Polis Daerah Gombak

Polis Daerah Gombak Ibu pejabat Polis Daerah Gombak :-

No. Tel : 03-61262222
Fax: 03-61369408
Hotline: 03-61262241

Balai Polis Selayang :- 03-61376222
Balai Polis Rawang :- 03-60916222
Balai Polis Gombak :- 03-61895222
Balai Polis Desa Jaya :- 03-62762222
Balai Polis Kundang :- 03-60341222
Balai Polis Batu Arang :- 03-60352222
Balai Polis Batu Caves :- 03-61852222
Balai Polis Country Homes :- 03-60934785
Balai Polis Tasik Puteri :- 03-60343578

π™Žπ™„π˜Ώπ˜Όπ™‰π™‚ π™ˆπ™€π˜Ώπ™„π˜Ό π™Šπ™‹ π™π˜Όπ™π™„π™‰π™‚ π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό 1: π™’π˜Ύπ˜½/π™‹π™Žπ™† π™π™π™ˆπ™‹π˜Όπ™Žπ™†π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‰π™‚π™†π˜Όπ™„π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‰π™‚π™€π˜Ώπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™π™Šπ™†π™Šπ™† π™Žπ™€π™‡π™π˜Ώπ™π™‹, π™π˜Όπ™ˆπ™‹π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™‰π™„π™‡π˜Όπ™„ π™π™ˆ1.49 π™…π™π™π˜ΌAssal...
16/08/2026

π™Žπ™„π˜Ώπ˜Όπ™‰π™‚ π™ˆπ™€π˜Ώπ™„π˜Ό π™Šπ™‹ π™π˜Όπ™π™„π™‰π™‚ π˜Όπ™‡π™‹π™ƒπ˜Ό 1: π™’π˜Ύπ˜½/π™‹π™Žπ™† π™π™π™ˆπ™‹π˜Όπ™Žπ™†π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‰π™‚π™†π˜Όπ™„π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‰π™‚π™€π˜Ώπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™π™Šπ™†π™Šπ™† π™Žπ™€π™‡π™π˜Ώπ™π™‹, π™π˜Όπ™ˆπ™‹π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™‰π™„π™‡π˜Όπ™„ π™π™ˆ1.49 π™…π™π™π˜Ό

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan dan pengedaran rokok tidak bercukai Kastam menerusi Op Taring Alpha 1.

Operasi berasaskan risikan yang dilaksanakan pada 15 Ogos 2026 melibatkan tiga serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur; Semenyih, Selangor; serta Damansara Damai, Petaling Jaya.

Hasil operasi, dua lelaki tempatan berusia 20 dan 22 tahun telah ditahan dan dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok. Pemeriksaan turut membawa kepada penemuan pelbagai jenama rokok yang disyaki tidak bercukai Kastam serta penyitaan dua buah kenderaan mewah, Toyota Vellfire dan Toyota Alphard, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM26,415.00.

πŸ“Œ JUMLAH KESELURUHAN RAMPASAN: RM1,492,223.00

β–ͺ️ Serbuan 1: RM360,400.00
β–ͺ️ Serbuan 2: RM911,680.00
β–ͺ️ Serbuan 3: RM219,413.00

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang dipercayai terlibat dalam rangkaian tersebut.

Kejayaan Op Taring Alpha 1 membuktikan keberkesanan penguatkuasaan berteraskan risikan dalam mengenal pasti dan memutuskan rantaian penyimpanan, penghantaran serta pengedaran barangan kontraban.

Untuk rekod, sepanjang 1 Januari hingga 16 Ogos 2026, WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman telah melancarkan 237 serbuan, menahan 411 individu dan merekodkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM312,523,899.64.

Tiada ruang kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan, perdagangan haram hidupan liar mahupun jenayah rentas sempadan.

WCB/PSK JKDNKA akan terus mempergiatkan risikan dan operasi penguatkuasaan secara tegas, profesional dan berterusan demi melindungi khazanah negara, keselamatan awam serta kepentingan negara.

β€œRISIKAN TEPAT, TINDAKAN PANTAS, RANTAIAN KONTRABAN DIPUTUSKAN.”



