Majlis Perbandaran Selayang

Majlis Perbandaran Selayang Selayangku Sayang

16/08/2026

MAJLIS PERASMIAN TEMASYA SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026






MAJLIS PERASMIAN TEMASYA SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 202615 Ogos 2026 | Dataran Kemerdekaan Shah AlamDataran Kemerd...
16/08/2026

MAJLIS PERASMIAN TEMASYA SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026

15 Ogos 2026 | Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Dataran Kemerdekaan Shah Alam dibanjiri pengunjung bagi menyaksikan Majlis Perasmian Temasya SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Turut hadir, YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Temasya SUKMA XXII yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 menghimpunkan lebih 5,000 atlet dari 15 kontinjen negeri termasuk Brunei bagi bersaing dalam 37 jenis sukan. Edisi ke-22 ini turut mencatat detik istimewa apabila Selangor kembali menjadi tuan rumah selepas 28 tahun.

Majlis perasmian turut diserikan dengan perarakan masuk 15 kontinjen, upacara penyalaan obor serta persembahan kebudayaan dan persembahan istimewa daripada barisan artis tempatan. Pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, menambahkan lagi kemeriahan acara pembukaan temasya.

Sementara itu, Para SUKMA Selangor 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 10 September 2026, meneruskan kemeriahan temasya sukan di bumi Selangor.

Selamat bertanding kepada seluruh atlet dan semoga SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 terus menyemarakkan semangat kesukanan serta menyatukan rakyat melalui sukan! πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ




15/08/2026

Repost from Jabatan Penerangan Negeri Selangor

Repost from SELANGORfm 100.9
15/08/2026

Repost from SELANGORfm 100.9

πŸ”₯ GRANDSTAND SUKMA SELANGOR 2026! πŸ”₯

Nak tahu apa yang berlaku di arena pertandingan? πŸ†πŸ₯‡
Jangan lepaskan GRANDSTAND SUKMA SELANGOR 2026 bersama SELANGORfm 100.9!

πŸ“» Siaran setiap hari
πŸ•‘ 2:00 petang
πŸ•  5:30 petang

Dapatkan:
🏟️ Laporan langsung dari venue
⚑ Perkembangan terkini
πŸ₯‡ Pencapaian kontinjen Selangor
πŸ”₯ Kisah dan semangat atlet Selangor!

Jom sama-sama rasai kehangatan SUKMA Selangor 2026 hanya di SELANGORfm – Radio Nombor 1 Orang Selangor! β€οΈπŸ’›

SUKMAXXI SelangorMajuBersama RadioNo1OrangSelangor

Repost from Menteri Besar Selangor Incorporation
15/08/2026

Repost from Menteri Besar Selangor Incorporation

Today is the day!

Jom ramai-ramai meriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 malam ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam!

Bawa keluarga dan kawan-kawan, sama-sama kita berikan sokongan kepada perarakan kontinjen negeri, saksikan persembahan istimewa barisan artis, nikmati pelbagai pilihan jualan makanan, aktiviti menarik seisi keluarga dan paling penting β€” jangan lepaskan peluang sertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik!

πŸ“ Dataran Kemerdekaan Shah Alam
πŸ“… Sabtu, 15 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam

Malam gemilang Selangor menanti anda. Datang tau!

Rentak Kita, Aksi Kita!

Repost from SUKMA Selangor 2026
15/08/2026

Repost from SUKMA Selangor 2026

KEDUDUKAN PINGAT SUKMA XXII SELANGOR 2026 | 14 OGOS

Selangor kekal ungguli carta kedudukan pingat selepas menambah 2 lagi pingat emas, namun diekori rapat oleh Terengganu dan Wilayah Persekutuan melengkapkan 3 negeri teratas.

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORfm 100.9


BENGKEL PEMURNIAN PELAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP) MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG13 – 14 Ogos 2026 | Genti...
15/08/2026

BENGKEL PEMURNIAN PELAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP) MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

13 – 14 Ogos 2026 | Genting Highlands, Pahang

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan MPS telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) MPS selama dua hari di Geo Hotel, Genting Highlands.

Bengkel ini bertujuan menyemak, memurnikan dan mengemaskini Pelan PKP MPS bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan serta kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi sebarang gangguan, kecemasan atau situasi tidak dijangka.

Sesi pertama bengkel dikendalikan oleh Puan Fauezah binti Mohd Zahaimi, Ketua Penolong Pengarah, CGSO Malaysia, manakala sesi kedua dikendalikan oleh Puan Nurul Adha binti Yahya, Timbalan Pengarah CGSO Negeri Selangor.

Turut diadakan penyampaian sijil 4 bintang bagi Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2025 yang disampaikan oleh YBrs. Tuan A’ssri bin Ramli, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor kepada YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS merangkap Pegawai Keselamatan Jabatan MPS.

Turut hadir, YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, Puan Su@Noor Hafizah binti Mohamad Lasim, Penyelaras Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan MPS, serta para Pengarah Jabatan dan pegawai jabatan dalaman MPS.



14/08/2026

Repost from Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

14/08/2026

Repost from Pejabat Daerah dan Tanah Gombak

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026! πŸŽ‰Warga Selayang dan seluruh rakyat Selangor, jan...
14/08/2026

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026! πŸŽ‰

Warga Selayang dan seluruh rakyat Selangor, jangan lepaskan peluang untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026! πŸ†πŸ”₯

πŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8:00 malam
πŸ“ Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Pelbagai acara menarik menanti anda, termasuk persembahan istimewa daripada Jaclyn Victor, Azlan & Balan Kash, Caliph Buskers, Nadeera Zaini dan Ayan Ilusi! 🎀✨

Lebih menarik, orang ramai juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik menanti, termasuk sebuah Proton e.MAS 5, motosikal dan telefon pintar! πŸš—πŸοΈπŸ“±

πŸ“Œ Cara penyertaan cabutan bertuah adalah seperti di poster yang dilampirkan.

Ayuh semua !!
Jom hadir, semarakkan semangat kesukanan dan saksikan detik bersejarah pembukaan SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026!

RENTAK KITA, AKSI KITA! πŸ”₯







Address

Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Selayang:

Shortcuts

Share