Sayap Pemuda Amanah Selayang

Sayap  Pemuda Amanah Selayang Group of young men who are inclusive, trusty, progressive & caring to others people in their welfare & needs.

We wish to help & serve RAKYAT especially in Selayang and Selangor as a whole goals via Parti AMANAH Negara (AMANAH) to fulfill HARAPAN RAKYAT.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah. Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi. K...
02/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 2 Jun 2025 bersamaan 6 Zulhijjah 1446H.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, inayah serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Semoga Tuanku dianugerahkan kesihatan yang baik, umur yang panjang, serta kekuatan dalam memimpin negara.

DAULAT TUANKU

Sembah takzim daripada:
Pemuda Amanah Selayang

*Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Selayang, Kukuhkan Barisan Pelapis Baharu*Selayang, 24 Mei 2025 – Alhamdulillah, Mesyua...
25/05/2025

*Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Selayang, Kukuhkan Barisan Pelapis Baharu*

Selayang, 24 Mei 2025 – Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Pemuda Amanah Selayang berlangsung dengan jayanya, mencerminkan kematangan dan kesungguhan pergerakan politik anak muda dalam meneruskan perjuangan parti.

Majlis telah dirasmikan oleh *Tuan Haji Ammar bin Dato’ Ir. Izham*, Timbalan Setiausaha Pemuda Amanah Nasional merangkap Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Pemuda Amanah Selayang telah melalui pelbagai fasa cabaran dan perubahan kepimpinan. Kini, kepimpinan diterajui oleh Ketua Pemuda ketiga, Saudara Haziq Hamzee bin Jais, bagi sesi 2021–2026.

Walaupun berdepan dengan rintangan dan dinamika politik yang mencabar, Pemuda Amanah Selayang terus melangkah ke hadapan dengan semangat baharu.

Hari ini, gerakan ini telah berjaya melahirkan barisan pelapis yang bersedia memikul amanah perjuangan demi masa depan yang lebih gemilang.






Pemuda Amanah Selangor

14/04/2025

Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.

Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.

Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.

Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.

Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.

Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.

Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.

Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.

Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.

Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.

Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.

Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.

Selamat jalan, Pak Lah.

Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.

ANWAR IBRAHIM

Daulat TuankuSemoga Allah Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan S...
11/12/2024

Daulat Tuanku

Semoga Allah Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Merafak Sembah Tahniah dan Ucapan Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2024 Bersamaan 9 Jumadal Akhirah 1446H.

Sembah Takzim Daripada Pemuda Amanah Selayang


Pada 27 OCTOBER 2024, saya di jemput meraikan Program Riadah Bersama Belia yang telah dianjurkan dengan jayanya di Taman...
30/10/2024

Pada 27 OCTOBER 2024, saya di jemput meraikan Program Riadah Bersama Belia yang telah dianjurkan dengan jayanya di Taman Templer oleh PeBS Zon 10 MPS (Saudara Nizar) dan Zon 11 MPS (Saudara Yusof).

Program ini bertujuan memperkasa serta memberi pendedahan yang mendalam kepada belia setempat mengenai industri e-s**an, selari dengan perkembangan semasa. E-s**an bukan sahaja dianggap sebagai bentuk hiburan tetapi kini diiktiraf sebagai s**an profesional, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berpotensi memberi peluang kerjaya yang luas.

Sebagai s**an yang dimonopoli oleh golongan belia, e-s**an mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial setempat, di samping membina kemahiran kompetitif dan daya saing dalam kalangan belia.

Tahniah di ucapkan kepada PeBS Zon 10 MPS (Saudara Nizar) & PeBS Zon 11 MPS (Saudara Yusof)

Haziq Hamzee Bin Jais
Ketua Pemuda Amanah Selayang

20/08/2024

π‹π€ππŽπ‘π€π ππŽπ‹πˆπ’ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŒπ”π‡π˜πˆπƒD𝐈𝐍 π˜π€π’π’πˆπ

Pagi ini Pemuda Amanah Selangor yang diketuai oleh Sdr. Ramadhan Lotphi selaku Naib Ketua Pemuda Amanah Selangor telah membuat satu laporan polis di IPD Kajang tentang kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah mempertikaikan keputusan KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong dalam urusan melantik YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Pemuda Amanah Selangor meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak PDRM untuk mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya kepada bekas Perdana Menteri itu supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyentuh sentimen yang terkait dengan 3R dan merosakkan kepercayaan rakyat kepada institusi Raja-Raja Melayu.

*PEMUDA AMANAH SELAYANG JUNJUNG TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG BERHUBUNG KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN*Pilihan Raya...
19/08/2024

*PEMUDA AMANAH SELAYANG JUNJUNG TITAH TENGKU MAHKOTA PAHANG BERHUBUNG KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN*

Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan selesa calon Kerajaan Perpaduan, YB Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Namun, sepanjang tempoh dua minggu tempoh berkempen, pesta demokrasi itu telah tercemar dengan kenyataan daripada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah ceramah yang seolah-olah mempertikaikan keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam melantik YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pasca PRU-15.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri tersebut.

Pemuda Amanah Selayang menjunjung titah Baginda yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai sangat berbahaya dan boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Kami juga ingin menyatakan sokongan penuh agar pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan sewajarnya supaya dapat memberi pengajaran kepada mana-mana pihak agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sentimen 3R (Perkauman, Agama, dan Raja-Raja).

Tindakan sebegini bukan sahaja akan menggugat kestabilan politik dan negara bahkan akan mewujudkan rasa jemu dan ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang ada dalam negara kita.



*Haziq Hamzee Bin Jais*
Ketua Pemuda Amanah Selayang

DAULAT TUANKU Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Per...
03/06/2024

DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 3 Jun 2024.

Sembah takzim daripada
Pemuda AMANAH Selayang




Alhamdullilah & Tahniah di ucapkan kepada Ajk Pemuda Amanah Selayang.Yang telah di lantik PeBS MPS 2024 - 2025Saudara Mu...
17/05/2024

Alhamdullilah & Tahniah di ucapkan kepada Ajk Pemuda Amanah Selayang.

Yang telah di lantik PeBS MPS 2024 - 2025

Saudara Muhammad Nizar Bin Mohd Nizam sebagai PeBS MPS Zon 10.

Saudara Yusof Bin Buyung sebagai PeBS MPS Zon 11.

Selamat menjalankan tugas dengan baik & amanah.




12/05/2024

SELAMAT HARI IBU SEDUNIA
12 MAY 2024

Selamat Hari Ibu untuk semua ratu hati anak-anak.

Setiap tindakanmu Ibu dipenuhi dengan kebaikan dan cinta.

Engkau adalah teladan terbaik tentang kasih sayang tanpa syaratnya.

Ucapan jutaan terima kasih atas segalanya yang telah engkau korbankan, mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak tercinta sehingga mereka membesar dengan baik, penuh berbakti buat agama, bangsa & negara.

Selamat Hari Ibu untuk wanita yang selalu ada, baik dalam s**a mahupun duka buat anak-anak, suami, keluarga kecilmu, dan masyarakat sekitarmu, juga agamamu dan negara.

Ibu, kau adalah kurnia terindah. Kau harapan keluarga dan ummah.

Ikhlas daripada
Pemuda AMANAH Selayang

Address

SELAYANG PRIMA
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sayap Pemuda Amanah Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sayap Pemuda Amanah Selayang:

Share