778 MOTOSIKAL DIPERIKSA DALAM OPERASI BERSEPADU JSPT KUALA LUMPUR DAN BSPTD GOMBAKJSPT KL, Ahad 16 Ogos 2026 - Polis Dir...
16/08/2026

778 MOTOSIKAL DIPERIKSA DALAM OPERASI BERSEPADU JSPT KUALA LUMPUR DAN BSPTD GOMBAK

JSPT KL, Ahad 16 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Gombak, telah menjalankan satu operasi bersepadu bagi membanteras pelbagai kesalahan lalu lintas, khususnya melibatkan penunggang motosikal.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 778 buah motosikal telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan dan sebanyak 495 saman telah dikeluarkan, iaitu:

* JSPT Kuala Lumpur: 450 saman
* BSPTD Gombak: 45 saman

Selain itu, sebanyak 41 buah motosikal telah disita untuk tindakan lanjut, melibatkan:

* JSPT Kuala Lumpur: 38 buah motosikal
* BSPTD Gombak: 3 buah motosikal

Operasi tersebut turut membawa kepada penangkapan lima lelaki bagi kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Kesemua individu terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas. Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, menunggang secara berbahaya atau terlibat dalam kegiatan lumba haram.

Ibu bapa juga disarankan supaya sentiasa memantau aktiviti serta penggunaan motosikal oleh anak-anak. Sikap bertanggungjawab dan berhemah di jalan raya bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri, malah mampu menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

PDRM akan terus melaksanakan operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan demi memastikan keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya.








Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Ogos 2026 (Sabtu)...
16/08/2026

Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).

Sebanyak 1,863 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian yang mencatat penurunan kes kemalangan sebanyak 94 kes dan penurunan sebanyak enam kes kematian berbanding hari sebelumnya.

- -

The following data outlines the daily frequency of road accidents across the nation, along with the corresponding fatalities recorded on August 15, 2026 (Friday).

A total of 1,863 road accident were reported involving 13 deaths which marks a decrease of 94 road accident cases and decrease of six deaths compared to the previous day.

β€œSayangi diri, jauhi kemalangan”

πŸš“ADUAN AWAM BERKAITAN  KANAK- KANAK MENUNGGANG BASIKAL LAJAK DI JALAN AWAM🚲KAJANG, 15 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan ...
15/08/2026

πŸš“ADUAN AWAM BERKAITAN KANAK- KANAK MENUNGGANG BASIKAL LAJAK DI JALAN AWAM🚲

KAJANG, 15 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kajang telah menerima aduan awam tentang aktiviti kanak-kanak menunggang basikal lajak di jalan awam sekitar Taman Saujana Impian, Kajang.

Bertindak atas maklumat anggota penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang telah ke lokasi dan mendapati sekitar 15-20 kanak-kanak bersama basikal lajak sedang berkumpul dan melakukan beberapa aksi yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Sedar dengan kehadiran pihak polis ke lokasi, beberapa kanak-kanak tersebut nekad melarikan diri dan meninggalkan basikal di lokasi.

⚠️NASIHAT PIHAK POLIS KEPADA IBUBAPA

β–ͺ️Pantau pegerakan dan aktiviti anak-anak, Khususnya ketika mereka berada di luar rumah.
β–ͺ️Terangkan kepada mereka tentang bahaya basikal lajak, aksi bahaya serta menunggang secara bahaya di jalan awam
β–ͺ️Galakkan anak-anak menggunakan kawasan yang selamat dan dikhaskan untuk berbasikal
β–ͺ️Ibubapa perlu sentiasa memberi teguran dan nasihat supaya keselamatan anak-anak tidak terjejas
β–ͺ️Ibubapa juga perlu memantau keadaan basikal anak-anak.

β€œIbu bapa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan terhadap anak-anak dan tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti basikal lajak di jalan raya demi mengelakkan kemalangan serta memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.”






15/08/2026

Orang ramai yang menggunakan laluan di Sepang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal susulan penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat di 18 lokasi di daerah itu, sempena acara berbasikal lebuh raya SUKMA Selangor XXII 2026 selama empat hari bermula Ahad ini.




🚫 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 π“π„π‹π„π…πŽπ ππˆπŒππˆπ“ π’π„πŒπ€π’π€ πŒπ„πŒπ€ππƒπ” πŸš«πŸ“΅ Menggunakan telefon ketika memandu boleh ganggu fokus, tingkatkan risiko ...
15/08/2026

🚫 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 π“π„π‹π„π…πŽπ ππˆπŒππˆπ“ π’π„πŒπ€π’π€ πŒπ„πŒπ€ππƒπ” 🚫

πŸ“΅ Menggunakan telefon ketika memandu boleh ganggu fokus, tingkatkan risiko kemalangan, dan membahayakan nyawa diri serta orang lain.

