PAS Gombak

PAS Gombak Ini adalah Page Rasmi PAS Kawasan Gombak

Tim Skuad Sihat Muslimat PAS Hulu Kelang menziarahi enam buah keluarga di AU4,  Lembah Keramat, baru-baru ini. Ahli kelu...
14/08/2026

Tim Skuad Sihat Muslimat PAS Hulu Kelang menziarahi enam buah keluarga di AU4, Lembah Keramat, baru-baru ini. Ahli keluarga yang sedang sakit dan uzur menerima pemeriksaan kesihatan. Sumbangan dalam bentuk kewangan turut diberikan.

Tim Skuad Sihat Muslimat PAS Hulu Kelang menziarahi enam buah keluarga di Taman Permata, baru-baru ini. Mereka melakukan...
14/08/2026

Tim Skuad Sihat Muslimat PAS Hulu Kelang menziarahi enam buah keluarga di Taman Permata, baru-baru ini. Mereka melakukan pemeriksaan kesihatan dan menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga yang sedang sakit dan uzur.

08/08/2026
Sidang As-Sabiqun Gombak telah menganjurkan Sesi Minum Kopi As-Sabiqun di kediaman Haji Jalaluddin, Kampung Tengah dalam...
08/08/2026

Sidang As-Sabiqun Gombak telah menganjurkan Sesi Minum Kopi As-Sabiqun di kediaman Haji Jalaluddin, Kampung Tengah dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Program yang diketuai Puan Khadijah Mahmud ini bertujuan mendekati para veteran di peringkat akar umbi, menghargai jasa mereka serta mengeratkan hubungan dengan pimpinan dan masyarakat setempat.

Turut hadir Ustaz Hasbullah Ridzwan, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak dan Ketua PAS Cawangan Kampung Tengah, Tuan Idris.

Kehadiran jiran-jiran sekitar turut memeriahkan program, sekali gus menjadikan sesi santai ini sebagai ruang memperkukuh ukhuwah, semangat kejiranan dan kebersamaan dalam masyarakat.

DHPP Gombak bersama kepimpinan PAS Gombak telah mengadakan Ziarah Prihatin menyantuni Puan Kavita di Melawati Fasa 6.Zia...
08/08/2026

DHPP Gombak bersama kepimpinan PAS Gombak telah mengadakan Ziarah Prihatin menyantuni Puan Kavita di Melawati Fasa 6.

Ziarah tersebut dilakukan bagi memberi sokongan moral kepada beliau selepas suaminya, Saudara Ayappan (AJK DHPP Gombak), mengalami kemalangan serius dan kini masih menerima rawatan susulan di Wad HKL selepas 2 minggu berada di ICU.

Program ini menonjolkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan tanpa mengira latar belakang bangsa.

JOM HADIR CERAMAH UMUM PENYATUAN UMMAHMari kita dengar kupasan isu semasa, memahami realiti politik semasa serta menguku...
06/08/2026

JOM HADIR CERAMAH UMUM PENYATUAN UMMAH

Mari kita dengar kupasan isu semasa, memahami realiti politik semasa serta mengukuhkan tekad untuk membina masyarakat yang bersatu, adil dan sejahtera.

📅 Sabtu | 8 Ogos 2026
🕤 9.30 malam
📍 PASTI Ehsan 1, Pinggiran Batu Caves
(Google Map : https://share.google/LVC7EXHCrDdoyFrsH)

Bawa keluarga, sahabat dan jiran. Ahli UMNO juga digalakkan hadir. Kehadiran anda semua adalah tanda sokongan kepada usaha memperkukuh penyatuan ummah di Gombak!!

Jumpa di sana. Semua dijemput hadir.

Gelombang biru di Negeri Sembilan akan sampai ke Melaka dan seluruh Malaysia. Allah pasti akan memimpin langkah perjuang...
02/08/2026

Gelombang biru di Negeri Sembilan akan sampai ke Melaka dan seluruh Malaysia. Allah pasti akan memimpin langkah perjuangan ini.

02/08/2026

🔴((LIVE)) MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ALAM RIA PASTI GOMBAK 2026

📆2 Ogos 2026
🏫International Islamic College, Batu Muda

02/08/2026

🔴((LIVE)) ALAM RIA PASTI GOMBAK 2026

📆2 Ogos 2026 | Ahad
🏫International Islamic College, Batu Muda

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahk...
01/08/2026

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahkan formula penyatuan ini menumbangkan dua gergasi utama PH.

Terima kasih Ayah Chik atas bimbingan ini. Insya-Allah kami barisan Pemuda PAS akan terus mengikat penyatuan ummah ini ke hadapan. Kita akan teruskan misi penyatuan ini sehingga kebenaran kembali tertegak, kuasa politik kembali diperteguh.

Misi ke hadapan adalah demi negara tercinta, insya-Allah. Terima kasih warga Nogori. Tahniah kepada wakil rakyat yang diberikan mandat. Ingatlah bahawa amanah ini akan dipersoalkan kelak, jangan sesekali dipersiakannya.

YB Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



https://www.facebook.com/share/p/1Q1mtJLBRo/

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahkan formula penyatuan ini menumbangkan dua gergasi utama PH.

Terima kasih Ayah Chik atas bimbingan ini. Insya-Allah kami barisan Pemuda PAS akan terus mengikat penyatuan ummah ini ke hadapan. Kita akan teruskan misi penyatuan ini sehingga kebenaran kembali tertegak, kuasa politik kembali diperteguh.

Misi ke hadapan adalah demi negara tercinta, insya-Allah. Terima kasih warga Nogori. Tahniah kepada wakil rakyat yang diberikan mandat. Ingatlah bahawa amanah ini akan dipersoalkan kelak, jangan sesekali dipersiakannya.

YB Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Address

No. 81A Jalan SG 3/10 Pusat Bandar Sri Gombak
Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share