-anak cilik PASTI Al-Hijrah

Sambutan yang bermula dari pagi hingga malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan syiar Islam.

Semoga kecintaan kepada Nabi SAW terus subur dalam hati kita dan menjadi amalan sepanjang kehidupan.

Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.




Address

No. 45, Jalan 11, Kg Selayang Baru
Batu Caves
68100

Telephone

+60133544400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaidy Abdul Talib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share