βš–οΈ Hukuman di bawah undang-undang:
Menurut Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, jika sabit kesalahan :
β€’ 🧾 Denda hingga RM1,000 atau
β€’ πŸš” Penjara sehingga 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

πŸ‘‰ Jika kesalahan berulang :
β€’ Denda boleh mencecah RM2,000 atau
β€’ Penjara hingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

✨ Patuhi undang-undang, utamakan keselamatan.
Nyawa lebih bernilai daripada satu mesej atau panggilan.








πŸŽ³πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π“π„πππˆπ ππŽπ–π‹πˆππ† π“πˆπ†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐔 ππ„π‘πŠπ„π πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€ππŸŽ³Putrajaya, 14 Ogos 2026 – YBhg ...
15/08/2026

πŸŽ³πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π“π„πππˆπ ππŽπ–π‹πˆππ† π“πˆπ†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐔 ππ„π‘πŠπ„π πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€ππŸŽ³

Putrajaya, 14 Ogos 2026 – YBhg Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor bersama YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor telah menghadiri Kejohanan Tenpin Bowling Tiga Penjuru di antara PERKEP Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan yang berlangsung di U-Bowl, Alamanda, Putrajaya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBhg. Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, atas kejayaan meraih tempat kedua bagi kategori Individu (VIP), serta Sjn Roslina dan Sjn Muzira yang berjaya menjuarai kategori Beregu.

YBhg Pengerusi PERKEP Selangor menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg Datin Nurashidah binti Ishak, Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur atas penganjuran kejohanan ini serta YBhg Datin Afifah binti Abdul Wahab, Pengerusi PERKEP Negeri Sembilan turut sama memeriahkan semangat kesukanan ini. πŸŽ³πŸ†

Tidak dilupakan, terima kasih kepada para pemain dan penyokong PERKEP Selangor yang hadir memberikan sokongan serta memeriahkan kejohanan ini. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan amat dihargai. 🌸

Semoga program sebegini terus memperkukuh ukhuwah, silaturahim dan semangat kebersamaan antara PERKEP ketiga-tiga kontinjen.





15/08/2026

VIDEO - PROGRAM OSCAR TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH GOMBAK BERSAMA PENDUDUK BANDAR COUNTRY HOMES DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA 69 TAHUN KEMERDEKAAN



PROGRAM OSCAR TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH GOMBAK BERSAMA PENDUDUK BANDAR COUNTRY HOMES DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEM...
14/08/2026

PROGRAM OSCAR TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH GOMBAK BERSAMA PENDUDUK BANDAR COUNTRY HOMES DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG SEMPENA 69 TAHUN KEMERDEKAAN

Rawang, 14 Ogos 2026 (Jumaat) - YDH Supt. Abang Kaderi bin Abang Wasli, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak telah hadir ke Program Oscar bersama penduduk Bandar Country Homes dan Penyerahan Jalur Gemilang Sempena 69 Tahun Kemerdekaan anjuran Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Fasa 2 Bandar Country Homes.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara PDRM bersama Jawatankuasa Penduduk/KRT. Program ini turut menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menjaga keselamatan setempat serta menyemarakkan semangat patriotisme melalui penyerahan Jalur Gemilang sempena sambutan 69 tahun kemerdekaan.

Selain itu, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil turut membuka reruai bagi memberi penerangan berkenaan modus operandi terkini jenayah komersil dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (V.S.P) kepada masyarakat hadir.

Hadir sama, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.



14/08/2026

🎳πŸ”₯ π’π“π‘πˆπŠπ„ πƒπ„πŒπˆ π’π“π‘πˆπŠπ„! πŸ”₯🎳

πŸ’™ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π ππŽπ–π‹πˆππ† ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π„π‹π€π˜π€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ’™

✨ Aksi warga Balai Polis Selayang dalam acara Tenpin Bowling di Bowl Selayang Mall.

🎳 Bukan sekadar memburu strike dan menjatuhkan pin, tetapi mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuhkan kerjasama dalam satu pasukan. 🀝🏻πŸ’ͺ🏻

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category